Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
.
MERINTIS KEMUNGKINAN

http://pjskpu.radix2u.com

Jangan Abaikan Pesanan Ini:
"Meninggalkan anak-anak dalam keadaan berharta adalah lebih baik
daripada meninggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta."

Tuesday 29 July 2008

PJS Syed Ageel Syed Mahayadin

PAKSAAN ABANG, MERINTIS SYED AGEEL MENCIPTA KEJAYAAN

Sebelum mengenali HPA, beliau menganggap semua syarikat yang menjalankan perniagaan secara Multi Level Marketing (MLM) adalah sama sahaja. Walaupun menjual produk yang berbeza, namun sistemnya tetap sama. Yang menaja (upline) pasti akan kaya. Yang ditaja (downline) selamanya akan menjadi mangsa kepada penaja.
Itulah anggapan awal PJS Syed Ageel ketika beliau mula-mula diperkenalkan HPA oleh abang kandungnya sendiri, di sebuah restoran Nasi Kandar di Butterworth. Abangnya, Syed Salahudin adalah seorang peguam syarie yang mempuyai firma guamannya sendiri di Butterworth. Terdetik di sudut hati kecilnya yang menganggap mengapakah abang kandungnya sanggup menipu dan mempergunakannya sebagai ‘downline’ semata-mata mencari keuntungan lumayan melalui perniagaan ini.

Maklumlah pada waktu itu beliau berjawatan tinggi sebagai eksekutif kanan audit dalaman di Penang Port Sdn Bhd. Anak muda lulusan Perakaunan ini menerima HPA dengan berat hati atas paksaan abangnya. Pada peringkat awal, beliau memasuki HPA bukan atas kesedaran dan benar-benar menjiwai perjuangan HPA.

Setelah menyertai HPA pada Ogos 2006, PJS Syed Ageel telah hadir kursus Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) HPA pada November 2006. Dari kursus itu barulah beliau menyedari bahawa MLM HPA tidak sama dengan MLM dari syarikat-syarikat lain yang pernah diketahuinya. Ada penekanan kepada konsep syariah dan menepati kehendak dan tuntutan perniagaan secara Islam.

Jutawan muda hasil keluaran PBC ini benar-benar menjiwai dan menghayati perjuangan HPA setelah hadir kursus tersebut. Hati beliau tersentuh setelah mendengar ceramah dan cerita-cerita perjuangan dalam HPA yang disampaikan oleh pemimpin-pemimpin yang telah lama berkecimpung di dalam HPA. “Atas Dasar Tanggungjawab Bersama, Memikul Amanah Allah dan Tuntutan Fardu Kifayah, Maka Ini Satu Perjuangan”. Ungkapan itu sering mengantui jiwa dan fikirannya. Dia mula berfkir betapa murninya perjuangan ini.

Akhirnya PJS Syed Ageel mula mengatur langkah memperkenalkan HPA kepada keluarganya, rakan-rakan sepejabatnya, sahabat handai jauh dan dekat, juga kepada sesiapa sahaja yang dijumpai dan ditemuinya. Perasaan malu, segan, rendah diri, takut dan segala jenis sifat negatif dibuangnya jauh-jauh. Tekad dan azam terus ditanam bagi memastikan perjuangan untuk memartabatkan HPA terlaksana. Yang pasti tiap-tiap rumah umat Islam mesti ada barangan HPA. Kesedaran terhadap penggunaan barangan yang ada unsur syubahah dan haram perlu dilakukan segera. Jiwa dan minda umat Islam perlu dibetulkan dengan segera.

Tanggal Mac 2007, PJS Syed Ageel meletakkan jawatannya dengan Penang Port Sdn Bhd. Pelbagai reaksi negatif diterimanya sama ada dari rakan taulan dan saudara mara akibat perletakan jawatan itu. Namun beliau percaya rezeki Allah ada di mana-mana dan yakin dengan ayat yang sering diutarakan kepada jaringannya “Allah Memberi Mengikut Prasangka Hambanya”, “You do the same, you get the same” & “When there is a will, there is a way”.

Dia bersama isteri tercinta PJS Suhaiza Rusli mula mengorak langkah lebih jauh. Medan perjuangannya bukan lagi di sekitar Pulau Pinang dan Sungai Petani, malah sudah menjangkau ke Johor, Kuala Lumpur, Selangor dan juga menyeberangi Selat Melaka ke Medan dan Palembang di Indonesia.

Alhamdulillah, berkat usaha dan kegigihan beliau, walaupun baru 20 bulan menyertai HPA, beliau telah berjaya meraih pendapatan lebih RM15 ribu sebulan. Nasihat beliau kepada seluruh masyarakat Islam Malaysia agar segeralah menyertai HPA. Rugilah kepada sesiapa yang tidak mengenali HPA ataupun meninggalkan HPA. Baginya, bersama HPA adalah suatu jihad ekonomi untuk membangunkan ummah. Jika tidak sekarang, bila? Jika tidak kita, siapa lagi yang akan memartabatkan ekonomi ummah ini.

