Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
.
MERINTIS KEMUNGKINAN

http://pjskpu.radix2u.com

Jangan Abaikan Pesanan Ini:
"Meninggalkan anak-anak dalam keadaan berharta adalah lebih baik
daripada meninggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta."

Sunday 1 February 2009

PBC PENGKALAN HULU MAMPU LONJAKKAN JUALAN HPA

Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) yang berlangsung di Chalet Air Panas Pengkalan Hulu (Kroh), Perak dijangka mampu menjadi penyumbang kepada jualan syarikat dalam mencapai sasaran RM15 juta sebulan.

Peserta PBC sedang mendendangkan 'Teman Sejati'

Ustaz Zaidi sedangkan menyampaikan slot KOPI RADIX



Kursus selama dua hari yang berlangsung pada 31 Januari dan 01 Februari 2009 dihadiri seramai 60 peserta. Menurut Pengarah PBC, PJS Noreda Hamid, kehadiran sebegini adalah julung-julung kali berlaku di daerah ini. Kehadiran yang ramai seperti ini menandakan bahawa HPA bakal bertapak kukuh dan menguasai pasaran produk halal di daerah Hulu Perak.


Peserta muslimat


Peserta muslimin


Peserta dan fasilitator bergambar kenangan di akhir PBC


Kebanyakan peserta adalah dari kawasan Baling, Kroh dan Gerik. Dijangkakan untuk PBC akan datang kehadiran peserta akan bertambah sekali ganda lagi. Oleh yang demikian, semua peserta diharap dapat membuat pendaftaran awal bagi mengelakakn penyertaan di saat akhir ditolak.



Ends.....

JADUAL KELAS MINGGUAN KPU DI ZON UTARA

KELAS MINGGUAN HPA ANJURAN KELAB PEMIMPIN UTARA (KPU)

SETIAP AHAD
9.00 - 11.00 malam

1. PUSAT JUALAN KUALA KANGSAR - 012-5517029
2. HPA CAWANGAN DG.PETANI, AMANJAYA.
3. HPA CAWANGAN JITRA, BANDAR DARUL AMAN.


SETIAP ISNIN
9.00 - 11.00 malam

1. HPA CAWANGAN ALOR SETAR, TANDOP
2. HPA CAWANGAN PARIT BUNTAR, TAMAN SINAR.
3. HPA CAWANGAN TAIPING. 05-8912717

3.00 - 5.00 PETANG
HPA CAWANGAN GRIK..05-7912317


SETIAP SELASA
9.00 - 11.00 malam

1. HPA CAWANGAN GUAR CEMPEDAK
2. HPA CAWANGAN KANGAR, TAMAN SENA INDAH.
3. HPA CAWANGAN KULIM, TAMAN NENAS
4. HPA CAWANGAN BALIK PULAU, TMN SERI INDAH

SETIAP RABU
9.00 - 11.00 malam

1. HPA CAWANGAN BALING
2. HPA CAWANGAN BKT MERTAJAM

5.00 - 6.30 petang
HPA CAWANGAN SIK, BANGUNAN KOPERASI.


SETIAP KHAMIS
9.00 - 11.00 malam

HPA CAWANGAN BAYAN BARU, SUNWAY TUNAS

5.00 - 7.00 malam
HPA CAWANGAN KUALA NERANG

SETIAP JUMAAT
9.00 - 11.00 malam

1. HPA CAWANGAN PENDANG
2. HPA CAWANGAN KEPALA BATAS, DEPAN PGR

SETIAP SABTU
5.00 - 6.30 petang

HPA CAWANGAN LANGKAWI.


Edns.....

LEPASAN PBC PULAU PINANG DIBERI SEMANGAT BARU

Kerjasama dan semangat tinggi yang ditunjukkan oleh beberapa PJS telah berjaya menghimpunkan kembali beberapa peserta lepasn PBC sekitar Pulau Pinang untuk diberi suntikan semula.


Sebahagian peserta lepasan PBC yang hadir



Sejak wujudnya PBC, ramai lepasan kursus tersebut didapati kurang aktif. Ada yang tercicir dan akhirnya hanyut begitu sahaja. Yang berjaya menjadi usahawan dan memperoleh pendapatan lumayan dengan HPA tidaklah ramai sangat.


Barisan PJS yang menjayakan program tersebut


Atas kesedaran inilah, PJS Syed Ageel Syed Mahayadin bersama beberapa PJS yang berada sekitar Pulau Pinang mengambil langkah drastik menghimpunkan semula bekas-bekas lepasan PBC ini. Seramai 110 peserta lepasan PBC hadir di HPA Cawangan Bayan baru. Mereka diberikan suntikan semula mengenai Pelan Pemasaran, Kenali Produk dan Isu Halal Haram.



Ends...