Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
.
MERINTIS KEMUNGKINAN

http://pjskpu.radix2u.com

Jangan Abaikan Pesanan Ini:
"Meninggalkan anak-anak dalam keadaan berharta adalah lebih baik
daripada meninggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta."

Tuesday, 30 September 2008

INSENTIF KONVEK HPA BERMULA......


INSENTIF KE ARAH PENCAPAIAN JUALAN SYARIKAT
RM 17 JUTA MENJELANG APR 2009

SYARAT UTAMA ADALAH SEPERTI BERIKUT:

BERLANGSUNG SEHINGGA APRIL 2009

Penjualan syarikat mencecah RM 17 juta perbulan..( Jualan Malaysia Sahaja ) selewat-lewatnya pada Apr 2009

Terbuka kepada pengedar HPA yang bergerak aktif bersama PBC.Syarikat berhak menolak tawaran ini kepada mereka yang tidak aktif didalam PBC.
Bagi mereka yang telah berpangkat PJE. PJI, PJM sebelum Oct 2008, hanya layak untuk insentif kategori pertama sahaja.

Bagi mereka yang berpangkat PJ ke bawah sebelum Oct 2008 tetapi mencapai PJE atau keatas daripada Oct 2008 hingga Apr 2009, maka layak untuk salah satu katagori (sama ada katagori pertama atau katagori kedua).

BAGI KATEGORI PERTAMA

Adalah mereka yang mencapai pangkat PJE minima pada jualan bulan Apr 2009.

Membuat belian peribadi minima 200 NM dan jualan kumpulan pangkat PLX dengan 300 NM sebulan mulai Oct 2008 hingga Apr 2009 atau akumulatif 3500NM.

Pencapaian bonus RM 10,000 ke atas pada bulan Apr 2009.

Top 20 akan mendapat ganjaran mengerjakan ibadat haji suami isteri @ kereta @ RM 30,000 tunai.

Terlibat secara aktif menggerakkan PBC dan pengembangan jaringan.


BAGI KATEGORI KEDUA

Mereka yang membuat pembelian peribadi 200 NM dan jualan kumpulan pangkat PLX 300 NM sebulan mulai Oct 2008 hingga Apr 2009 atau akumulatif 3500 NM.

Pangkat di antara Pengedar Biasa ( PB ) hingga Pengarah Jati ( PJ ).

Top 50 dari Pengarah Jati hingga ke bawah akan berpeluang melawat Jakarta atau Bandung 4 Hari 3 Malam dan motosikal Modenas.

Terlibat secara aktif menggerakkan PBC dan pengembangan jaringan.


KATEGORI INSENTIF UMRAH ( PILIHAN )

1. Semua pangkat dari Pengedar Biasa hingga Pengarah Jati Mahkota . Mencapai bonus
RM 5,000 ke RM 9,999 menjelang Apr 2009

2. Jualan mencapai RM 17 juta menjelang Apr 2009. Maintain peribadi 300 NM setiap bulan mulai Oct 2008 hingga Apr 2009 atau kumulatif peribadi 2100 NM.

3. Terlibat secara aktif menggerakkan PBC dan pengembangan jaringan.


** SETIAP PENGEDAR HANYA LAYAK UNTUK MENERIMA SATU INSENTIF SAHAJA DAN BERGANTUNG KEPADA SYARAT DAN KELAYAKAN SEPERTI TERTERA DI ATAS **.

Insenstif pasti untuk di menangi

Mereka yang membuat belian syarat 300NM (200NM adalah produk samaada ubatan herba dan kosmatik, manakala 100NM adalah produk bebas)* list akan dikirim bersama bonus Okt 2008

Atau timbunan 2100 NM (1400 NM adalah produk samaada ubatan herba dan kosmatik, manakala 100NM adalah produk bebas)

Layak memenangi hadiah pasti sebuah __________

Cabutan bertuah

"GEMPUR RADIX INSYALLAH"

Monday, 29 September 2008

PROGRAM PBC KPU BULAN OKTOBER 2008

KPU telah merancang bagi mengadakan PBC 6 kali dalam bulan Oktober yang melibatkan 3 buah negeri iaitu Perlis,Kedah dan Penang. Pada kebiasaannya setiap program PBC anjuran KPU akan dihadiri lebih daripada 100 orang. Ini menandakan bahawa arus kesedaran masyarakat untuk bersama HPA semakin meningkat. Bagi pemimpin dan pengedar yang ingin menghantar peserta ke PBC bolehlah menghubungi pemimpin-pemimpin berikut.

PJM Mohd Zahir Ghazali (SP) : 012 - 4269003
PJI Aseri Hanapiah (Penang) : 019 - 4700512
PJM Azizan Ahmad(AS dan Kangar) : 019 - 4715917
PJE Ustazah Siham (Kulim) : 013 - 4415266
PJE Cikgu Razak (Baling/Sik) : 019 - 4795643


11 - 12 OKTOBER - PUTRA BRASMANA, KUALA PERLIS, PERLIS
17 - 18 OKTOBER - HAVARD SUASANA HOTEL, BEDONG, KEDAH
18 - 19 OKTOBER - NAZA HOTEL, TG BUNGAH, PULAU PINANG
18 - 19 OKTOBER - HOTEL SERI MALAYSIA, KULIM, KEDAH
24 - 25 OKTOBER - HOTEL REGENCY, ALOR STAR, KEDAH
31 OKT - 01 NOV - RUMAH REHAT SIK, KEDAH

Ends........

PROGRAM MENJANA PEMIMPIN CEMERLANG (PMPC)

Kelab Pemimpin Utara (KPU) melalui Abrauf Network akan mengadakan Program Menjana Pemimpin Cemerlang (PMPC) Semalaysia pada 24 - 26 Oktober 2008 di Bukit Jawi Golf Resort, Nibong Tebal.

Menurut Pengarah Program, PJS Mohd Zahir Ghazali, seramai 150 perserta telah pun mendaftar untuk hadir ke program tersebut. Setiap peserta dikenakan bayaran sebanyak RM300.00. Bayaran itu termasuklah makan minum, penginapan dan bahan-bahan kursus.

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pengedar-pengedar HPA sebagai persediaan untuk menjadi usahawan yang berilmu dan mampu berjuang dalam dunia perniagaan MLM yang sebenar.

Menurutnya lagi, perasmian program akan disempurnakan oleh Pengarah Urusan HPA, Haji Ismail AHmad. Modul-modul kursus merangkumi Perkembangan dan Sejarah HPA, Mendalami Pelan Pemasaran, Penguasaan Set Lengkap HPA, Senaman Taqwa, MLM Syariah dan bezanya dengan MLM Konvensional, Seni Dalam Pengucapan Awam, Kaedah Demo Produk HPA, Qiyamullail dan Kuliah Subuh serta Pembinaan Insan dan Motivasi Diri.

Perasmian penutup akan disempurnakan oleh Pengurus Besar Al-Wahida Marketing, Encik Mohd Faisol Abd Rahman. Beberapa orang PJS yang telah berjaya dalam perniagaan MLM bersama HPA akan dijemput menyampaikan slot-slot tersebut. Kepada ahli dan pengedar HPA yang berminat untuk menyertai program ini, bolehlah menghubungi Urusetia Program di talian :
012- 4269003 dan 019- 4101737

Ends.....

Thursday, 25 September 2008

PJS DISERU FAHAMI PERJUANGAN HPA

Kenaikan harga minyak di pasaran antarabangsa sedikit sebanyak menjejaskan pasaran bahan mentah yang digunakan oleh HPA untuk menghasilkan produk-produknya. Walau bagaimanapun HPA masih lagi mampu mengawal kenaikan dan cuba bertahan dalam pasaran. Demikian dinyatakan oleh Pengarah Urusan HPA, Haji Ismail Ahmad dalam Mesyuarat Pengarah Jati Setia (PJS) seluruh negara yang diadakan baru-baru ini di ibu pejabat HPA, Kangar.

