Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
.
MERINTIS KEMUNGKINAN

http://pjskpu.radix2u.com

Jangan Abaikan Pesanan Ini:
"Meninggalkan anak-anak dalam keadaan berharta adalah lebih baik
daripada meninggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta."

Wednesday 27 August 2008

PJS NOOR HYZAD

Keperitan hidup selepas berhenti kerja sebagai ‘ Tool and Die Maker’ di sebuah kilang tidak mematahkan semangat, malah menjadi pendorong utama PJS Noor Hyzad Kassim untuk terus berjuang bersama HPA.

Kilang tempat beliau bertugas terpaksa ditutup akibat kegawatan ekonomi. Pada waktu itu gajinya sebagai officer mejangkau RM3000 sebulan. Sudah cukup untukya menyara keluarga. Setiap hari beliau berulang alik dari Sungai Petani ke Pulau Pinang dengan menunggang motosikal. Hanya itu sahaja yang mampu dilakukan untuk memastikan isteri dan anak-anak ada makan minum di rumah.

Jiwa dan fikirannya menjadi buntu apabila kilang tempatnya bertugas ditutup. Hutang juga masih banyak pada waktu itu. Pinjaman perumahan dan kenderaan terpaksa dibayar. Anak-anak pula bersekolah. Sesuatu perlu difikirkan untuk mencari sesuap nasi bagi meneruskan kehidupan keluarga.

PJS Noor Hyzad dan isterinya mengambil keputusan membuka perniagaan secara kecil-kecilan dengan menjual roti jalan dan nasi lemak di Bandar Sungai Petani. Pendapatannya hanyalah ala kadar sahaja. Tidaklah sebanyak mana seperti pendapatan semasa beliau bekerja dulu. Kerja sebagai penjual roti jala memaksanya bangun awal pagi untuk membuat persiapan.

Ketika menunaikan umrah bersama HPA Ilham Holidays APRIL 2008

Kadang-kadang bahan-bahan yang akan digunakan untuk memasak pada esok pagi perlu juga disediakan pada lewat malam. Tidur pun tak cukup. Sering juga hasil jualan tidak laku. Dapatlah dua tiga ringgit sepagi. Tak balik modal pun. Kadang-kadang ada juga hari yang jualannya habis. Apapun, tugas sebagai peniaga roti jala, pendapatannya tidak menentu. Cukup untuk membayar api dan air serta persekolahan anal-anak. Untuk berbelanja mewah jauh sekali. Namun apakan daya, hanya itu sahaja yang ada dan mampu dilakukan.

Bersama isteri di kaki Jabal Rahmah.

Orang yang mula-mula mengajak beliau untuk bersama HPA ialah PJS Mohd Zahir Ghazali. Namun pada peringkat awalnya beliau menolak pelawaan itu kerana masih bekerja dan gajinya juga agak lumayan. Beliau tidak nampak apa-apa kelebihan yang ada dalam HPA pada waktu itu.

PJS Ustaz Zahir kembali menemuinya untuk kali kedua setelah mengetahui beliau telah berhenti kerja. Ketika itu keyakinannya terhadap HPA tetap kekal seperti mula-mula dulu. Pada Disember 2005, beliau telah hadir ke Program Perkongsian Bijak (PB) yang kali pertama diadakan di Hotel Putera Palace, Kangar selama 3 hari 3 2 malam. Dari situ beliau mula nampak akan hala tuju dan perjuangan sebenar HPA. Namun apabila pulang ke Sungai Petani, beliau masih tidak mampu untuk menyakinkan rangkaiannya hadir ke Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC).

Keyakinan dan kemantapan diri dengan ilmu HPA makin bertambah apabila beliau sering hadir ke Kelas Mingguan yang diadakan di Sungai Petani. Di situlah beliau mendapat suntikan dan semangat baru untuk meneruskan perjuangan bersama HPA. Jalan mudah untuk dicapai bersama HPA sekiranya cara dan tindakan yang betul dilakukan.

Kegigihan beliau mengadakan program home party, sering mengajak rakan ke kelas mingguan dan menghantar peserta ke PBC menyebabkan rangkaian PJS Noor Hyzad makin berkembang. Jaringannya makin besar dan aktif. Beliau berupaya bertindak sebagai pemimpin yang sering menjadi rujukan kepada rangkaiannya.