Ends…

Monday 28 July 2008

Salon Kecantikan Muslimah

D’WANDA
SALON RAMBUT DAN SPA MUSLIMAH

Tidak banyak pusat kecantikan (salon) dan perawatan Islam yang beroperasi khususnya kepada kaum wanita di bandar Sungai Petani. Jika ada pun, barangkali perniagaan itu belum tentu menepati kehendak dan prinsip-prinsip yang digariskan mengikut kehendak dan prinsip syariah Islam. Ia membabitkan penggunaan jenis herba dan juga kaedah rawatan yang digunakan. Adakah herba yang digunakan untuk kecantikan dan perawatan itu memenuhi dan menepati konsep ‘halalal toyyiba'. Dalam dada akhbar banyak dipaparkan penggunaan alat kosmetik yang mengandungi bahan kimia dan juga barang-barang terlarang di sisi agama. Ia bukan sahaja memberi kesan sampingan kepada penggunanya, malah turut memberi impak yang buruk kepada Islam itu sendiri. Sampai bilakah umat Islam harus bergantung kepada bahan-bahan yang ada unsur 'syubahah' dan juga kepakaran perawatan dan penjagaan kulit dari mereka yang tidak seagama dengan kita.?


(PJS Wanda sedang melakukan teknik rawatan kecantikan muka)

Atas dasar tanggungjawab dan amanah serta tuntutan fardu kifayah, D’Wanda Salon dan SPA Muslimah mengambil langkah awal memenuhi tuntutan ini. Salon ini adalah milik penuh PJS Siti Norwanda Yusof beralamat No 510, Jalan NIlam 1, Taman Delima,08000 Sungai Petani Kedah.


Pengurus salon, PJS Siti Norwanda adalah lulusan UiTM. Memiliki Sarjana Muda BSc (Hons) dalam bidang Comunication and Networking. Beliau mula menceburkan diri dalam perniagaan MLM HPA sekitar 2005. Pernah menjadi Pengurus HPA Cawangan Pulau Pinang di Bayan Lepas 2006 -2007. Memiliki Sijil Herbalis HPA, Sijil Perunding Kecantikan dan Rambut. Kegigihan beliau mengurus dan mengendalikan pusat kecantikan ini memberi peluang yang amat luas kepada wanita-wanita Islam untuk mendapatkan perkhidmatan yang terbaik.



Antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh salon ini ialah gunting rambut dan rambut berkelumumur, rawatan muka dan badan, sauna, mandi wap, berbekam (al-hijamah), dan kiropraktik (membetulkan tulang belakang). Perniagaannya bermula dari jam 10.30 pagi hingga 6.30 petang. Dibuka pada setiap hari, kecuali hari Rabu. Bagi yang ingin mendapatkan khidmatan rawatan kecantikan dan kesihatan, bolehlah menghubungi PJS Siti Norwanda di talian 012-5718838/012-5766887. Seluruh wanita Islam dijemput hadir ke salon ini. Harga perkhidmatan yang dkenakan amat berpatutan
.

Ends……..

PJS Muzafar Aliyasak


PENGORBANAN ANAK MUDA DALAM MENGGAPAI IMPIAN

Apabila beliau menyatakan hasratnya untuk meletakkan jawatan sebagai QA Eksekutif di Sumitomo Industries Sdn Bhd, sebuah syarikat semiconductor milik Jepun, pelbagai pandangan peribadi dilemparkan kepada beliau. Ramai rakan-rakannya menganggap tindakan itu sebagai bodoh dan tergesa-gesa. Tidak kurang pula yang ketawa dan senyum sinis. Perlian sudah menjadi perkara biasa baginya. Mereka menganggap keputusannya untuk berhenti kerja dan bergabung dengan HPA sebagai tindakan yang amat merugikan. Ramai rakan-rakannya beranggapan bahawa syarikat Melayu pastinya tidak bertahan lama. Akhirnya ramai akan merana dan kecewa berpanjangan. Namun semua itu tidak diendahkan oleh PJS Mudzafar. Baginya HPA adalah wadah perjuangan umat Islam. Biar apa jua rintangan yang datang, jiwa dan raganya akan tetap bersama HPA.
Baginya, HPA perlu diketengahkan kepada seluruh masyarakat Islam di negara ini.


Pada peringkat awal, keluarganya sendiri meragui akan keputusan anak muda ini. Usianya baru sahaja melewati 30an sudah punya keyakinan tinggi untuk meninggalkan pekerjaan bergaji lumayan. Mana tidaknya, lulusan Biotech dari USM ini menjadi harapan dan kebanggaan keluarga. Namun tekad dan azam yang amat tinggi terpahat disanubarinya. Tanggal Januari 2008, PJS Mudzafar Aliyasak meninggalkan jawatannya dan bergerak sepenuh masa sebagai usahawan HPA.