Sebahagian PJS dari KPU yang hadir

Kenaikan harga barangan turut juga memberi tempias kepada HPA menyebabkan beberapa produk terpaksa dinaikkan harganya, antaranya Kopi Radix yang harganya dinaikkan cuma RM1 sahaja. Radix Jumbo daripada Rm24 kepada RM25 sekotak, Kopi Papan daripada RM15 kepada RM16 dan Kopi Radix (kecil) daripada RM15 kepada RM16 untuk harga ahli atau pengedar.


Haji Ismail juga mengingatkan semua PJS agar dapat menjadikan Koperasi Wahida HPA (Kowahida) sebagai tunjang utama kepada kekuatan HPA. Oleh itu koperasi harus memainkan peranan yang aktif dan mampu menjadi pemenang utama dalam pasaran. Beliau juga mengingatkan agar jangan jadikan orang Melayu sebagai bangsa yang kecundang. Sebagai umat terbaik yang Allah SWT lahirkan, sudah tentu perjuangan untuk memartabatkan ekonomi ummah ini perlu berlandaskan agama dan aqidah Islam.


Menurutnya lagi, HPA sedang berusaha mencari tapak baru untuk membuka kilang plastik. Ini bertujuan untuk mengatasi masalah kekurangan botol yang digunakan untuk mengisi Radix Cola dan Sarsi Cola. Pembekal tidak mampu untuk membekalkan kapasiti yang diperlukan oleh HPA.


Beliau juga mengingatkan semua PJS agar dapat mengenali perjuangan HPA dengan sebenar-benarnya. Kekuatan HPA adalah kerana perjuangannya yang jelas untuk menyelamatkan ummah dari terus dibelenggu dengan produk-produk yang meragukan di pasaran. Kejayaan ini adalah dengan bantuan dan izin daripada Allah SWT. Oleh yang demikian asas yang kukuh dengan menjadikan Islam sebagai teras perjuangan perlu difahami dengan mendalam.

PJS perlu menjadi model dan imej sebenar HPA. Berniaga hendaklah dengan penuh berakhlak dan tingkatkan kualiti peribadi.


Ends......

PRODUK BARU HPA - TEH MANJAKANI

Sinergi dua jenis herba utama, iaitu Manjakani dan Kacip Fatimah telah menghasilkan Teh Manjakani. Manjakani sangat berkhasiat untuk digunakan oleh lelaki dan wanita kerana ia mempunyai zat-zat pemakanan yang tinggi untuk kesihatan.

Selain itu, Manjakani juga bertindak sebagai anti oksidan. Teh Manjakani yang dihasilkan oleh HPA sangat baik untuk mereka yang menghidap penyakit Kencing Manis dan Darah Tinggi. InsyaAllah dengan mengamalkan teh ini, ia bukan sahaja dapat mengelakkan penyakit tersebut malah dengan izin Allah mampu untuk menyembuhkannya.

Perasmian pelancaran Teh Manjakani telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan HPA, Haji Ismail Ahmad pada 24 September 2008 yang lalu di kilang GMP HPA yang terletak di Jejawi Perlis. Hampir 70 PJS dari seluruh negara hadir. Serentak dengan itu juga majlis berbuka puasa turut diadakan yang membabitkan semua PJS dan kakitangan kilang GMP HPA.

Pengarah Urusan bersama dengan sebahagian Pengurus Besar (GM) HPA

Teh Manjakani dijual dengan harga RM18.00 untuk ahli, dan RM22.00 untuk bukan ahli dengan 6 nilai mata (NM). Semua pengedar boleh dapatkan teh tersebut di semua cawangan HPA mulai sekarang.

Ends.....

KILANG KOPI RADIX HPA BEROPERASI SECARA AUTOMATIK

HPA telah mengorak langkah setapak lagi ke hadapan apabila berjaya meningkatkan pengeluaran Kopi Radix dengan menggunakan mesin secara automatik. Perasmian kilang tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan HPA, Haji Ismail Ahmad pada 24 September 2008 yang lalu.

Pengarah Urusan sedang memeriksa mesin

Kilang yang terletak di kawasan perindustrian MIEL, Jejawi Perlis ini mampu menghasilkan kapasiti 720,00 kotak kopi sebulan. Dengan mesin baru yang menggunakan teknologi dan kaedah terkini ,HPA menharapkan ahli dan pengedar seluruh Malaysia tidak akan menghadapi sebarang masalah untuk mendapatkan bekalan Kopi Radix.

Penggunaan peralatan mesin yang canggih


Sebahagian PJS dari Kelab Pemimpin Utara (KPU) yang hadir

Ends......

CAWANGAN HPA YANG MENERIMA PELABURAN KOWAHIDA

PERLIS

1-KANGAR - PEJ:04-9778836; FAX:04-9778836; HP: O12-5753095

KEDAH

1-ALOR SETAR - PEJ:04-7775258; HP:013-4818007; FAX: 04-7775258
2-JITRA - PEJ:04-9179677; HP:012-6847789; FAX: 04-9179677
3-LANGKAWAI - TEL:04-9672231; FAX: 04-9672231
4-SIK - PEJ:04-4694879; FAX: 04-4694879
5-SUNGAI PETANI - PEJ:04-4485716; HP:019-4707781; FAX: 04-4485719
6-BALING - PEJ:04-4708717; FAX: 04-4708717
7-KULIM - PEJ:04-4931034 HP:013-4511345 FAX: 04-4911035

PULAU PINANG

1-SEBERANG PERAI - PEJ:04-5301424
2-BUKIT MERTAJAM - PEJ:04-5370882; FAX: 04-5370882
3-BALIK PULAU - PEJ:04-8661311
4-BAYAN LEPAS - PEJ:04-6414767

PERAK

1-TELUK INTAN - PEJ:05-6222869; HP:019-5469909; FAX:05-6222869
2-IPOH - PEJ:05-2435622; HP:019-4803799; FAX:05-2435622
3-PARIT BUNTAR - PEJ:04-5933717
4-TAIPING - PEJ:05-8912717
5-SERI MANJUNG - PEJ:05-6887930; HP:0174249736; FAX: 05-6887940

SELANGOR

1-TMN SRI GOMBAK - Tel / Fax: 03-61881433; HP:019-2654277
2-KAJANG - TEL : 03-87348949; FAX : 03-87348959

WILAYAH PERSEKUTUAN

1-JALAN RAJA LAUT. KL - PEJ:09-26926053; HP:017-4732123; FAX:03-26926053

NEGERI SEMBILAN

1-NILAI - PEJ:06-7991567

MELAKA

1-SEMABOK PERDANA - PEJ:06-2819717; HP:013-2827944; FAX:06-2869717

JOHOR

1-PASIR GUDANG - TEL:07-2565839
2-KLUANG - PEJ:07-7710084

PAHANG

1-JENGKA PUSAT - PEJ:09-4663599; HP:019-9845282; FAX:09-4663599
2-TEMERLOH - PEJ: 09-2966172; HP:019-9445237; FAX:09-2966172
3-BENTONG - PEJ:092226717

TERENGGANU

1-JERTEH - PEJ: 09-6973717; FAX:09-6975717; HP: 013764626
2-DUNGUN - PEJ:09-8453882; FAX:09-8453882
3-KUALA TERENGGANU - PEJ:09-6229519; HP:013-9540706; FAX:09-6229519,

SABAH

1-TAWAU - PEJ:089-765513; HP:013-8758490

Kepada pelabur-pelabur yang ingin melabur, sila pergi ke pejabat cawangan Al-Wahida terdekat seperti yang tertera di atas.

NOTA: Pejabat-pejabat Cawangan Al Wahida yang masih belum menerima borang keahlian/pelaburan dan buku resit, diharap menghubungi ibu pejabat KoWahida segera.