Alhamdulillah dengan semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan, PJS Noor Hyzad berjaya menikamati pendapatan berlipat kali ganda jika dibandingkan dengan pekerjaannya dahulu sebagai officer kilang walaupun baru 3 tahun bersama HPA. Apatah lagi jauh berbeza jika dibandingkan dengan hasil sebagai penjual roti jalan secara kecil-kecilan. PJS Noor Hyzad dianugerahkan Pengarah Jati Setia (PJS) oleh HPA pada Februari 2008. Anugerah itu memberikannya semangat yang lebih tinggi lagi untuk terus berjuang dan berkorban dalam usaha memartabatkan produk halal HPA.

Ends……

PJS BENTENG KEKUATAN HPA

Pengarah Jati Setia (PJS) merupakan benteng pertahanan yang kuat dalam memacu dan memartabatkan HPA untuk terus berkembang bukan sahaja dalam negara malah hingga ke peringkat antarabangsa. PJS adalah skuad elit yang diwujudkan dalam HPA. Mereka bertanggungjawab dalam menentukan hala tuju pasaran dan memperjuangkan produk-produk halal HPA. PJS adalah pemimpin yang menjadi contoh kepada seluruh pengedar dan aset yang menjadi kebanggaan HPA.

Sebahagian daripada PJS yang hadir

Demikian ditegaskan oleh Pengarah Urusan HPA, Haji Ismail Ahmad dalam satu perjumpaan khas dengan 80 PJS dari seluruh negara yang diadakan di HPA Cawangan Sungai Petani, hari ini. Sebagai pemasar terbaik, PJS perlu memainankan peranan dengan lebih aktif dan sistematik. PJS perlu bergerak dalam sebuah organisasi melalui kelab masing-masing dengan penuh kejujuran, setiakawan dalam semangat ukhuwah dan berjamaah.

PJS Ustaz Zahir sedang mengendalikan bengkel

Pengarah Urusan juga mengingatkan semua PJS bahawa semakin besar perniagaan HPA, maka ancamannya juga semakin besar. Ini kerana HPA bukanlah sebuah syarikat yang meletakkan kepentingan individu sebagai keutamaan, malah HPA lahir sebagai wadah memperjuangkan ekonomi ummah. Dalam usianya mencapai 11 tahun dalam MLM, cabaran dan ujian silih berganti. Namun HPA tetap teguh dan utuh malah terus bergerak ke hadapan dengan sokongan pengedar dan kesetiaan para PJS. Beliau amat yakin bahawa suatu hari nanti HPA mampu menjadi wadah perjuangan umat Islam seluruh dunia dalam perjuangan memartabatkan produk halal.

Sebahagian daripada PJS Muslimat

Beliau menasihatkan agar semua kelab yang didokong oleh PJS mengikut zon perlu diperkemas. Ini termasuklah pengurusan dan pentadbiran organisasi, pengurusan kewangan dan akaun dan pengurusan latihan dan kepimpinan. PJS perlu mewujudkan suasana yang harmoni dan ukhuwah demi perpaduan dan keutuhan.

PJS Ust Zahir, PJS Ust Ramizu dan PJS Cikgu Nadzri sedang menjamu selera

PJS juga diingatkan agar memberi keutamaan kepada produk-produk keluaran HPA daripada kepentingan produk-produk lain. Ini kerana HPA lahir atas dasar perjuangan. Semua PJS diberi amaran agar menghubungi HPA sekiranya ada pihak-pihak tertentu yang datang untuk melatakkan barangan mereka di stokis dan cawangan HPA. Produk-produk yang dijual secara ‘tumpang’ dengan kejayaan HPA adalah atas dasar persaingan dan kepentingan peribadi, bukannya untuk kepentingan ummah.

PJS Muslimat juga menikmati jamuan yang disediakan

Oleh yang demikian, semua PJS yang telah ‘menerima’ produk tersebut dikehendaki memulangkannya dengan kadar segera kepada ‘pembekal’ tersebut.

Dalam perjumpaan tersebut, Pengarah Urusan memaklumkan bahwa harga produk HPA akan dikekalkan pada harga sekarang tanpa sebarang kenaikan walau pun berlaku kenaikan harga minyak dan harga bahan mentah sama ada di peringkat nasional dan antarabangsa.

Ends……