Beliau mula menganggotai HPA sebagai pengedar biasa (PB) tanggal Februari 2005. Ketika itu HPA sedang mengorak langkah maju ke hadapan dengan pelbagai produk di pasaran. Kegigihan dan semangat waja yang ditunjukkan oleh beliau sebenarnya adalah atas dorongan isteri tercinta, PJS Siti Norwanda. Seperti PJS yang lain, Mudzafar juga terpaksa menempuh pelbagai halangan dan rintangan dalam perjalanannya bersama HPA. Bagi ahli-ahli HPA di Pulau Pinang, nama PJS Mudzafar memang cukup dikenali. Seorang usahawan muslim yang cukup rajin mengambil bahagian dalam home party, program-program mingguan, ekspo perniagaan dan jualan produk muslim di Pulau Pinang. Di mana sahaja ada pameran dan ekspo, PJS Mudzafar pasti ada. Beliau sanggup berdiri berjam-jam di bawah pancaran terik matahari semata-mata untuk mengedarkan pamplet dan memperomosi barangan HPA kepada pengunjung yang hadir.

Pernah suatu hari ketika beliau mengendali dan mengurus program Perkongsian Ilmu Cemerlang (PIC) di Masjid Seberang Jaya, sesuatu yang tidak dijangka telah berlaku. Beliau hanya membuat jemputan sekitar 100 orang sahaja berpadanan dengan dewan yang disewa. Tiba-tiba yang hadir hampir 300 orang. Peserta terpaksa duduk di merata-rata tempat dan beasak-asak semata-mata hendak mendengar penerangan dari Pengarah Urusan HPA. Beliau hampir panik dengan keadaan dan suasana yang berlaku. Tetapi, Alhamdulillah majlis tersebut telah berakhir dengan sempurna.

Saat manis yang tidak dapat dilupakan ialah apabila beliau terpilih bersama Top 50 PJS Malaysia mengadakan lawatan ke Jakarta Indonesia. Beliau tidak menyangka namanya juga tersenarai dalam 50 PJS terbaik Malaysia pada tahun 2007. Itulah kali pertama dalam sejarah hidupnya beliau menjejakkan kaki ke bumi Indonesia. Banyak kenangan dan pengalaman baru yang diperoleh di sana. Semuanya akan dijadikan pedoman dan panduan dalam hidupnya bagi memartabatkan lagi perniagaan halal bersama HPA.

Baginya perasaan malu, segan dan sifat hipokrit perlu dibuang dan dilempar jauh-jauh kerana ia hanya akan merugikan diri sendiri. Sebenarnya sifat-sifat sebeginilah yang menjadi penghalang bagi seseorang usahawan itu untuk berjaya.

Atas semangat dan kegigihan beliau, HPA telah menganugerahkan kepadanya pangkat Pengarah Jati Setia (PJS) pada bulan Mei 2007. Alhamdulillah, pendapatannya kini mencecah 5 angka. Terbukti sudah, beliau mampu memadamkan segala ketawa dan senyum sinis rakan-rakannya dulu hanya dalam masa beberapa bulan sahaja berdagang dengan HPA. Kini beliau boleh tersenyum panjang dan menarik nafas lega dengan pendapatan berlipat kali ganda dari pekerjaan dan jawatan asalnya dulu sebagai QA Eksekutif.


Ends......

Saturday 26 July 2008

PJS Md Khatib Hussain

KEGIGIHAN ANAK KAMPUNG MELAKAR SEJARAH DALAM HPA

Hidup ini tidak selalunya indah. Ada ketikanya kita gembira dan ada waktunya pula kita akan berdukacita. Memang benar kata orang tua-tua. Waktu senang memang ramai kawan. Tapi apabila susah, kawan rapatpun akan merenggangkan diri. Carilah sahabat kerana ia akan memahami dan menyelami hati dan sanubari kita, sama ada waktu kita susah atau senang. Kawan hanyalah sekadar dipinggiran. Menumpang gembira denga gelak ketawa ketika kita senang dan akan menghilang dan beralasan ketika kita dalam kesempitan.

Itulah antara ungkapan awal yang dilontarkan oleh PJS Md Khatib Hussain, di awal bicaranya dengan saya. Menceritakan saat-saat beliau mula bergabung dengan HPA, kelihatan air matanya bergenang di kelopak mata. Sekali-sekali dia menarik nafas panjang dan kedengaran suaranya seakan-akan sebak menahan hiba dan pilu. Entah apa yang terbuku di hatinya, siapa pun tidak tahu. Hanya dia dan Allah SWT sahaja yang mengetahui.

Anak kelahiran Parit Panjang, Baling Kedah ini merupakan salah seorang Pengarah Jati Setia (PJS) HPA. Beliau mula mengenali HPA pada tahun 1996. Ketika itu usianya 43 tahun dan HPA pada waktu itu masih lagi menjalankan perniagaan secara Single Level Marketing (SLM). Bapa kepada 11 orang anak ini mula mengenali HPA kerana masalah kesihatan pada dirinya. PJS Md Khatib pada waktu itu menghidap penyakit batu karang yang agak serius. Doktor di Hospital Sungai Petani mencadangkan kepada beliau agar segera melakukan pembedahan. Jika tidak keadaan kesihatannya akan menjadi lebih parah.

Atas cadangan seorang sahabat, PJS Md Khatib telah mengenali HPA dan mengamalkan herba Malac, Masu Asli dan Teh Herba. Alhamdulillah berkat kesabaran, keyakinan dan izin Allah SWT batu karang yang dihidapinya telah pecah dan hancur.
Akhirnya penyakit beliau telah sembuh hingga ke hari ini.

