Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
.
MERINTIS KEMUNGKINAN

http://pjskpu.radix2u.com

Jangan Abaikan Pesanan Ini:
"Meninggalkan anak-anak dalam keadaan berharta adalah lebih baik
daripada meninggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta."

Wednesday 11 February 2009

CADANGAN PERMOHONAN PJS KPU

Mesyuarat Jawatankuasa Tribunal KPU yang diadakan pada 9 Februari 2009 baru-baru ini menyokong sebulat suara cadangan permohonan perlantikan Pengarah Jati Setia (PJS), Puan Naimah Binti Ishak dari Sik, Kedah.

Tribunal menyokong permohonan tersebut kerana beliau memenuhi syarat dan prosedur yang ditetapkan oleh pihak HPA. Selain itu beliau adalah antara tenaga penggerak PBC di Sik dan aktif dalam Kelas Mingguan di Cawangan. Mempunyai Sijil Herbalis dan ada ciri-ciri kepimpinan sebagai usahawan muslimah.


Semoga pihak HPA dapat mempertimbang dan meluluskan permohonan tersebut. Sehingga kini, KPU mempunyai seramai 53 orang PJS.


Ends....

PERJUMPAAN PJS KPU DENGAN GM HPA

Perjumpaan PJS KPU akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 16 FEBRUARI 2009 (Isnin)
Masa : 8.30 malam
Tempat : Hotel Seri Malaysia, Sg Petani.
Pakaian : Jaket Hitam KPU.

Semua PJS KPU dimestikan hadir. Sebarang keuzuran yang tidak dapat dielakkan, sila maklumkan kepada Presiden KPU (PJS Azian Ahmad) dan Setiausaha KPU (PJS Syed Ageel).

Harap Maklum..


Ends.......

PENDAFTARAN KEAHLIAN BARU PERLUKAN SALINAN KAD PENGENALAN

Mulai Januari 2009, HPA Industries Sdn Berhad mewajibkan permohonan untuk menjadi ahli HPA hendaklah disertakan salinan Kad Pengenalan yang dikepilkan bersama Borang Permohonan Keahlian.

Peraturan ini bertujuan untuk mengelakkan masalah teknikal berlaku terutama sekali kesilapan No Kad Pengenalan. Selain itu semua pemimpin terutama PJS hendaklah memaklumkan kepada semua ahli melalui PBC dan Perjumpaan Mingguan mengenai perubahan dan arahan ini.

Peraturan ini juga bertujuan untuk mengelakkan ahli-ahli mendaftar lebih dari sekali. Terdapat kecenderungan sesetengah pihak yang memalsukan No Kad Pengenalan terutama sekali untuk tujuan penajaan semula. Oleh yang demikian sebagai bukti permohonan, maka salinan Kad pengenalan diperlukan.

Menurut Pengurus Besar M.I.S, Puan Rashidah Abdul Rahim, walaupun peraturan ini telah dikuatkuasakan mulai JANUARI 2009, namun masih terdapat ahli-ahli dan pemimpin yang menghantar Borang Permohonan tanpa salinan Kad Pengenalan. Akibatnya borang tersebut tidak dapat diproses. Pihak M.I.S tidak bertanggungjawab terhadap mana-mana borang permohonan yang tidak disertakan salinan Kad Pengenalan.

Ends..........