Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
.
MERINTIS KEMUNGKINAN

http://pjskpu.radix2u.com

Jangan Abaikan Pesanan Ini:
"Meninggalkan anak-anak dalam keadaan berharta adalah lebih baik
daripada meninggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta."

Sunday 4 January 2009

KURSUS PENAJAAN HPA

Alor Setar : Seramai 28 orang telah hadir dalam Kursus Penajaan yang telah diadakan di Pusat Agensi HPA, Tandop Alor Setar pada 3.1.09 dari jam 9.00 pagi hingga jam 5 petang. Semua peserta adalah mereka yang telah menyertai PBC .




Sebahagian peserta sedang berbengkel


Menurut Pengarah Program, PJS Azizan Ahmad, program ini bertujuan membantu dan membimbing bekas peserta PBC supaya mereka lebih yakin dan faham teknik dan kaedah penajaan yang berkesan dengan bantuan bahan penajaan yang kemaskini.


Peserta-peserta yang ditemui melahirkan rasa syukur di atas pengajuran tersebut dan berasa lebih yakin untuk meneruskan perjuangan sebagai usahawan HPA.


Ends....

MARUAH UMAT ISLAM TERCALAR

Ketika umat Islam di Gaza sedang dikepung dan dicincang lumat oleh laknatullah Yahudi dan kuncu-kuncunya, apakah tindakan sebenar yang telah kita lakukan?









Kekejaman Yahudi di Gaza


Ribuan dibunuh dengan kejam. Puluhan ribu lagi cedara parah dan kehilangan tempat tinggal. Anak-anak kehilangan ibu dan bapa. Isteri kehilangan suami dan macam-macam lagi peristiwa duka dan derita yang berlaku di sana. Yahudi menyerang dari udara dan melepaskan bom tanpa mengira sesiapa. Sasaran tidak menentu. Mereka ganyanglumatkan bumi Gaza. Mereka bertekad dan berazam menghapuskan umat Islam Palestine dari muka bumi ini. Apakah kita di negara ini cukup hanya dengan mengadakan demonstrasi jalanan sebagai tanda bantahan dan protes kepada kezaliman tersebut?







Di mana kuasa kita yang sebenarnya? Di mana maruah umat Islam yang sebenarnya? Jika benci dan marah kepada Yahudi, adakah hanya sekadar bertindak dengan membaling batu dan melempar kasut serta protes dalam perhimpunan jalanan? Apakah itu sudah cukup dan kita berpuas hati?

Wahai sahabat-sahabatku sekalian. Sedarkah kita bahawa selama ini kekuatan dan kedurjanaan Yahudi sedikit sebanyak berpunca daripada sumbangan kita juga? Tanpa kita sedari kita jugalah yang memberi sumbangan kepada mereka. Mereka menjadikan negara kita sebagai tempat lambakan untuk mengaut dan menghambat kekayaan. Kita membeli dan mengguna barangan mereka. Kita berbangga dengan barangan berjenama yang mereka keluarkan. Kita rasa hebat apabila dapat makan KFC dan Mc Donalds.




KFC milik Yahudi dibina betul-betul di hadapan Masjidil Haram, Mekah al-Mukarramah.

Mereka tidak perlu datang ke negara ini. Mereka tidak perlu membina rumah di negara kita. Cukup hanya dengan menghantar barangan keluaran mereka sahaja. Kita adalah pengguna sejati bagi mereka. Kita beli dan makan apa sahaja yang mereka jual. Jarang kita bertanya siapakah yang punya syarikat ini? Dari mana datangnya? .Ada di kalangan kita penuh angkuh menggaya dan memperagakan barangan dan pakaian berjenama keluaran mereka.



Tahukah wahai sahabat sekalian bahawa wang yang kita belanjakan untuk membeli barangan mereka itu, telah mereka gunakan untuk membeli senjata dan membunuh saudara seagama kita di bumi Palestine. Kita membutakan mata dan memekakkan telinga untuk mengetahui dan mengenali barangan berjenama Yahudi. Asalkan namanya barangan keperluan, terus kita beli. Lemahnya kepekaan umat Islam walaupun semangat menentang Yahudi cukup kuat.



Oleh itu, sedarlah wahai sahabat sekalian. Mulai hari ini marilah kita sama-sama memboikot semua barangan keluaran Yahudi yang berlambak dalam pasaran di negara kita. Mudah-mudahan Yahudi akan tumpas dan merana dengan tindakan kita. Sekadar berdemontrasi belum cukup untuk melemahkan Yahudi. Tidak ada gunanya berdemontrasi jalanan berterusan jika kita terus membeli dan menggunakan barangan Yahudi di rumah kita. Golongan agama perlu memainkan peranan ini untuk menyedarkan umat Islam. Jauhi barangan Yahudi laknatullah sama ada makanan, pakaian dan perhiasan.


Jangan ada lagi golongan yang mengaku memperjuangkan Islam, tetapi barangan yang ada di rumah mereka masih lagi milik Yahudi. Jika masih ada, bermakna merekalah yang memberi sumbangan kepada pembunuhan umat Islam di Palestine, walaupun tiap-tiap malam mereka berceramah agama di surau dan masjid.


Lihatlah senarai barangan YAHUDI. Klik di bawah.

http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/yahudiboikot.html



dari hati nurani:

PJS Ismail Othman

Ends...