Atas dasar ingin membantu dan berkongsi keyakinan akan kehebatan herba HPA, PJS Md Khatib mula mengorak langkah memperkenalkan HPA kepada keluarga, rakan-rakan, sahabat handai dan sesiapa juga yang ditemuinya. Beliau amat bersyukur di atas apa yang berlaku ke atas dirinya. Apalah ada sangat kepada dirinya, hanya orang kampung yang bekerja sebagai buruh dan berniaga secara kecil-kecilan di pekan Parit Panjang.

Tidak ada apa yang hendak beliau banggakan. Dengan berniaga secara kecil-kecilan itulah, PJS Md Khatib mampu menyara makan minum 11 orang anaknya.

Apabila HPA mengorak langkah menukarkan sistem perniagaannya dari SLM kepada MLM pada 1997, PJS MD Khatib telah memohon kepada HPA untuk menjadi stokis. Bermula detik inilah, tekad beliau untuk terus memperjuangka HPA secara sungguh-sungguh bermula. Beliau bekerja tanpa mengenal erti penat dan jemu dengan mengadakan demo, home party dan juga membuka gerai-gerai jualan di sekitar daerah Baling dengan tujuan untuk memperkenalkan dan mempromosi barangan HPA kepada umat Islam.
Terus terang beliau menegaskan bahawa beliau tidak pandai berbicara dan berceramah seperti orang lain. Macam-macam perlian dan kata-kata yang kurang enak didengar yang dilemparkan kepadanya ketika memberi penerangan HPA. Ada yang mengejek, ada yang tertawa, ada yang hanya melihat sebelah mata dan sebelah muka. Tapi beliau tetap sabar.

Walaupun ketika itu bonusnya tidaklah seberapa, tetapi semangatnya untuk memperkenalkan HPA cukup tinggi.. Boleh dikatakan setiap hari beliau dan isteri akan keluar menjual dan memperkenalkan produk HPA di pekan Parit Panjang. Kadang-kadang ke pekan Kupang dan Baling.
Tahun 2004, HPA memperkenalkan produk baru Kopi Radix. Waktu itu macam-macam jenis kopi ada di pasaran. Namun PJS MD Khatib tidak pernah menganggap kopi-kopi lain sebagai pesaing. Beliau tetap dan amat yakin bahawa suatu hari nanti Kopi Radix mampu menguasai pasaran, terutama di daerah Baling. Atas kesungguhan beliau tanpa mengenal erti penat dan jemu, beliau berjaya menguasai gerai-gerai dan warung-warung sekitar daerah Baling. Setiap kedai dan warung pasti disinggahnya. Jualan Kopi Radix beliau merupakan jualan tertinggi Negara pada waktu itu sehingga HPA menobatkan beliau dengan anugerah ‘ Panglima Kopi Radix’ dalam Konvek HPA.

Ditanya mengenai kenangan yang tidak dapat dilupakan, beliau menitiskan air mata tanpa disedari. Pernah suatu ketika sekitar tahun 2002. Ketika itu ramai pemimpin dan pengedar keluar meninggalkan HPA dan memasuki Syarikat ‘S’. PJS Md Khatib telah mengundang Pengarah Urusan HPA, Hj Ismail Ahmad untuk merasmikan Majlis Sambutan Aidil Fitri di Dewan Tun Razak, Baling. Hampir 500 kad jemputan diedarkan. Makanan cukup jenuh dengan hidangan pelbagai aneka. Pengarah Urusan hadir. Tapi sayangnya, pengedar yang hadir sekitar 14 orang sahaja. Beliau terkedu dan terlalu hiba mengenangkan peristiwa itu.

Walau apa pun yang berlaku semua itu merupakan catatan dalam sejarah hidupnya. Sekarang PJS Md Khatib menjadi kebanggaan penduduk Parit Panjang. Usianya kini menjangkau 55 tahun. Beliau menjadi contoh teladan generasi muda di tempatnya sebagai usahawan muslim yang berjaya. Kelulusannya tidaklah seberapa. Cuma lepasan pondok sahaja. Belajar mengenal huruf Al-Quran dan perkara-perkara asas dan pokok fardu ain untuk dijadikan panduan hidup.

Sekarang beliau boleh berbangga dengan pendapatan 5 angka bersama HPA. Suatu pendapatan yang tidak disangka-sangka dan dimimpi bagi orang kampung sepertinya. Berbeza dengan hidupnya dulu ketika menjaja secara kecil-kecilan. Nak dapat RM20 ringgit sehari pun sukar. Tidak pernah termimpi olehnya untuk memandu Toyota Innova bersama keluarga, kerana baginya dulu hanya motosikal buruk dan kereta sorong roda tiga yang menjadi teman setia sejak sekian lama. Yang pasti beliau tidak pernah sombong dan bangga diri dengan apa yang ada padanya hari ini. Sikap dan sifatnya tetap sama seperti dulu. Mudah mesra, mudah senyum dan yang pasti beliau mempunyai semangat yang makin kuat untuk membantu dan membimbing mereka yang ingin berjaya dan mengubah nasib hidup.

Baginya, ikhlas, jujur, peramah, yakin, tiada perasaan hasad dengki, jangan mudah berputus asa dan yakin bahawa rezeki di tangan Allah SWT, kejayaan pasti menjadi milik kita. Syabas PJS MD Khatib.