Tuesday, 16 September 2008

PELUANG PELABURAN KOWAHIDA

INSYALLAH... Bermula dari 16 Sept. 08 hingga 31 Dis. 08 ... KoWAHIDA akan membuka semula peluang pelaburan untuk projek terbarunya yang telah mendapat sambutan yang memberansangkan.......

PROJEK RFC & ASAS TANI

AYUH!!! MARI SEGERA MELABUR BERSAMA KAMI DALAM SATU PELABURAN YANG ANDA YAKINI AKAN MEMBERIKAN PULANGAN YANG MENGUNTUNGKAN..... INSYALLAH

*** PELABURAN HANYA BOLEH DIBUAT DI SEMUA PEJABAT AL WAHIDA (LEBIH 60 CAWANGAN) & PEJABAT KOPERASI WAHIDA HPA BERHAD ***

SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI:

TEl: 04-9773813/14 FAX: 04-9773812
(BAHIJ / UMIE)

EMEL:
kowahida@yahoo.com

Wednesday, 10 September 2008

KOWAHIDA MANTAPKAN PENGURUSAN KE ARAH KECEMERLANGAN

Koperasi Alwahida HPA Berhad (KoWahida) mengorak langkah ke hadapan dengan melakukan penambahbaikan dalam pengurusan dan pentadbirannya. Peranan setiap Anggota Lembaga Koperasi (ALK) dikemaskini dalam usaha menjadikan KoWahida antara koperasi yang unggul di negara kita. Justeru peranan dan struktur pengoperasiannya telah diagihkan mengikut biro yang diwujudkan agar peranan setiap ALK lebih mantap dan berkesan.

BIRO PELABURAN
Encik Mohd Faisol Abd Rahman
Encik Ahmad Fisal Tajudin
Encik Azizan Bin Ahmad
Encik Abd Ghani Hussin
Encik Ahmad Sobri
Encik Murad Abu Bakar
Encik Hadfizan Faudzi


BIRO PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
Haji Ismail Bin Othman
Puan Noor Bee
Encik Azizan Bin Ahmad


BIRO PENGURUSAN SAHAM
Encik Rosli Abu Bakar
Puan Rashidah Abd Rahim
Encik Khalid Ishkri


BIRO PENERANGAN DAN MEDIA
Haji Ramly


BIRO WANITA DAN KEBAJIKAN
Puan Hajah Noor Zakiah Abd Rahman

Diharap dengan penambahbaikan ini perjalanan KoWahida akan lebih mantap dan mampu beroperasi dengan lebih cekap lagi berkesan. Selaras dengan itu juga, KoWahida akan mempunyai pejabatnya sendiri di Kangar, Perlis. Sebuah rumah kedai akan disewa bagi kegunaan pejabat operasi KoWahida.

Ends.....

KOPERASI HPA BUKA SEMULA PELABURAN

Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi (ALK) Wahida HPA Sdn Bhd telah memutuskan bahawa pelaburan saham Kowahida akan dibuka semula kepda semua ahli HPA mulai 16 September 2008.

Semua ahli HPA boleh melabur atau menambah pelaburan dengan Kowahida melalui cawangan masing-masing. Ahli-ahli yang telah membuat potongan bonus berjadual perlu memaklumkan kepada pihak Kowahida mengenai status potongan mereka. Bagi ahli-ahli yang membuat potongan bonus secara tetap, Kowahida akan meneruskan potongan melalui bonus masing-masing.

Dividen sebanyak 10% akan dikeluarkan secara online mulai 11 September 2008 berdasarkan penyata kita-kira pelaburan yang berakhir pada 30 JUN 2007. Ahli-ahli yang tidak memberikan no akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) kepada Kowahida sebelum ini, sila hubungi pengurusan Kowahida di talian 017-5347299 (Umi Kalsum).

Ends....

Sunday, 7 September 2008

HPA AKAN BUKA RFC DAN CAWANGAN BARU DI TESCO

Pengarah Urusan HPA, Hj Ismail Ahmad memaklumkan perbincangan awal menampakkan beberapa potensi baru seluruh Malaysia untuk pembukaan cawangan HPA dan RFC .

Dijangka pada tahun hadapan sebanyak 5 buah Tesco baru akan dimasuki oleh HPA. Hpa bukan sahaja menjual produknya kepada Tesco tetapi akan membuka cawangan sendiri untuk menjadi altenatif produk halal pada umat Islam yang berkunjung ke sana.

Jenama HPA dan Radix telah mula dikenali seperti masyarakat mengenali produk Adabi. Cuma HPA akan mempelbagaikan keluarannya bagi memenuhi kehendak seisi rumah.

InsyaAllah.


Ends.....sumber blog PU

RAMADHAN PEMBAKAR SEMANGAT PERJUANGAN

Kursus Perkongsian Bijak (PBC) anjuran KPU berjalan lancar di Dewan RFC Bandar Legenda Height, Sungai Petani mulai 06 hingga 07 Sept 2008. Seramai 50 peserta hadir. Walaupun sama-sama menjalani ibadat puasa, namun kehadiran peserta dan pemimpin amat menggalakkan.

Komitmen yang ditunjukkan oleh para peserta dan pemimpin menjadi pembakar semangat bahawa HPA di utara bakal menjulang jualan berganda pada hujung tahun ini. Tahniah kepada semua.

Turut sama hadir pada kali ini ialah PJS Habibah dari Kuala Lumpur yang turut sama berkongsi pengalaman dalam melayari bahtera HPA. Semoga dengan komitmen ini, semangat para peserta tidak akan luntur dan terus membara sehingga HPA mampu mengambil pasaran produk halal sepenuhnya di negara kita.

Ends....

Wednesday, 3 September 2008

PJS MOHD RAMIZU

“Sekiranya kamu hendak berjaya hidup di dunia, hendaklah dengan ilmu, jika kamu hendak berjaya dan bahagia di akhirat juga hendaklah dengan ilmu dan sekiranya kamu hendak berjaya pada kedua-duanya hendaklah juga dengan ilmu.”

Itulah antara cebisan kata-kata yang terlontar dari mulut PJS Mohd Ramizu, anak muda dari negeri Serambi Mekah, Kelantan Darul Naim yang memulakan bicara apabila diajukan soalan mengenai penglibatannya bersama HPA.

Ketika belajar di Universiti Al-Azhar Mesir sekitar tahun 1998, rombongan HPA yang diketuai oleh Pengarah Urusan, Haji Ismail Ahmad dan dipimpin oleh PJS Mohd Zahir Ghazali singgah di kolej kediaman mereka. Satu sesi taklimat mengenai produk-produk halal dan hala tuju perjuangan diberikan kepada sejumlah hampir 200 penuntut-penuntut Malaysia di sana. PJS Mohd Ramizu adalah salah seorang pendengarnya pada waktu itu.

Setelah pulang ke tanah air, minatnya untuk berdagang dengan HPA tidaklah mendalam sangat. Cukup setakat membeli produk-produk untuk kegunaan harian sahaja. Sekadar yang perlu, tetapi tidak selalu. Soal mahu berniaga jauh sekali. PJS Mohd Zahir kerap menghubungi beliau agar teruskan perjuangan dengan HPA dengan cara membina rangkaian dan jaringan. Tapi kurang diberi perhatian.

Diberi amanah mempengerusikan Mesyuarat Agung KoWahida Kali Ke-2

Rupa-rupanya terselit di celah hatinya akan sedikit keraguan tentang sistem pemasaran MLM yang diperkenalkan oleh HPA. Beliau tidak berminat dengan MLM kerana baginya apa jua bentuk MLM semuanya sama sahaja. Yang menjadi ahli terlebih dahulu pasti akan mengaut banyak keuntungan. Yang terkemudian pastinya akan menjadi ‘korban’ dan bekerja kuat untuk mengkayakan penajanya. Yang berbeza cuma taukeh dan produknya sahaja.

