Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
.
MERINTIS KEMUNGKINAN

http://pjskpu.radix2u.com

Jangan Abaikan Pesanan Ini:
"Meninggalkan anak-anak dalam keadaan berharta adalah lebih baik
daripada meninggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta."

Friday 30 January 2009

PROGRAM KEPIMPINAN BULANAN KPU

KPU berjaya menganjurkan Program Kepimpinan Bulananya pada hari ini (30 januari 2009) di Hotel Swiss Inn, Sungai Petani. Program yang bermula dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang telah disempurnakan perasmiannya oleh Pengurus Besar Al-Wahida, Mohd Faisol Abd. Rahman. Seramai hampir 400 peserta dari GEN 1- GEN-6 yang terpilih hadir.





Sebahagian peserta yang hadir

Antara Modul yang diketengahkan pada kali ini ialah Mengenali Anatomi Tubuh oleh Dr Salman(Hospital K.Terengganu) dan Presentasi Efektif oleh Pengurus Besar Al-Wahida.


Pembentangan oleh Pengurus Besar Al-Wahida (atas) dan PJS Khalid Ishkri (bawah)




Hadir sama ialah beberapa PJS dari KPU dan PJS Khalid Ishkri yang dijemput khas untuk mengisi slot Kongsi Pengalaman. Tahniah kepada semua yang hadir.


Ends....

PJS AZIZAN AHMAD PEMANGKIN PBC ALOR SETAR

Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) Alor Setar yang berlangsung selama dua hari mulai 30 dan 31 Januari 2009 adalah hasil komitmen tinggi PJS Azizan Ahmad dan semua pemimpin KPU sekitar Alor Setar dan Jitra.



Peserta lelaki PBC Alor Setar bergambar di hadapan Regency Hotel


Peserta Muslimat PBC Alor Setar

Seramai 115 peserta hadir mengikuti PBC pada kali ini. PJS Azizan Ahmad adalah idola KPU yang menjadi penggerak utama dan memainkan peranan penting sebagai pemangkin kepada kejayaan Program PBC.



Fasilitator sedang memberikan tunjuk ajar kepada peserta



Beliau adalah Presiden KPU dan bertindak sebagai Pengarah PBC Alor Setar. Selain itu hadir sama dalam menguatkan PBC kali ini ialah PJS Zaharah Mat Zain, PJS Jamaliah Omar, PJ Norliza Saidin, PJ Ridzuan Abd Razak.


Semangat PJS Azizan Ahmad menjadi nadi kepada kejayaan PBC


PJS Jamaliah Omar antara yang menceriakan PBC


PJS dan Fasilitator Muslimat yang membantu PBC Alor Setar.


Peserta-peserta yang hadir memberi sepenuh komitmen terhadap semua slot yang dibentangkan. Ramai yang hadir dari latar belakang yang berbeza. Mereka menyahut cabaran HPA dalam usaha memartabatkan produk halal dan merealisasikan kempen kerajaan untuk mengguna Produk Buatan Malaysia. Selain itu tindakan semua ahli dan peserta berjuang bersama HPA juga sebagai satu usaha untuk memboikot barangan keluaran Amerika dan Yahudi.


Ends....

KPU LANCAR KEPIMPINAN GENERASI KE-6 (GEN-6)

Pelancaran Program Kepimpinan Generasi Ke-6(GEN 6) Kelab Pemimpin Utara (KPU) telah berlangsung di Hotel Sg Petani,In pada 22 hb Januari jam 9.00 malam. Hampir 300 orang pemimpin baru GEN 6 KPU hadir bermula dari Langkawi sehingga Ipoh. Program juga turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran PJS2 dan pemimpin-pemimpin lama.



Petugas-petugas di meja pendaftaran



Menurut Pengarah Program, PJS Ustaz Mohd Zahir Ghazali, mereka yang dipilih hendaklah sekurang-kurangnya nya berpangkat PRX atau bakal mendapat pangkat PRX pada Januari 2009 dan telah mengikuti program PBC. dapat mengikuti undang-undang dan peraturan yang dijalankan oleh KPU. berkesungguhan serta amat komited dengan perniagaan HPA dengan menghadiri kelas-kelas mingguan serta menghantar peserta ke PBC yang diadakan. bersahsiah dan berakhlak Islam, menutup aurat serta tidak merokok.

Pengarah Program, PJS Ustaz Mohd Zahir Ghazali

Peserta-peserta yang tidak menepati etika dan syarat pemilihan tersebut akan terkeluar dari kepimpinan GEN 6. Pada malam itu juga diadakan tayangan slide Perjuangan Palestin dan pelancaran Tabung KPU Untukmu GAZA. Kutipan Gaza pada mlm terkumpul hampir RM2600. Sumbangan tabung GAZA juga akan digerakkan di semua PBC dan kelas mingguan dan semua umat Islam khususnya warga KPU boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun KPU.



Sebahagian peserta GEN-6



Perasmian program telah disempurnakan oleh Pengurus Besar Al-Wahida, Encik Mohd Faisol Abd Rahman. Semua pemimpin baru yang terpilih dianugerahkan dengan sijil pemimpin GEN 6 KPU. Sijil disampaikan oleh GM, PJS Mohd Nazri Ahmad,PJS Mohd Aseri Hanapiah,PJS Puan Zaharah Md Zain dan PJS Puan Syarifah Sulaiman.

Sebahagian peserta muslimat GEN-6



Pengarah program PJS Ust Zahir mengharapkan program ini akan dapat melahirkan ramai lagi muka-muka baru pemimpin KPU yang akan menerajui dan membina momentum pembangunan keahlian dan penjualan produk HPA yang lebih cemerlang. Namun merasa sedikit kesal dengan sebahagian PJS yang memilih peserta secara hentam kromo tanpa menilai komitmen, akhlak dan displin para peserta.

Masih ada peserta yang dihantar oleh PJS yang belum mengikuti PBC,tidak menghadiri kelas-kelas mingguan yang diadakan Program Kepimpinan bukan sekadar untuk memujuk pengedar dan membina minat tetapi membina nilai-nilai kepimpinan kepada mereka yang sedia terpilih dan menepati criteria awal yang ditetapkan. Kegagalan pemimpin dan PJS memilih peserta dengan tepat menyebabkan timbul komen-komen dan krtitikan pedas sebahagian peserta gen 6 yang hadir.

Ada di kalangan peserta tidak dapat memasuki dewan kerana tidak menutup aurat, memakai slipar, berseluar jean,memakai t shirt ataupun tidak memakai blazer(bagi lelaki) seperti yang diarahkan melalui surat jemputan. Beliau mengesyorkan kepada mereka yang terlibat agar jangan terburu-buru untuk mengikuti program kepimpinan KPU kerana mereka mungkin masih belum bersedia.program tersebut hanya dikhususkan kepada mereka yang bersedia dan terpilih untuk menjadi sebahagian pemimpin perniagaan MLMS HPA.


Ends.....