Ends…..

Thursday 24 July 2008

Radix Fried Chicken

MENGAPA MASIH LAGI TIDAK MEMILIH RFC?

Menuntut ilmu merupakan satu kewajipan ke atas setiap umat Islam. Hanya dengan ilmu sahajalah martabat agama dan bangsa dapat dipertahankan. Kata imam al-ghazali, ilmu tanpa amal adalah sia-sia dan amal tanpa ilmu adalah gila. Sekaligus memperlihatkan kepada kita bahawa tugas dan tanggungjawab menuntut ilmu terletak kepada seluruh ummah yang mengaku beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT.


Dengan ilmu kita dapat membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Yang mana halal dan yang mana pula haram. Pendita Za’ba pernah berkata bahawa “ilmu adalah pelita hidup”. Oleh yang demikian dalam soal makanan, kita perlu memberi penekanan kepada halal dan haram. Jangan anggap semua yang berlogo ‘halal’ itu adalah ‘halal’. Hanya dengan ilmu sahaja kita akan dapat membezakannya.

Kemunculan Radix Fried Chicken (RFC) merupakan satu kebanggaan umat Islam. Ia memenuhi satu tuntutan fardu kifayah dalam industri makanan segera. Selama ini, setelah hampir 50 tahun negara mencapai kemerdekaan, belum ada lagi syarikat makanan segera milik umat Islam yang mampu menyaingi dan menandingi syarikat asing yang beroperasi di negara kita, seperti KFC dan Mcdonalds.


Ahamdulillah, RFC yang bertunjang asas ayam goreng organik dalam dua perasa iaitu perasa herba dan perasa pedas mendapat sambutan yang sungguh luar biasa. Pada bulan pertama pembukaannya di Bandar Legenda Heights, Sungai Petani, pelanggan terpaksa berbaris panjang hampir dua jam semata-mata hendak mendapat seketul ayam goreng organik RFC. Namun kini, semua itu telah dapat diatasi oleh pihak pengurusan RFC. Mana-mana pelanggan sekarang ini hanya perlu menunggu sekitar 15 minit sahaja untuk mendapatkan ayam goreng RFC.



Oleh yang demikian sebagai umat Islam yang prihatin dan mempunyai semangat untuk mengguna dan mengamalkan barangan harian dan makanan halal, pilihlah RFC. Tinggalkan jenama-jenama makanan yang mendatangkan keraguan dan ada unsur-unsur syubahah yang akhirnya akan merosakkan hati dan minda umat Islam. InsyaAllah tahun hadapan, pihak pengurusan akan berusaha untuk menambah beberapa lagi cawangan RFC di seluruh negara. InsyaAllah.



Ends……..

Tuesday 22 July 2008

PJS Ismail Othman

MAKNA SEBUAH PERJUANGAN
(sebuah catatan nostalgia)
Memulakan perniagaan MLM bersama HPA merupakan satu perjuangan yang penuh dengan cabaran dan ujian. Apatah lagi MLM yang berpaksi dan berlandaskan konsep syariah. Apabila kita bercakap soal menggunakan barangan halal, soal haram, soal sunnah dan soal perjuangan agama, macam-macam mala petaka dan bahana yang datang bertimpa-timpa.Itulah antara gambaran awal yang dapat saya nukilkan diawal pembabitan saya bersama satu-satunya syarikat MLM (Syariah) kepunyaan Melayu Islam sekitar tahun 1997 dulu. Waktu itu adalah zaman kemunculan pelbagai syarikat MLM yang memasarkan barangan dalam pelbagai jenama. Ada syarikat MLM tempatan, tidak kurang banyaknya juga syarikat dari luar.

Ramai pemimpin MLM mengatur pelbagai strategi untuk mengumpan keahlian dengan pelbagai cara. Ada yang ‘tunjuk cek’ yang dipotostat sebagai bukti betapa mudahnya mendapat ‘income’ lumayan dengan syarikat mereka.Sebagai pengguna barangan HALAL, saya menyaksikan kebanjiran golongan bergelar ustaz yang berbondong-bondong bersama syarikat MLM yang tidak diterajui oleh muslim. Apatah lagi barangan yang dijual atau didagangkan itu belum tentu menepati status ‘halal’. Timbul kesedaran yang cukup hebat dalam diri saya, kenapa dan mengapa insan-insan ini begitu mudah terjebak dalam kancah perniagaan dengan syarikat bukan milik Islam. Padahal pada waktu itu HPA sudah ada dan merupakan satu-satunya wadah atas nama ‘muslim’ sebagai alternatit kepada MLM yang lain.