Begitu tersasarnya jangkaan dan jangkauan pemahaman PJS Mohd Ramizu mengenai MLM. Beliau lebih berminat kepada bidang perawatan kerana baginya bidang ini menjadikannya seorang insan yang dapat membantu orang lain dalam kesusahan.

PJS Mohd Zahir kerap turun ke Kota Bharu dan bertemu dengan sahabat-sahabat lama sepengajian di Mesir dulu. Salah seorang sahabat yang sering dikunjunginya ialah PJS Mohd Ramizu. Hasil perbincangan, penerangan melalui kelas-kelas mingguan dan perbualan dengan sahabat-sahabat, akhirnya minat untuk terus berniaga HPA secara MLM hadir dengan sendirinya. Kegigihan PJS Mohd Zahir dijadikan batu asas baginya untuk meneruskan perjuangannya bersama HPA.

Bersama barisan PJS dalam Mini Konvek Utara 2005 di Sungai Petani

Akhirnya PJS Mohd Ramizu mula memahami bentuk sebenar sistem pemasaran MLM HPA. Terlalu jauh bezanya dengan apa yang didengarnya selama ini daripada syarikat-syarikat MLM yang lain. Kejayaan dalam HPA hanya kepada sesiapa yang bekerja dan berusaha walaupun baru menjadi ahli. Awal atau lama menjadi ahli jika tidak disertakan perancangan dan usaha, pastinya tidak akan membuahkan apa-apa hasil dan kejayaan.

Bermula dengan kefahaman dan ditambah dengan semangat juang yang tinggi atas nama ISLAM, PJS Mohd Ramizu mula mengorak langkah membina jaringan dan rangkaian. Beliau bertemu dengan sahabat-sahabat lama dan mengumpul rakan-rakan usrahnya untuk memberi penerangan mengenai produk, pemasaran dan perjuangan HPA.

Beliau berjaya membuka stokis, kemudiannya Pusat Jualan HPA di Pasir Pekan. Perjumpaan mingguan dan kelas-kelas latihan sering diadakan oleh rangkaiannya. Hasilnya makin lama jaringannya makin berkembang dan bergerak aktif. Kepimpinannya terserlah apabila beliau berjaya melahirkan beberapa orang pemimpin yang hebat di Pantai Timur, antaranya PJS Cikgu Romli dan PJS Ustaz Jamalauddin.

Sebagai seorang bapa kepada 6 orang anak dari seorang isteri dan bertugas pula sebagai Pensyarah Jabatan Syariah di Kolej Islam Sultan Ismail Petra, PJS Mohd Ramizu tidak pernah menjadikan kesibukannya sebagai pensyarah dan bapa kepada anak yang ramai serta masih kecil sebagai penghalang kepada usaha gigihnya berjuang dengan HPA. Awal pagi sudah berada di kolej dan lewat petang pulang ke rumah. Namun dalam masa terluang 2 atau 3 jam sehari digunakan untuk menghubungi sahabat-sahabat dan bertanya khabar kepada rangkaiannya.

Maklumat mengenai syarikat, program-program HPA dan sebarang bentuk aktiviti yang HPA anjurkan pasti akan sampai kepada rangkaiannya.

Bersama sahabat seperjuangan, PJS Cikgu Romli semasa lawatan ke Bandung Indonesia

Pernah satu ketika, PJS Mohd Ramizu menganjurkan kelas mingguan. Waktu itu masih lagi di awal pembabitannya bersama HPA setelah pulang dari Mesir sekitar tahun 2000. Beliau bertugas sebagai penceramah pada malam itu. Malangnya tidak ada seorang pun pengedar dan ahli baru yang datang mendengar. Hanya beliau seorang sahaja menunggu dari jam 8.30 malam hingga 11.30 malam. Namun peristiwa itu tidak melemahkan semangatnya. Baginya ia permulaan yang baik kerana masih ramai lagi masyarakat Pantai Timur belum mengenali HPA. Pasarannya sangat luas.

Sepanjang pembabitannya bersama HPA, PJS Mohd Ramizu telah dianugerahkan beberapa anugerah oleh HPA. Antaranya Pemimpin Berwawasan pada tahun 2003 dan Pengarah Jati Setia (PJS) pada tahun 2004. Dengan kesabaran, semangat dan kegigihan yang ditunjukkan, alhamdulillah PJS Mohd Ramizu tersenarai antara PJS yang meraih pendapatan 5 angka sebulan bersama HPA. Hidupnya kini lebih ceria, bahagia dan sejahtera bersama keluarga tercinta.

Ends.....

Sunday, 31 August 2008

SALAM RAMADHAN AL- MUBARAK

Salam Ramadhan untuk semua pengedar dan pemimpin-pemimpin HPA dari Kelab Pemimpin Utara (KPU). Jadikanlah kedatangan Ramadhan pada kali ini untuk kita sama-sama meningkatkan lagi perjuangan bersama HPA. Tingkatkan usaha dan pengorbanan dalam memasarkan barangan HPA.

Di samping kita berjuang dan menikmati hasil yang lumayan, janganlah pula kita lupa kepada mereka yang memerlukan. Masih ramai lagi fakir miskin, anak-anak yatim dan insan-insan yang sering menanti bantuan dan pertolongan kita. Banyakkan amal dan sedekah dalam bulan yang mulia ini. Sesuai dengan dasar dan matlamat kita berjuang bersama HPA, maka adalah menjadi tanggungjawab kita untuk membantu mereka.

Sebagai umat Islam yang beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT, jadikanlah bulan yang mulia ini untuk kita sama-sama bekerja dengan lebih kuat dan gigih dalam memasarkan barangan halalan wa thoiyyiba HPA. Mudah-mudahan segala amal ibadat yang dilakukan dalam bulan ini mendapat redha dan rahmat daripada Allah SWT.

Pesan Jibril A.S kepada Rasulullah SAW ketika hadirnya Ramadhan, "Jangan tinggalkan bermohon maaf dengan 3 golongan :

1. Mohonlah maaf daripada kedua-dua ibu bapamu,
2. Mohonlah maaf sesama suami isteri,
3. Mohonlah maaf daripada keluarga, sahabat handai dan mereka yang berada di sekelilingmu"


Ends....

Saturday, 30 August 2008

KURSUS KEPIMPINAN GEN-5 KPU

Kelab Pemimpin Utara (KPU) mengambil inisiatif mengadakan Program Kepimpinan (PROPIN) Siri 1 untuk Generasi ke-5 (Gen5) pada 30 dan 31 Ogos 2008 di Bukit Jawi Golf Resort, Nibong Tebal bagi meneruskan kesinambungan kepimpinan. Seramai 150 peserta dari Gen5 dan Gen4 telah hadir di dalam kursus tersebut.

Peserta-peserta sedang khusyuk menjawab soalan-soalan yang diberikan

Menurut Pengarah Program, PJS Mohd Zahir Ghazali, kursus ini bertujuan untuk memantapkan pengetahuan dan kefahaman peserta mengenai perkara-perkara asas berkaitan HPA seperti Latar Belakang Syarikat, Pelan Pemasaran dan Skil diagnos penyakit melalui saraf tapak tangan. Peserta juga dilatih dengan solat berjamaah, qiyamullail, kuliah subuh, senaman taqwa dan juga senaman pernafasan.
Selain itu, PROPIN merupakan persediaan KPU bagi melahirkan barisan fasilitator PBC yang mantap untuk mengendalikan kursus PBC yang bakal dianjurkan secara lebih kerap dan banyak demi matlamat pencapaian jualan 20-100 juta.

