Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
.
MERINTIS KEMUNGKINAN

http://pjskpu.radix2u.com

Jangan Abaikan Pesanan Ini:
"Meninggalkan anak-anak dalam keadaan berharta adalah lebih baik
daripada meninggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta."

Sunday 18 January 2009

JAUHI "SISTEM PIRAMID"

Organisasi MLM memang piramid. Tetapi sistem MLM berbeza dengan sistem piramid. Sistem MLM dibenarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Syarikat yang menjalankan sistem MLM mendapat lesen AJL jika memenuhi peraturan Akta Jualan Langsung. HPA dibawah anak syarikatnya Al Wahida Marketing Sdn Bhd Co.No. 376131 juga mendapat lesen AJL No. 93745. yang diperbaharui setiap 2 tahun. HPA juga mengamalkan sistem MLM berasaskan syariah dengan memiliki 11 orang panel syariah di kalangan mereka yang berautoriti dalam hal ehwal agama.


Adapun Sistem piramid yang dimaksudkan ialah satu sistem dimana sekumpulan orang di bawah membayar kepada orang yang berada ditingkat atas. Setiap peserta baru membayar supaya berpeluang mara ke tahap paling atas dan mendapata keuntungan daripada bayaran orang lain yang menyertai skim itu kemudian. Penaja atau pemilik skim ini tidak mengambil berat tentang penjualan barang/produk tetapi mengambil berat tentang keuntungan yang dikaut melalui wang yang diperolehi dari ahli-ahli baru.


Antara ciri-ciri Skim Piramid ini ialah:

1. Produk berkualiti murah dengan harga mahal dan para pengedar baru perlu membelanjakan wang keatas inventori barangan yang berlebihan.

2. Yuran keahlian yang tinggi serta komisyen kepada setiap peserta yang dapat menarik ahli baru.

3. Tiada hak pemulangan wang dan tiada kontrak bertulis antara syarikat dan pengedar.

4. Tidak mengambil berat tentang jualan runcit dan penghasilan wang dengan mengembangkan jumlah keahlian di bawah para pengedar.

5. Kehadiran wajib pada sesi latihan yang dikenakan harga yang tinggi/mahal.

6. Dakwaan perolehan wang dan kejayaan besar yang sengaja direka-reka (gimik) serta digembar gemburkan.

Apa yang jelas dalam sistem piramid ini yang menjadi fokus bukanlah penjualan barangan/produk tetapi penajaan ahli baru dimana keuntungan dikaut dari yuran keahlian yang tinggi bukan melaluike giatan perniagaan. Bonus diberikan hasil dari kutipan dari orang-orang dibawah., bukan dari keuntungan barangan/produk yang dijual.

Melihat kepada konsep dan ciri-ciri di atas jelas bahawa sistem piramid tersebut bertentangan dengan Syariat Islam kerana terkandung di dalamnya unsur-unsur penipuan, pemerasan, gharar (ketidakjelasan salam dalam akad), ghabn fahysh dan sebagainya yang diharamkan oleh Syarak dalam urusan perniagaan dan jual beli.

Sumber : http://ilmudanulamak.blogspot.com

Ends.....