Tanggal 17 Mac 1997 saya mendapat status keahlian berdaftar sebagai ahli HPA dengan yuran keahlian cuma RM10 sahaj seumur hidup. Pada waktu itu kesungguhan untuk berniaga bukan menjadi agenda utama. Mengguna dan mengamal herba untuk kesihatan menjadi focus utama. Selain itu apa terbayang dan terpahat dalam sanubari ialah kesungguhan untuk memartabatkan produk makanan kesihatan muslim di pesada hati umat Melayu. Maklumlah pada masa itu produk makanan kesihatan menjadi ‘killer produk’ di kalangan syarikat-syarikat MLM. Waktu itu, HPA hanya mengeluarkan 16 jenis produk makanan kesihatan sahaja. Salah satu ‘killer produk’ pada masa itu ialah TEH HERBA (Teh Pegaga). Kami adalah generasi awal HPA yang bersaing dalam dunia MLM ke hulu ke hilir bersama teman-teman seperjuangan berceramah, demo dan ‘home party’ memberi penerangan dan penjelasan mengenai produk ini. Tidak sahaja di hotel-hotel yang ada bintang, malah hotel-hotel bajet pun kami harungi. Kawasan-kawasan kampung, felda, felcra, surau, dewan orang ramai, markas parti politik, dewan orang ramai, rumah-rumah orang perseorangan juga menjadi sasaran kami.

Pernah saya dan PJS Mohd Nadzri Ahmad berceramah terhadap sekumpulan orang India di Hotel Seri Malaysia Sungai Petani. Itulah kali pertama saya diminta member penerangan tentang produk HPA. Susah juga nak memberi penerangan kepada mereka. Maklumlah kami berdua pada masa tu jadi bidan terjun kepada penaja kami, Haji Ismail Wan Teh (sekarang Pengara Urusan Azi Smartlife). Dia tidak dapat berceramah kerana demam panas. Sebelum ke Hotel Seri Malaysia saya sempat ke rumahnya. Memang dia demam teruk. Tapi dia tak mahu ke klinik. Katanya dia makan malac 10 biji sekali makan. Betapa kuat pegangannya terhadap produk HPA. Seminggu selepas itu dia sembuh seperti biasa tanpa mengambil sebarang ubat aloypati.Tidak kisah sangat siapa yang datang. Yang pasti maklumat mengenai produk HPA sampai ke rumah dan tangan umat Islam.

Saya masih ingat akan bagaimana susah dan payahnya Pengarah Urusan HPA, Haji Ismail Ahmad bersama isterinya Hjh Norhayati Ahmad ke hulu dan ke hilir memberi ceramah dan penerangan tentang produk HPA. Kegigihan Pengarah Urusan dan isteri memberi ilmu produk kepada kami amat kami hargai. Pendek kata di mana sahaja ada ceramah Pengarah Urusa, kami akan sampai. Waktu itu hubungan kami sesama ahli HPA di utara macam adik beradik. Saya masih ingat lagi jika ada program yang HPA anjurkan, Haji Ismail Wan Teh, Hjh Hasma Laily Hood (isteri Haji Ismail Wan Teh), PJS Puan Sharifah, PJS Aseri Hanapiah, PJS Azizan Ahmad dan PJS Ustaz Mohd Zahir Ghazali kerap mengubungi sesama sendiri untuk memaklumkan mengenai program. Kami akan hadir sama-sama walau di mana jua dianjurkan. Alhamdulillah hubungan kekeluargaan seperti itu kekal sehingga ke hari ini.


Saat yang paling mencabar, dan sukar dilupakan ialah apabila sekumpulan pemimpin-pemimpin HPA di utara dan Lembah Kelang keluar meninggalkan HPA. Penaja kami, Haji Ismail Wan Teh telah meninggalkan HPA sekitar 2002 kerana menubuhkan syarikatnya sendiri, Azi Smartlife. Beberapa pemimpin lain pula meninggalkan HPA dan bergabung dengan sebuah syarikat MLM yang baru ditubuhkan pada masa itu.

Yang tinggal hanyalah kami, yang masih dianggap ‘nangoi-nangoi’ (budak hingusan) dalam MLM. Tidak ada siapa yang hebat di antara kami pada waktu itu. Kami pemimpin kecil berstatus biasa yang tidak punya apa-apa kemahiran. Kami tidak tahu dan pandai tentang ilmu perniagaan secara MLM. Kami hanya pengguna dan pengamal herba HPA sahaja. Tapi kami puyna semangat dan kesungguhan untuk mempertahankan HPA. Saya amat terhutang budi kepada PJS Sharifah, PJS Azizan Ahmad dan PJS Cikgu Mohd Nadzri yang mengambil tanggungjawab sebagai pemimpin untuk menyusun semula struktur kepimpinan pengedar di utara dengan menubukan Kelab Pemimpin Utara (KPU). Lagipun pada masa itu bonus kami tidaklah banyak sangat. Paling tinggi pun sekitar antara RM1500- RM3000 sebulan. Mana ada lagi PBC pada waktu itu. Semuanya pakai ikut kehendak dan kesesuaian sendirian sahaja. Pengarah Urusan banyak memberi penekanan kepada kami tentang ilmu herba dan ilmu perawatan.Kami berdepan dengan pelbagai fitnah dan karenah ahli-ahli HPA. Ramai pengedar HPA keluar meninggalkan HPA. Mereka mengikut jejak langkah pemimpin-pemimpin mereka bersama syarikat MLM yang baru.