Sebahagian peserta muslimat yang hadir

Selain itu, peserta juga diletakkan dalam kumpulan-kumpulan tertentu untuk membengkelkan setiap slot yang disampaikan. Dengan ini peserta akan dapat meningkatkan kemahiran mereka.

PJS Sharifah, PJS Normah dan PJS Hasnah juga turut hadir

Setiap peserta diuji dengan ujian bertulis. Mereka dikehendaki menjawab soalan-soalan yang dikemukakan bagi setiap slot yang disampaikan. Ini bagi memantapkan penguasaan ilmu dan maklumat di kalangan pemimpin Gen5.

Sebahagian PJS Muslimin yang hadir

PJS Mohd Zahir Ghazali berharap agar semua peserta yang hadir akan menjadi pemimpin yang akan meneruskan perjuangan HPA. Dengan ilmu yang dibekalkan, diharap mereka akan menggunakannya untuk mengembangkan jaringan dan menyampaian maklumat yang tepat kepada rangkaian masing-masing.

Peserta sedang menyanyikan nasyid 'Teman Sejati'

Pada kursus kali ini seramai tiga orang PJS menyampaikan slot masing-masing. Mereka ialah PJS Mohd Nadzri (Kenali Syarikat), PJS Ismail Othman (Pelan Pemasaran) dan PJS Sharifah Sulaiman (Diagnos Penyakit Melalui Tapak Tangan).

Ends....

Friday, 29 August 2008

HPA BUKA KEDAI DOBI

HPA Industries Sdn Bhd (HPA) telah berjaya mengorak langkah ke hadapan dalam perjuangannya dengan mewujudkan satu lagi bentuk perniagaan iaitu kedai dobi. Majlis Perasmian Toharoh Dobi telah diadakan pada 27 Syaaban 1429, 29/8/08 (Jumaat) di Amanjaya Cempaka, Sungai Petani, Kedah.
Bangunan Kedai Toharoh Dobi tersergam indah

Perasmian yang disempurnakan oleh Pengarah Urusan HPA, Haji Ismail Ahmad dilakukan serentak dengan majlis pelancaran 2 produk kegunaan harian iaitu Cecair Pencuci Freesia dan Pelembut Fabrik Mawar. Cecair Pencuci Freesia merupakan pencuci pakaian dalam bentuk cecair - alternatif terbaik untuk mereka yang elergi dengan sabun serbuk terutamanya yang ada gangguan penafasan.

Pengarah Urusan bersama tetamu jemputan

Pelembut Fabrik Mawar satu-satunya produk wangian dan pelembut kain yang dikeluarkan oleh HPA berfungsi seperti pelembut kain softlan. Kedai Toharoh Dobi juga merupakan outlet HPA dalam memasarkan semua jenis detergen yang dipasarkan melalui sistem MLM. Ahli-ahli HPA boleh mendapatkan produk tersebut di sini dan juga di cawangan-cawangan HPA di seluruh negara.

Pengurus Kedai Toharoh Dobi sedang memberikan taklimat

Kejayaan HPA mewujudkan kedai dobi ini telah memberi peluang kepada masyarakat umumnya dan semua pengedar HPA khususnya untuk mendapatkan khidmat mencuci pakaian yang menggunakan bahan pencuci yang halal lagi baik. Sokongan dan dokongan padu daripada seluruh ahli HPA amat diperlukan bagi memastikan perniagaan ini terus maju dan berjaya sekaligus menguasai pasaran yang ada di negara ini.

Sebahagian PJS KPU yang hadir memeriahkan majlis

Ends...

Wednesday, 27 August 2008

PJS NOOR HYZAD

Keperitan hidup selepas berhenti kerja sebagai ‘ Tool and Die Maker’ di sebuah kilang tidak mematahkan semangat, malah menjadi pendorong utama PJS Noor Hyzad Kassim untuk terus berjuang bersama HPA.

Kilang tempat beliau bertugas terpaksa ditutup akibat kegawatan ekonomi. Pada waktu itu gajinya sebagai officer mejangkau RM3000 sebulan. Sudah cukup untukya menyara keluarga. Setiap hari beliau berulang alik dari Sungai Petani ke Pulau Pinang dengan menunggang motosikal. Hanya itu sahaja yang mampu dilakukan untuk memastikan isteri dan anak-anak ada makan minum di rumah.

Jiwa dan fikirannya menjadi buntu apabila kilang tempatnya bertugas ditutup. Hutang juga masih banyak pada waktu itu. Pinjaman perumahan dan kenderaan terpaksa dibayar. Anak-anak pula bersekolah. Sesuatu perlu difikirkan untuk mencari sesuap nasi bagi meneruskan kehidupan keluarga.

PJS Noor Hyzad dan isterinya mengambil keputusan membuka perniagaan secara kecil-kecilan dengan menjual roti jalan dan nasi lemak di Bandar Sungai Petani. Pendapatannya hanyalah ala kadar sahaja. Tidaklah sebanyak mana seperti pendapatan semasa beliau bekerja dulu. Kerja sebagai penjual roti jala memaksanya bangun awal pagi untuk membuat persiapan.

Ketika menunaikan umrah bersama HPA Ilham Holidays APRIL 2008

Kadang-kadang bahan-bahan yang akan digunakan untuk memasak pada esok pagi perlu juga disediakan pada lewat malam. Tidur pun tak cukup. Sering juga hasil jualan tidak laku. Dapatlah dua tiga ringgit sepagi. Tak balik modal pun. Kadang-kadang ada juga hari yang jualannya habis. Apapun, tugas sebagai peniaga roti jala, pendapatannya tidak menentu. Cukup untuk membayar api dan air serta persekolahan anal-anak. Untuk berbelanja mewah jauh sekali. Namun apakan daya, hanya itu sahaja yang ada dan mampu dilakukan.

Bersama isteri di kaki Jabal Rahmah.

Orang yang mula-mula mengajak beliau untuk bersama HPA ialah PJS Mohd Zahir Ghazali. Namun pada peringkat awalnya beliau menolak pelawaan itu kerana masih bekerja dan gajinya juga agak lumayan. Beliau tidak nampak apa-apa kelebihan yang ada dalam HPA pada waktu itu.

PJS Ustaz Zahir kembali menemuinya untuk kali kedua setelah mengetahui beliau telah berhenti kerja. Ketika itu keyakinannya terhadap HPA tetap kekal seperti mula-mula dulu. Pada Disember 2005, beliau telah hadir ke Program Perkongsian Bijak (PB) yang kali pertama diadakan di Hotel Putera Palace, Kangar selama 3 hari 3 2 malam. Dari situ beliau mula nampak akan hala tuju dan perjuangan sebenar HPA. Namun apabila pulang ke Sungai Petani, beliau masih tidak mampu untuk menyakinkan rangkaiannya hadir ke Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC).

Keyakinan dan kemantapan diri dengan ilmu HPA makin bertambah apabila beliau sering hadir ke Kelas Mingguan yang diadakan di Sungai Petani. Di situlah beliau mendapat suntikan dan semangat baru untuk meneruskan perjuangan bersama HPA. Jalan mudah untuk dicapai bersama HPA sekiranya cara dan tindakan yang betul dilakukan.

Kegigihan beliau mengadakan program home party, sering mengajak rakan ke kelas mingguan dan menghantar peserta ke PBC menyebabkan rangkaian PJS Noor Hyzad makin berkembang. Jaringannya makin besar dan aktif. Beliau berupaya bertindak sebagai pemimpin yang sering menjadi rujukan kepada rangkaiannya.

Alhamdulillah dengan semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan, PJS Noor Hyzad berjaya menikamati pendapatan berlipat kali ganda jika dibandingkan dengan pekerjaannya dahulu sebagai officer kilang walaupun baru 3 tahun bersama HPA. Apatah lagi jauh berbeza jika dibandingkan dengan hasil sebagai penjual roti jalan secara kecil-kecilan. PJS Noor Hyzad dianugerahkan Pengarah Jati Setia (PJS) oleh HPA pada Februari 2008. Anugerah itu memberikannya semangat yang lebih tinggi lagi untuk terus berjuang dan berkorban dalam usaha memartabatkan produk halal HPA.

