Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
.
MERINTIS KEMUNGKINAN

http://pjskpu.radix2u.com

Jangan Abaikan Pesanan Ini:
"Meninggalkan anak-anak dalam keadaan berharta adalah lebih baik
daripada meninggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta."

Friday 26 December 2008

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BAHARU ISLAM - MAAL HIJRAH 1430H


Selamat menyambut tahun baharu...pada 29.disember.2008 bersamaan 1430H...semoga kita dapat membuka lembaran baharu dan sekaligus membawa kepada perubahan dari segi akhlak,peribadi,minda dan apa-apa yang sama waktu dengannya...insyaAllah,amin...

Marilah kita mengambil kesempatan ini untuk mengutip suatu pengajaran yang boleh memotivasikan diri kita untuk berubah,dan perubahan itu bukan hanya perubahan yang dipaksa atau terpaksa...apa yang paling peting ialah berubah kerana ALLAH...insyaALLAH,dengan niat yang luhur dan suci itu, mudah-mudahan perjuangan kita bersama HPA akan mendapat BERKAT,RAHMAT, dan TAUFIK HIDAYAH dariNYA...

Ends...

120 DELEGASI KPU KE SUMATERA BARAT

Kelab Pemimpin Utara (KPU) akan mengadakan lawatan ke Padang dan Bukit Tinggi, Sumatera Barat pada 27 - 31 Disember 2008. Seramai 120 peserta terlibat termasuk 45 Pengarah Jati Setia (PJS) KPU.

Menurut Pengarah Program, PJS Mohd Zahir Ghazali, rombongan ini adalah insentif daripada KPU kepada semua fasilitator dan pemimpin KPU yang terlibat aktif dalam PBC dan kelas Mingguan. Ia sebagai galakan kepada semua ahli agar sentiasa memberi komitmen dan sumbangan kepada perjuangan HPA.

Semua peserta dibiayai sepenuhnya oleh KPU, termasuk tambang kapal terbang, makan minum, penginapan serta lawatan ke tempat-tempat menarik di Padang dan Bukit Tinggi.

Semoga rombongan yang akan berangkat esok dapat menggunakan masa dan waktu sepenuhnya untuk melihat keindahan dan menghayati alam semesta kurniaan Ilahi.

Ends...