Pelbagai tohmahan, kata cacian,fitnah dan sumpah seranah dilemparkan kepada HPA. Tidak kurang juga kata dusta dan nista di lemparkan kepada kami. Tanyalah PJS Sharifah Sulaiman, PJS Cikgu Mohd Nadzri, PJS Ustaz Mohd Zahir dan PJS Azizan Ahmad. Hanya kesabaran dan ketabahan menyebabkan kami terus kekal bersama HPA. Begitulah hebatnya ujian ini. Ada juga yang hampir gugur dan kecundang. Tanyalah kepada PJS Aseri Hanapiah, apa yang telah berlaku di Pulau Pinang. Ahli-ahli HPA dicuri dan dicaci di sana sini. Waktu itu HPA di Pulau Pinang hampir lumpuh. Banyak stokis di tutup.

Ada satu peristiwa yang tidak dapat saya lupakan.Peristiwa ini berlaku di Hotel Seri Malaysia Sungai Petani. Bekas pemimpin HPA yang bersama syarikat barunya datang ke rumah saya bersama rakannya. Mereka menjemput saya secara terhormat dan beradab ke Hotel Seri Malaysia untuk mendengar taklimat perniagaan yang dianjurkan oleh syarikat tersebut. Kononnya Pengarah Urusan syarikat itu adalah bekas guru saya dahulu ketika bersekolah dan ingin berjumpa saya. Saya berjanji akan hadir kepada mereka berdua selepas solat maghrib.

Selepas maghrib saya hadir dengan memakai baju Melayu berwarna hijau. Apabila sampai di hotel tersebut saya lihat ramai sekali pemimpin-pemimpin syarikat itu berada di sana. Hampir separuh daripada mereka saya kenal kerana mereka adalah bekas pemimpin HPA dulu. Saya amat terkejut apabila pemimpin syarikat itu yang datang dengan lemah lembut dan bersopan ke rumah saya pada petang itu telah bertindak menyerang dan memaki hamun saya dengan kata-kata kesat di hadapan semua pemimpin-pemimpin mereka. Saya dihina, dimaki dan dituduh sebagai talibarut HPA. Saya jelaskan bahawa saya datang kerana dijemput. Saya tunjukkan kad jemputan yang beliau berikan kepada saya. Tapi tidak dihiraukan. Saya dimaki secara berterusan.

Bayangkanlah di mana hendak letak air muka pada waktu itu. Saya terus pulang dalam keadaan terpinga pinga dan amat sedih. Walau bagaimanapun saya tetap tabah dan berdoa agar 'manusia' yang memaki hamun saya itu kembali semula ke pangkuan HPA. Mudah-mudahan Allah SWT beri hidayah kepadanya dan saya ampunkan segala dosanya kerana menjatuhkan maruah saya dengan kata-kata kata nistanya terhadap saya di hadapan rakan-rakannya di lobi Hotel Seri Malaysia Sg.Petani.


Bukan mudah untuk berjaya. Bukan senang untuk menjadi juara dalam perniagaan MLM, apatah lagi jika perniagaan ini berkait rapat dengan aspek halal dan haram. Memang mudah untuk bercakap dan berkata sesuatu yang tidak kita lakukan. Cabaran dan halangan perlu ditempuhi. Kesabaran yang tinggi perlu tersemat di hati. Jangan jemu dengan ujian. Anggaplah ujian itu sebagai titik permulaan untuk mengorak langkah sebagai juara dalam MLM. Tidak ada sifat putus asa dan kecewa jika kita yakin dengan perjuangan ini. Segala halangan anggaplah sebagai guru yang mengajar kita untuk lulus dalam ujian.

Kini, HPA tidak lagi seperti dahulu. Semuanya sudah terhidang. Tunggu masa untuk disantap. Kita ada PBC, kita ada RFC, kita ada hotel, kita ada kilang Radix Cola, kita ada ladang herba, kita ada pusat ternakan ayam organik,kita ada syarikat pengembaraan, kita ada ramai pemimpin berwibawa, kita ada kelas mingguan di merata-rata, kita ada pakar perawatan yang ternama, kita ada pusat rawatan yang terkenal seantero nusantara. Jadi jangan tunggu semua yang sudah terhidang itu lari daripada kita. Gunakanlah semaksima mungkin segala yang ada untuk membina kejayaan dan kecemerlangan diri dan keluarga. Jangan biarkan genarasi akan datang tertawakan kita kerana kita lalai dan tidak pandai menggunakan kelebihan dan kesempatan yang ada. HPA bagi saya adalah segala-galanya. Tidak ada yang mustahil untuk dicapai jika kita terus berusaha. Alhamdulillah bersama HPA saya kini mampu meraih pendapatan yang tidak pernah saya impikan sebelum ini. Saya akan manfaat sepenuhnya rezeki yang Allah SWT berikan ini untuk memperjuangkan agama Allah SWT. Sesungguhnya tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima.

Akhirnya marilah kita sama-sama berusaha untuk:

“MEMAKSIMAKAN KEJAYAAN dan MEMINIMAKAN KEGAGALAN”.

"MENGGAPAI IMPIAN,
MENGGARAP HARAPAN dan;
MERINTIS KEMUNGKINAN”….

HPA DI PERSADA ANTARABANGSA.