Ends……

PJS BENTENG KEKUATAN HPA

Pengarah Jati Setia (PJS) merupakan benteng pertahanan yang kuat dalam memacu dan memartabatkan HPA untuk terus berkembang bukan sahaja dalam negara malah hingga ke peringkat antarabangsa. PJS adalah skuad elit yang diwujudkan dalam HPA. Mereka bertanggungjawab dalam menentukan hala tuju pasaran dan memperjuangkan produk-produk halal HPA. PJS adalah pemimpin yang menjadi contoh kepada seluruh pengedar dan aset yang menjadi kebanggaan HPA.

Sebahagian daripada PJS yang hadir

Demikian ditegaskan oleh Pengarah Urusan HPA, Haji Ismail Ahmad dalam satu perjumpaan khas dengan 80 PJS dari seluruh negara yang diadakan di HPA Cawangan Sungai Petani, hari ini. Sebagai pemasar terbaik, PJS perlu memainankan peranan dengan lebih aktif dan sistematik. PJS perlu bergerak dalam sebuah organisasi melalui kelab masing-masing dengan penuh kejujuran, setiakawan dalam semangat ukhuwah dan berjamaah.

PJS Ustaz Zahir sedang mengendalikan bengkel

Pengarah Urusan juga mengingatkan semua PJS bahawa semakin besar perniagaan HPA, maka ancamannya juga semakin besar. Ini kerana HPA bukanlah sebuah syarikat yang meletakkan kepentingan individu sebagai keutamaan, malah HPA lahir sebagai wadah memperjuangkan ekonomi ummah. Dalam usianya mencapai 11 tahun dalam MLM, cabaran dan ujian silih berganti. Namun HPA tetap teguh dan utuh malah terus bergerak ke hadapan dengan sokongan pengedar dan kesetiaan para PJS. Beliau amat yakin bahawa suatu hari nanti HPA mampu menjadi wadah perjuangan umat Islam seluruh dunia dalam perjuangan memartabatkan produk halal.

Sebahagian daripada PJS Muslimat

Beliau menasihatkan agar semua kelab yang didokong oleh PJS mengikut zon perlu diperkemas. Ini termasuklah pengurusan dan pentadbiran organisasi, pengurusan kewangan dan akaun dan pengurusan latihan dan kepimpinan. PJS perlu mewujudkan suasana yang harmoni dan ukhuwah demi perpaduan dan keutuhan.

PJS Ust Zahir, PJS Ust Ramizu dan PJS Cikgu Nadzri sedang menjamu selera

PJS juga diingatkan agar memberi keutamaan kepada produk-produk keluaran HPA daripada kepentingan produk-produk lain. Ini kerana HPA lahir atas dasar perjuangan. Semua PJS diberi amaran agar menghubungi HPA sekiranya ada pihak-pihak tertentu yang datang untuk melatakkan barangan mereka di stokis dan cawangan HPA. Produk-produk yang dijual secara ‘tumpang’ dengan kejayaan HPA adalah atas dasar persaingan dan kepentingan peribadi, bukannya untuk kepentingan ummah.

PJS Muslimat juga menikmati jamuan yang disediakan

Oleh yang demikian, semua PJS yang telah ‘menerima’ produk tersebut dikehendaki memulangkannya dengan kadar segera kepada ‘pembekal’ tersebut.

Dalam perjumpaan tersebut, Pengarah Urusan memaklumkan bahwa harga produk HPA akan dikekalkan pada harga sekarang tanpa sebarang kenaikan walau pun berlaku kenaikan harga minyak dan harga bahan mentah sama ada di peringkat nasional dan antarabangsa.

Ends……

Sunday, 24 August 2008

KoWahida Merintis Kecemerlangan

Faisol Abd Rahman
(Pengerusi KoWahida)

Koperasi Wahida HPA Berhad (KoWahida) akan diberi peluang untuk menguruskan beberapa outlet Radix Fried Chicken (Rfc) menjelang 2009. Ini ditegaskan oleh Pengarah Urusan HPA, Hj Ismail Ahmad dalam ucapan perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan Kali Ke-2 KoWahida yang diadakan baru-baru ini di HPA Cawangan Kajang.

Oleh itu Ahli Lembaga Pengarah (ALP) yang baru dilantik bagi sesi 2008/2009 perlu memikirkan strategi dan lokasi yang sesuai untuk mewujudkan Rfc. Permintaan dan sambutan yang sangat menggalakkan daripada masyarakat Islam di Negara ini memberi jaminan KoWahida mampu mencatat keuntungan berlipat ganda.

Selain itu, KoWahida juga akan memfokuskan pelaburannya dalam bidang pertanian dan industri asas tani. Ia akan menjadi pembekal utama bahan-bahan mentah yang akan digunakan oleh HPA sebagai barang siap dalam menghasilkan produk-produk perniagaannya. ALP akan mengenal pasti jenis dan bentuk tanaman dan penternakan yang akan dijalankan. Ia juga bergantung kepada permintaan dan juga tahap-tahap kemahiran dan permintaan dari pengguna.

Menjelang 2009, KoWahida akan mempunyai bangunan pejabatnya sendiri. Kakitangan pengurusan yang terlatih dan professional juga akan diambil bertugas. Bagi memudahkan pengurusan pengangkutan dan penghantaran bahan mentah, KoWahida juga merancang untuk membeli kenderaan sendiri.

Sebagai pelabur utama dalam produk Kopi Radix, KoWahida juga akan melebarkan perniagaannya dalam Takaful Am, khususnya memperbaharui cukai jalan kenderaan bermotor. KoWahida akan menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) dengan dua syarikat takaful dalam usaha merealisasikan perniagaan ini. Dijangka keuntungan besar akan diperoleh menerusi pelaburan ini.

Dalam mesyuarat tersebut 15 ALP telah dipilih oleh perwakilan untuk menguruskan perjalanan KoWahida bagi sesi 2008/2009. Mereka ialah Mohd Faisol Abdul Rahman (Pengerusi), PJS Murad Abu Bakar (Timbalan Pengerusi), PJS Azizan Ahmad (Setiausaha), Mohd Rosli Abu Bakar - GM Akaun (Bendahari), PJS Ismail Othman, Zamri Othman (Staf HPA), PJS Khalid Iskhri, Nor Bee Ramli (Staf HPA), PJS Ramly Ahmad, Rashidah Abd Rahim (GM M.I.S), PJS Siti Zawiyah Abd Rahman, PJS Hafidzan Faudzi, Fisal Ahmad Tajuddin, Zaharah Yusoff dan Abdul Ghani Hussain (GM R&D).

Ends...


Saturday, 23 August 2008

KOPERASI HPA BERI DIVIDEN 10%

Mesyuarat Agung Pewakilan Kali ke 2 Koperasi Wahida HPA Berhad (KoWahida) yang diadakan dengan jayanya hari ini telah mencatat jumlah keuntungan bersih RM342,864,19 dan pembahagian dividen sebanyak 10% kepada ahli-ahlinya.

Ucapan perasmian oleh Pengarah Urusan HPA

Ahli-ahli akan menerima dividen tersebut tidak lama lagi. Ia merupakan satu sejarah dalam perjuangan KoWahida. Dividen yang akan dibayar nanti adalah pelaburan sehingga 30 Jun 2007. Keuntungan terkumpul yang dibawa ke hadapan RM29,201.18 (selepas tolak pembahagian berkanun dan dividen).

