Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
.
MERINTIS KEMUNGKINAN

http://pjskpu.radix2u.com

Jangan Abaikan Pesanan Ini:
"Meninggalkan anak-anak dalam keadaan berharta adalah lebih baik
daripada meninggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta."

Friday 16 January 2009

MAYAT RAKYAT PALESTIN MENJADI MAKANAN ANJING

TERUSKAN BOIKOT BARANGAN YAHUDI DAN ISRAEL

Jumaat ,16/01/2009 - “Ya Allah ! Tidak pernah saya menyaksikan kezaliman sebuas begini !”, teriak Kayed Abu Aukal. Doktor di bilik kecemasan tidak percaya melihat apa yang tinggal pada syuhada Shahd umur 4 tahun, hanyalah saki baki cebisan daging yang masih melekat pada tulangnya.


Beliau mati selepas dibom oleh kereta kebal di kem Jabaliya dimana beliau sedang bermain. Bila mana ibu bapa mereka hendak menyelamatkan beliau, tembakan peluru Israel menghalang mereka berbuat demikian.

Selama 5 hari, abang beliau Matar dan Mohamed berusaha untuk mendapatkan jenazah beliau tetapi dihalang dengan tembakan peluru Israel. Tidak tahan melihat perbuatan kejam dan buas itu yang berlaku didepan mata mereka, akhirnya mereka memberanikan diri dan lalu menemui syahid.

“Mayatnya dibiarkan oleh Israel laknatullah dengan sengaja untuk anjing-anjing merobek beliau yang tidak meninggalkan walau sebahagian daripada badan beliau”, teriak Abu Aukal dimana belliau tidak pernah melihat pembunuhan sekejam ini.

Mereka bukan sahaja membunuh malah tidak berperikemanusiaan dengan melakukan kebuasan terhadap jenazah kanak-kanak.



Ends....

PBC YAN CIPTA SEJARAH AWAL

Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) yang berlangsung selama dua hari pada 16 dan 17 januari 2009 di Chalet Titi Hayun, Yan Kedah mencipta suatu sejarah baru dalam perjuangan HPA. PBC yang julung-julung kali diadakan itu berjaya menghadirkan seramai 50 peserta dan 10 orang fasilitator terlatih.



Peserta sedang khusyuk mendengar slot PJS Ustaz Sabri Ahmad


Menurut Pengarah PBC, PJS Muzaffar Aliyasak, hasrat mengadakan PBC di kawasan ini tercetus apabila ramai pengedar yang berada di sekitar daerah ini mula menunjukkan minat untuk meneroka pasaran baru bersama HPA. Beliau dan isteri, PJS Siti Norwanda yang baru berpindah ke daerah itu melihat perkembangan ini sebagai satu potensi besar untuk HPA terus berkembang dan menguasai pasaran di daerah ini.




Sebahagian fasilitator yang hadir membantu PBC


Keadaan dan suasana tempat kursus yang syahdu dan mendamaikan memberikan kelegaan kepada peserta-peserta PBC. Suasana alam yang menggamit hati dan perasaan peserta menjadikan PBC kali ini berjalan lancar dengan kehadiran pemimpin-pemimpin dari utara. Antaranya PJS Sharifah Sulaiman, PJS Ismail Othman, PJS Sabri Ahmad dan PJS Ustaz Asri Hussain, PJS Ustaz Zaidi dan PJS Ustaz Helmi.






Penggerak dan peneraju utama PBC Yan



Selain itu beberapa fasilitaor juga turut hadir membantu dan menyemarakkan PBC kali ini. Antaranya PJ Wan Robeingah, PJE Mohd Faizal Azmi, PJ Ridzuan Abd Razak, PJ Wan Azizun, Dr. Lili Lubna, PJ Maimunah, PJ Norshidah dan PJ Hasnah.




Suasana alam sekeliling Chalet Titi Hayun yang mendamaikan dan amat sesuai untuk PBC

Walau bagaimana pun dengan pesekitaran chalet yang berlatar belakangkan alam ciptaan Ilahi dan suasana kehijauan tumbuh-tumbuhan, bukit bukau, pohon-pohon kayu yang beraneka serta deruan air terjun yang cukup menggetarkan jiwa dan perasaan menjadikan PBC di Yan ini antara yang terindah, tenang dan cukup mendamaikan.



Pemimpin dan peserta PBC Yan


Sekalung tahniah buat PJS Muzaffar dan isteri, PJS Siti Norwanda.


Ends...