KESEDERHANAAN HIDUP ATAU KESEMPITAN HIDUP

Sekiranya kita pergi ke kampung-kampung di pinggir bandar, kita akan lihat suasananya telah banyak berubah jika dibandingkan dengan apa yang ada 50 tahun yang lalu. Memang perubahan patut berlaku dalam sebuah negara demokrasi yang membenarkan suara rakyat sebagai penentu hala tuju negara. Dulu hanya ada jalan tanah merah dan pelita minyak tanah. Kini jalan-jalan itu sudah bersinar dengan tar dan lampu-lampu kalimantang di setiap rumah. Tidak perlu lagi dinihari meredah belukar kecil untuk ke telaga kerana air sudah ada di dalam rumah. Pusing sahaja kepala paip air sudah keluar. Tekan sahaja suis, lampu akan menyala terang benderang.

Begitulah nikmat dan hikmah sebuah kemerdekaan. Kedai dan warung kopi tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Paling banyak kelihatan di pekan-pekan kecil. Bagi peminat 'kopi kedai' saban hari pasti akan melepak dengan rakan-rakan sambil membaca surat khabar dan kadang-kadang nampak ada yang bertegang urat membahaskan isu-isu yang dibaca.

Begitulah hebatnya sejarah perjuangan orang-orang kita. Mampu menghalau penjajah dan juga mampu berdebat dan berbahas tentang isu-isu tempatan dan antarabangsa. Jika kita hampiri mereka ini, pemikiran mereka cukup tinggi. Kadang-kadang kalah ahli-ahli parlimen yang berbahasa di parlimen. Ada juga di kalangan mereka yang pengetahuan politiknya tinggi mengalahkan ahli-ahli parlimen. Tidak hairanlah jika ada di kalangan 'kaki lepak' kedai kopi ini yang memperlekehkan hujah-hujah yang dikemukan oleh ahli-ahli parlimen semasa menyaksikan sidang langsung di TV1.

Sudah banyak kali pilihanraya diadakan. Banyak isu dibahaskan. Tapi sedarkah anda semua bahawa taraf hidup masyarakat kita di luar bandar tidak banyak berubah. Jadi kaya raya. Tapi tak ramai. Hanya dua tiga kerat sahaja. Kata mereka yang tertentu "Itupun kaya sebab 'mengenali' orang-orang tertentu yang ada pangkat, jawatan dan gelaran".Yang miskin, yang merana, yang merempat masih ramai. Saya pernah bertemu dengan seorang rakan di Baling. Katanya ada penduduk di sini yang dah makan 'beras kepoi', makan nasi sekali sehari pun ada. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang pun ramai.

Dalam mengecapi nikmat merdeka, nikmat terangnya lampu, nikmat sedapnya minum air bersih dan nikmat cepatnya berjalan dan menunggang basikal di jalan bertar, jarang kita jumpa orang bertanya atau berkata "adakah semua yang disediakan kepada kita ini diberikan percuma?". Cukup bulan semua perlu dibayar. Kita perlu membayar bil elektrik, bil air, bil telefon, cukai jalan dan cukai tanah. Bagi yang tinggal di bandar kena bayar pula cukai pintu.

Bagi yang makan nasi 'beras kepoi' sekali sehari adakah mereka juga terlepas dari membayar semua ini? Adakah mereka mendapat nikmat semua ini secara percuma? Apakah yang akan berlaku kepada mereka? Bagaimana dengan persekolahan anak-anak mereka? Baju sekolah, wang saku, buku-buku dan macam-macam lagi yang ada. Fikir-fikirkanlah...........

(sekadar renungan buat mereka yang mungkin terlupa diri.....)

Monday 21 July 2008

Salam Ukhuwah

Dunia Semakin Celaru

Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Dunia semakin celaru.
Apa yang celaru? Banyak yang celaru. Macam-macam celaru. Kita dikejutkan dengan kenaikan harga minyak yang mendadak. Tapi kita lupa dan alpa untuk berfikir bagaimanakah cara terbaik untuk mengatasi kenaikan itu. Harga minyak naik. Harga barang-barang juga turut naik. Apakah alternatif terbaik sebagai jalan keluar ke arah itu? Jarang kita fikirkan. Kita hanya menunggu, menanti dan terus menanti. Kalau dulu gaji bulanan kita sekitar RM2500 - RM3000 sebulan. Sekarang pun seperti itu juga. Dulu harga minyak memang naik. Tapi tidaklah sehebat kenaikan zaman 'bapak hadhari' ini. Rakyat mengeluh. Dari yang muda sampai yang hampir bersara, semuanya pakat-pakat mengeluh belaka. Sekadar mengeluh belum mampu untuk menurunkan harga minyak. Yang pasti harga minyak tidak akan turun. Sahabat saya mengatakan yang turun hanya 'hujan' sahaja sekarang ni. Mengikut congak rakan-rakan seperjuangan harga minyak tidak mungkin akan turun dalam masa terdekat walaupun ada penurunan harga minyak antarabangsa mengikut US dollar. Jadi, setakat mengeluh tanpa apa-apa tindakan 'alternatif' dianggap membuang masa. Ayuh gunakanlah peluang, ruang dan luang yang ada untuk kita sama-sama mencipta kejayaan dalam perniagaan yang 'halalan wa thoyyiba'...
bersambung episod akan datang.