Sebahagian ALP khusyuk mendengar amanat Pengarah Urusan

Tahniah kepada semua Ahli Lembaga Pengarah (ALP) KoWahida yang mula menunjukan prestasi yang membanggakan. Bagi merealisasikan objektif ini, KoWahida akan mengambil pekerja-pekerja tetap bagi menguruskan hal-hal pentadbiran termasuk persiapan pejabat pentadbiran dan kenderaan.

Sebahagian perwakilan yang hadir

Perwakilan juga telah bersetuju agar projek-projek tersebut dilaksanakan pada tahun 2009.

1. Pembekalan bahan mentah kopi Radix.
2. Takaful Am
3. Peniagaan yang melibatkan pertanian (tanaman untuk ternakan)
4. Radix Fried Chicken (RFC).

Ends....

PJS HASNAH MUSTAFA


Benar kata pepatah, Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu , kita senang kemudian.

Itulah hakikatnya untuk berada di puncak jaya….bukanlah mudah. Setiap kehidupan seorang hamba Allah sentiasa akan diuji dan diberi peluang. Dan tatkala Allah lintaskan peluang itu kita ambillah sebaik mungkin.

Menjadi ahli HPA adalah secara kebetulan…..memandangkan saya dan suami sememangnya mengamalkan herba dalam kehidupan, kerana masalah kesihatan suami, spirulina menjadi rakan setia. Suatu hari kami ke Pekan Tikam Batu untuk mencari pil susu kambing. Malangnya kedai ubat yang kami kunjungi kehabisan stok. Penjual tersebut menunjukkan sebuah kedai di hadapan kedainya yang menjual produk-produk herba. Di sinilah buat pertama kalinya kami mengenali HPA secara sekilas pandang sahaja. Namun pil susu kambing yang kami cari juga tidak ada. Akhirnya kami balik membawa “mai secawan” kopi radix. Kami dapat merasakan kehebatan kopi radix setelah mencubanya pada tahun 2004. Maka berulanglah kami ke stokis Tikam Batu 2 hari sekali.


Kereta roda tiga yang kini menjadi kenangan abadi

Di sini kami melihat produk-produk herba yang lain. Saya terus mencuba Paramaria. Bila diingat-ingar, rupa-rupanya saya telah menggunakan set bersalin dan kordial asiatica sekian lama dahulu…. Tetapi tidak menyedari bahawa itu adalah pro
duk HPA.

Oleh sebab acapkali ke stokis Tikam Batu, akhirnya kami mengenali pemilik stokis berkenaan…… sepasang suami isteri yang cukup gigih dalam perjuangan ini. PJS MOHD NADZRI AHMAD & PJS NOORMAH ZAINOL. Setelah diberi penerangan akhirnya saya memohon menjadi ahli pada bulan april 2004. Waktu itu produk saya beli hanya untuk kegunaan dan amalan harian sahaja.

Kegigihan PJS Hasnah patut dicontohi

Selama setahun kami menjadi pengguna dan pengamal kopi radix dan kehebatannya dapat kami rasakan dari sehari ke sehari terutamanya dari sudut tenaga. Kehidupan yang mencabar dengan keadaan ekonomi keluarga yang tidak stabil menyebabkan saya dan suami perlu mencari pendapatan yang lebih. Saya merupakan seorang guru PASTI ketika itu. Selepas pulang dari mengajar, saya akan membantu suami menjual kacang soya. Pada awal penglibatan saya agak malu dan kekok untuk berniaga di tepi jalan.

Tetapi memikirkan inilah kehidupan kami, saya buang perasaan tersebut dan saya tanamkan perasaan bangga dapat membantu suami. Pendek kata waktu bekerja kami dari seawal selepas subuh sehinggalah malam hari. Ketika insan lain seronok bersama keluarga di hari cuti, kami mengorbankan semua itu. Dunia kami hanya dengan perniagaan soya. Ramai mengatakan perniagaan ini menguntungkan. Alhamdulillah Allah sentiasa memberi rezeki……tetapi bergantung dengan perniagaan ini cukup mencabar sekiranya musim hujan. Sehinggakan suami sudah pandai menjadi peramal kaji cuaca.

Bayangkan setelah penat menyiapkan segala kelengkapan di awal pagi, hujan turun di waktu petang. Pernah juga kami mengalami saat-saat duka apabila tidak satu bungkus pun kacang soya kami laku dijual dalam sehari.

Mungkin beginilah juga nasib yang sama dialami oleh penoreh getah dan nelayan bila musim hujan melanda. Pernah satu ketika payung berniaga saya dibawa angin ribut dan semua barang berniaga terbalik dan terbang. Saya sentiasa berbincang bersama suami untuk mencari sumber perniagaan lain dan membuat persediaan untuk masa depan anak kami yang semakin membesar

Saya juga pernah memohon untuk membuat pinjaman peribadi dari sebuah bank. Teringat saya pertanyaan pegawai bank berkenaan sama ada saya ada cagaran atau tidak. Akhirnya kami ambil keputusan untuk mengumpul wang sendiri dan memperluaskan perniagaan kami. HPA tetap kami teruskan dengan, tetapi tidak bersungguh-sungguh. Pada tahun 2006, seseorang telah memesan kopi radix…..suami ke stokis untuk membeli kopi radix dan...saya menunggu di tempat berniaga. Risau, suami belum sampai lagi, selalunya sekejap sahaja…… rupa-rupanya hari tersebut Allah makbulkan doakan kami.......INSAN YANG CUKUP ISTIMEWA BUAT KAMI PJS NADZRI AHMAD dan PJS NOORMAH ZAINOl hendak mewarisi perniagaan jutaan ringgit ini buat kami.(HERBA PENAWAR AL-WAHIDA).

Menerima anugerah dalam KONVEK 2006

Rupa-rupanya cikgu Nadzri telah berjumpa dengan suami dan mengajak kami ke perjumpaan mingguan. Suami menyuruh saya mengikut mereka pada malam tersebut. Kami tutup perniagaan soya walaupun ketika itu belum habis. Malam itu buat pertama kalinya saya rasa satu kelainan… bila saya berdepan dengan pemimpin2 HPA. Walaupun mereka telah berada di atas, namun sikap mereka seperti kita yang dibawah. Kuliah pertama saya dengan PJS Syarifah Sulaiman (KAK PAH). Menaikan satu semangat baru. Akhirnya saya sambut SALAM PERJUANGAN yang dihulurkan. Bulan Februari 2006 saya ke Program Perkongsian Bijak di Perlis.

Sekali lagi hati saya merasakan kehebatan HPA ini…. Di sini saya mengenali pemimpin satu MALAYSIA. Ilmu yang diberikan oleh En. Faisol (GM) dalam program berkenaan cukup hebat. Pulang dari PB saya mencari semua bahan2 HPA yang tersimpan dari tahun 2004. Suami agak terkejut dengan perubahan diri. Setelah menerangkan segalanya beliau mengizinkan saya meneruskan perniagaan ini dengan syarat mesti bersungguh-sungguh2. Bertambah satu lagi pekerjaan saya menjadi seorang usahawan HPA. Saya mengkaji bagaimana perlu menjadi Pengarah Jati. Saya lakukan segala panduan yang diberikan dalam PB. Ketika itu malam juga saya rasakan seperti siang.

Saya hanya dapat melakukan segalanya selepas pulang dari berniaga soya. Mencari 6 orang ke PBC bukannya mudah. Ketika itu rasa teruji. Masyarakat menilai MLM dengan kebendaan. Apa yang saya ada …hanyalah sebuah motosikal. Nak cakap pasal RM 5 angka. Jauh sama sekali. Jadi saya bawa 6 orang dengan konsep ilmu. Untuk terus membawa peserta ke PB juga melalui pelbagai ujian penolakan. Kita merancang, buat dan berdoa, Allah menentukan segalanya. Saya gempur Pekan Tikam Batu. Saya buat homeparty bersama cikgu Nadzri dan kak Noormah. Saya anjur program ILMU HPA di Dewan Hj, Mat Isa Tikam Batu selama 2 hari.

