Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
.
MERINTIS KEMUNGKINAN

http://pjskpu.radix2u.com

Jangan Abaikan Pesanan Ini:
"Meninggalkan anak-anak dalam keadaan berharta adalah lebih baik
daripada meninggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta."

Saturday 20 December 2008

PBC TAIPING CUNGKIL KEPIMPINAN BARU

Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) yang berlangsung di Hotel Seri Malaysia Taiping pada 20 dan 21 Disember 2008 berjaya mencungkil bakat dan kepimpinan baru HPA.




Peserta PBC sedang mendengar ceramah yang disampaikan



Ini kerana hampir keseluruhan PBC kali ini dikendalikan sepenuhnya oleh pemimpin-pemimpin dari daerah Taiping. Menurut Pengarah PBC, Ustaz Mohd Yusfee, kerjasama dan komitmen yang tinggi di kalangan pemimpin-pemimpin Taiping telah berjaya menghadirkan hampir 60 peserta ke PBC pada kali ini.



Semangat tinggi peserta muslimat


Antara pemimpin-pemimpin baru yang berjaya dilahirkan ialah PJE Haridah Khanun, PJ Hindun, PJ Nabishah, PJ Ustaz Fendy, PJ Ustaz Irwan dan PJ Sazali.




Pada PBC kali ini beberapa pemimpin KPU telah hadir menyampaikan slot. Antaranya PJS Mohd Nadzri Ahmad, PJS Ismail Othman, PJS Sharifah Sulaiman, PJS Noormah Zainol, PJS Mohd Zamri Abu Bakar, PJS Ustzah Siham, PJS Meor Juhaidi, PJ Harryzan, PJ Ustazah Saliza, PJ Zalilah Ghazali dan PJ Nor Aziah Alias.


Ends......

HPA BAKAL BERGEGAR DI IPOH

Tiga PJS dari Kelab Pemimpin Utara (KPU) berjaya mengadakan Kelas Mingguan di Cawangan Ipoh, Greentown pada 19 Dis 2008 baru-baru ini. Mereka ialah PJS Mohd Nadzri Ahmad, PJS Ismail Othman dan PJS Syeed Agel.


Sebahagian ahli HPA yang hadir mendengar ceramah

Kehadiran hampir 70 ahli HPA sekitar bandaraya Ipoh membayangkan bahawa HPA mempunyai potensi yang cukup besar di sana. Penerangan mengenai Sejarah Syarikat, Pelan Pemasaran dan Produk Radix Koko ternyata membangkitkan semangat baru di kalangan pengedar yang hadir.

PJS Mohd Nadzri sedang menyampaikan ceramah



Tiga PJS dari KPU yang hadir memberikan ceramah


Rata-rata pengedar yang ditemui melahirkan rasa yakin dan penuh semangat untuk terus memperjuangkan HPA di bandaraya itu. Serentak dengan itu juga Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) akan diadakan pada 17 dan 18 Januari 2009, di Hotel Hill City, Ipoh. Yuran penyertaan hanya RM160.00 sahaja.

Beberapa orang PJS dari KPU akan hadir mengisi slot sepanjang PBC tersebut. Antaranya PJS Syed Salahuddin, PJS Puan Sharifah Sulaiman, PJS Mohd Nadzri Ahmad, PJS Ismail Othman, PJS Meor Juhaidi, PJS Noreda Hamid dan PJS Syed Ageel.

Mereka yang berminat untuk hadir PBC tersebut bolehlah menghubungi PJS Syed Ageel (013-4882778) dan Oki (012-5367316)


Ends..