Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
.
MERINTIS KEMUNGKINAN

http://pjskpu.radix2u.com

Jangan Abaikan Pesanan Ini:
"Meninggalkan anak-anak dalam keadaan berharta adalah lebih baik
daripada meninggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta."

Thursday 18 December 2008

KPU ANJUR KURSUS SARAF TAPAK TANGAN

Kelab Pemimpin Utara (KPU) telah mengadakan Kursus Diagnos Penyakit Melalui Saraf Tapak Tangan pada 16 Disember 2008 yang lalu di Hotel Swiss Inn, Sungai Petani.

PJS Mohd Zahir sedang menyampaikan ucapan

Kursus yang berlangsung selama sehari itu dihadiri hampir 250 peserta terpilih dari Zon Utara.


Sebahagian PJS Muslimat sedang 'lepak'

Perawat berpengalaman dan tidak asing lagi, PJS Sharifah Sulaiman telah mengendalikan kursus tersebut. Kursus ini diadakan secara percuma kepada semua peserta.




PJS Sharifah Sulaiman sedang menyampaikan slot

Selain itu, slot motivasi juga disampaikan oleh dua orang tokoh KPU, yang merupakan Distributer of The Year (2006 dan 2007), iaitu PJS Mohd Nadzri Ahmad dan PJS Ustaz Mohd Zahir Ghazali.


Sebahagian hampir 250 peserta yang hadir

Hadir sama dalam program tersebut ialah beberapa PJS KPU. Antaranya PJS Jamaliah Omr, PJS Normah Zainol, PJS Hasnah Mustafa, PJS Siti Nor Wanda, PJS Muzaffar, PJS Sabri Ahmad, PJS Sabri Jaafar, PJS Siham Hashim, PJS Mohd Zamri Bakar, PJS Noreda Hamid, PJS Azizan Ahmad, PJS Zaharah Mat Zain, PJS Syed Ageel, PJS Syed Salahuddin, PJS Nor Hyzad, PJS Zamri Jusoh dan hampir semua Pengarah Jati dan saf kepimpinan KPU.

Semua peserta melahirkan rasa puas hati dan amat berterima kasih kepada KPU kerana berjaya menganjurkan kursus seperti ini. Menurut Pengarah Kursus, PJS Syed Salahuddin, siri kedua akan diadakan dalam bulan Januari 2009. Ia akan membuka ruang dan peluang kepada ahli-ahli HPA untuk terus bergiat dan berusaha bagi memartabatkan HPA di persada antarabangsa.

Ends....