Terima kasih kepada PJS Sabri Ahmad (sifu), PJS Azizan dan PJS Zaharah (kak Arah) yang menjayakan program tersebut. Suami menjadi teman yang cukup setia ke kelas mingguan. Kadangkala basah di tengah hujan ketika pulang dari kelas. Tapi kami rasa satu kepuasan.(sukar kami gambarkan perasaan tersebut). Walaupun dalam kesibukan berniaga soya kami tidak pernah meninggalkan kelas mingguan dan kuliah ilmu yang lain. Kadangkala malu juga bila sampai kelas pun dah di penghujung dan ada ketikanya hanya dapat duduk atas tangga terutama kelas kak Pah sebab dah penuh. (semasa di tempat lama).

Di sini saya mengenali kepimpinan KPU yang cukup hebat PJS Ustaz Zahir Ghazali. Kelas mingguan menjadi pembakar semangat. Ilmu yang dapat disini saya curahkan semula ketika berhadapan dengan manusia yang yang hatinya ibarat batu. Herdik, cemuhan menjadi perkara biasa, tidak kurang yang ingin melihat sampai bila kita bertahan. Itulah resam dunia. Berkat bimbingan dan sokongan suami, cikgu nadzri dan kak noormah akhirnya saya sambut cabaran GM ketika di Hotel Seri Malaysia supaya dapat bersama di pentas KONVEK 2006 dengan pangkat Pengarah Jati(PJ).

Alhamdulilah saya telah mendapat Anugerah Peserta Perkongsian Bijak Terbaik pada KONVEK 2006 dan Anugerah Pengarah JATI. Bersyukur pada Allah…dengan kejayaan ini. (terima kasih kepada sebahagian daripada keluarga dan sahabat-sahabat yang memberi sokongan.)

Langkah 2007 diteruskan…..ucapan terima kasih kepada KPU yang telah memilih saya sebagai pelapis kepimpinan dalam GEN 2. Target saya 2006 untuk capai Pangkat PJ dan bina rangkaian. Target 2007 mendalami ilmu-ilmu yang ada dalam HPA. Setelah dipilih dalam GEN 2 saya merasakan terlalu banyak perkara yang perlu dipelajari untuk memegang amanah ini. Saya mengutip setiap kata-kata motivasi, mempelajari gerak kerja kepimpinan awal yang penuh dengan onak dan duri….

Tidak pernah menyangka manisnya perjuangan ini….Bersama suami tukarkan setiap halangan itu menjadi cabaran. Mei 2007 saya meletakan jawatan sebagai guru PASTI. Pelbagai soalan dan anggapan orang mengatakan saya meninggalkan perjuangan jemaah demi HPA. Suami memberi kata-kata semangat hanya Allah dan kita tahu apa yang kita rancang. Segalanya terbukti kini…. Saya masih mampu membantu di PASTI dan masih menjalinkan hubungan walaupun bukan guru tetap.

Saya mendalami kursus-kursus yang dianjurkan oleh HPA. Mempelajari ilmu perawatan daripada Kak Pah dan kak Noorma….bukan kata master, rasanya Ph D. Tapi tak mampu saya merawat orang. Di sini saya melihat perlunya kekuatan dan hubungan yang kuat dengan ALLAH maha Pencipta. Alhamdulillah di penghujung 2007 barulah saya mampu berdepan sebagai seorang perawat. Saya bersyukur. Sesungguhnya ilmu yang diberikan oleh kedua-dua idola saya terbukti selepas seorang makcik yang saya diagnos menangis dipangkuan saya.

Peluang menceritakan pengalaman dalam slot-slot bintang2 PBC dan pembantu pengendali kelas mingguan melatih saya menjadi seorang motivator hari ini. Walaupun rasa tidak mampu tapi saya gagahi juga …. Bukan semua orang dapat peluang macam saya. Saya perlu ambil peluang ini dan belajar. Saya banyak merujuk Ustaz Zahir dan mempelajari setiap teknik motivator HPA yang lain dalam memperbaiki skill penyampaian saya.

Tahun 2007 dengan ilmu stokis yang saya pelajari hampir setahun dari Kak Noormah membuatkan saya berani melebarkan sayap perniagaan ini dengan membuka stokis HPA di Taman Ria Jaya.(terima kasih kepada keluarga dan semua rangkaian saya terutama group KU AZHAR yang memberi sokongan). Perniagaan soya masih diteruskan. Keadaan menjadi lebih sibuk.

Bersama teman setia, PJS Normah Zainol di MAHA 2008

Alhamdulilah dengan herba-herba HPA kami meneruskan perjalanan ini. Kesihatan suami semakin baik. Sekarang boleh makan semua benda-benda berangin. Kami mensyukuri nikmat kesihatan yang diberikan.

Tahun 2008…hampir sebulan kami cuti berniaga soya sejak akhir bulan syawal lepas. Awal Januari sehingga Mac hujan turun hampir setiap hari. Kami bersyukur…..kini saya tidak perlu susah hati melihat awan mendung dan suami tidak perlu menjadi peramal kaji cuaca sebaliknya mengatur strategi demi sebuah perjuangan HPA. Tahun ini juga saya menjadi tenaga pengerak PBC di Kulim bersama Ustazah Siham & Ustaz Zamri dan ke PBC Taiping bersama PJS Mohd Nadzri, PJS Ismail Othman dan PJS Noormah. (terima kasih atas kepercayaan yang diberikan).

Pada 2 dan 3 Ogos saya telah diamanahkan oleh PJS Ustaz Mohd Zahir menjadi Pengarah Program PBC di Sungai Petani bersama PJ Noor Hashimah Hashim.(Ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan PBC tersebut). Dan sekali lagi pada 12 Ogos saya berasa cukup bangga dapat menghadiri Sambutan Maha bersama PJS Noormah , PJS Ustazah Siham, PJ Ustaz Zamri dan PJ Adlina melihat Tn. Haji Ismail menerima anugerah daripada Perdana Menteri Malaysia.

Ramadhan hampir tiba, terkenang tahun-tahun lalu masa ini menjadi lebih sibuk untuk menyiapkan kelengkapan berniaga menjelang ramadhan sehingga kesibukan itu sungguh terasa sehingga malam raya. Paling menyedihkan suami terpaksa mengayuh roda tiga yang berat itu diwaktu berpuasa…..insyaallah kini segalanya telah berakhir….. kami telah menyimpan perniagaan soya ini dan tidak akan kami wariskan kepada sesiapa….bukan kami lokek ilmu ini tapi kami tidak mahu orang lain merasa kesusahan yang kami rasakan. Tapi kami akan berbangga dan menyeru kepada umat Islam yang lain untuk sama-sama istiqamah dan berjuang dengan HPA.

Kini kami hanya tumpukan sepenuhnya perhatian kepada perniagaan HPA dan menyara kehidupan dengan rezeki HPA yang penuh barakah. Dan kami juga tidak lagi merasa bimbang andaikata ALLAH menjemput kami pulang HPA akan menjadi harta yang akan kami tinggalkan buat anakanda tercinta MUHAMMAD AZIZ RIFQI . Dan kami juga berdoa moga Allah tetapkan hati kami dalam perjuangan ini, temukan kami dengan insan2 yang ikhlas, murahkan rezeki dan tabahkan hati disetiap langkah kami bersama HPA.

Madu, Teh Herba dan Rebusan Alac,
Buat penawar penyakit buah pinggang,
Yang bulat tak akan datang bergolek
,
Yang pipih tak akan datang melayang.

"KEJAYAAN ITU BUKAN MILIK ORANG TERTENTU, TETAPI RESEPI KEJAYAAN ITU ADA PADA MEREKA YANG TELAH BERJAYA”

Nukilan Rasa
PJS Hasnah

Ends...