MAKNA SEBUAH PERJUANGAN
(sebuah catatan nostalgia)
Memulakan perniagaan MLM bersama HPA merupakan satu perjuangan yang penuh dengan cabaran dan ujian. Apatah lagi MLM yang berpaksi dan berlandaskan konsep syariah. Apabila kita bercakap soal menggunakan barangan halal, soal haram, soal sunnah dan soal perjuangan agama, macam-macam mala petaka dan bahana yang datang bertimpa-timpa.Itulah antara gambaran awal yang dapat saya nukilkan diawal pembabitan saya bersama satu-satunya syarikat MLM (Syariah) kepunyaan Melayu Islam sekitar tahun 1997 dulu. Waktu itu adalah zaman kemunculan pelbagai syarikat MLM yang memasarkan barangan dalam pelbagai jenama. Ada syarikat MLM tempatan, tidak kurang banyaknya juga syarikat dari luar.
Saya masih ingat akan bagaimana susah dan payahnya Pengarah Urusan HPA, Haji Ismail Ahmad bersama isterinya Hjh Norhayati Ahmad ke hulu dan ke hilir memberi ceramah dan penerangan tentang produk HPA. Kegigihan Pengarah Urusan dan isteri memberi ilmu produk kepada kami amat kami hargai. Pendek kata di mana sahaja ada ceramah Pengarah Urusa, kami akan sampai. Waktu itu hubungan kami sesama ahli HPA di utara macam adik beradik. Saya masih ingat lagi jika ada program yang HPA anjurkan, Haji Ismail Wan Teh, Hjh Hasma Laily Hood (isteri Haji Ismail Wan Teh), PJS Puan Sharifah, PJS Aseri Hanapiah, PJS Azizan Ahmad dan PJS Ustaz Mohd Zahir Ghazali kerap mengubungi sesama sendiri untuk memaklumkan mengenai program. Kami akan hadir sama-sama walau di mana jua dianjurkan. Alhamdulillah hubungan kekeluargaan seperti itu kekal sehingga ke hari ini.
Saat yang paling mencabar, dan sukar dilupakan ialah apabila sekumpulan pemimpin-pemimpin HPA di utara dan Lembah Kelang keluar meninggalkan HPA. Penaja kami, Haji Ismail Wan Teh telah meninggalkan HPA sekitar 2002 kerana menubuhkan syarikatnya sendiri, Azi Smartlife. Beberapa pemimpin lain pula meninggalkan HPA dan bergabung dengan sebuah syarikat MLM yang baru ditubuhkan pada masa itu.
Yang tinggal hanyalah kami, yang masih dianggap ‘nangoi-nangoi’ (budak hingusan) dalam MLM. Tidak ada siapa yang hebat di antara kami pada waktu itu. Kami pemimpin kecil berstatus biasa yang tidak punya apa-apa kemahiran. Kami tidak tahu dan pandai tentang ilmu perniagaan secara MLM. Kami hanya pengguna dan pengamal herba HPA sahaja. Tapi kami puyna semangat dan kesungguhan untuk mempertahankan HPA. Saya amat terhutang budi kepada PJS Sharifah, PJS Azizan Ahmad dan PJS Cikgu Mohd Nadzri yang mengambil tanggungjawab sebagai pemimpin untuk menyusun semula struktur kepimpinan pengedar di utara dengan menubukan Kelab Pemimpin Utara (KPU). Lagipun pada masa itu bonus kami tidaklah banyak sangat. Paling tinggi pun sekitar antara RM1500- RM3000 sebulan. Mana ada lagi PBC pada waktu itu. Semuanya pakai ikut kehendak dan kesesuaian sendirian sahaja. Pengarah Urusan banyak memberi penekanan kepada kami tentang ilmu herba dan ilmu perawatan.Kami berdepan dengan pelbagai fitnah dan karenah ahli-ahli HPA. Ramai pengedar HPA keluar meninggalkan HPA. Mereka mengikut jejak langkah pemimpin-pemimpin mereka bersama syarikat MLM yang baru.
Pelbagai tohmahan, kata cacian,fitnah dan sumpah seranah dilemparkan kepada HPA. Tidak kurang juga kata dusta dan nista di lemparkan kepada kami. Tanyalah PJS Sharifah Sulaiman, PJS Cikgu Mohd Nadzri, PJS Ustaz Mohd Zahir dan PJS Azizan Ahmad. Hanya kesabaran dan ketabahan menyebabkan kami terus kekal bersama HPA. Begitulah hebatnya ujian ini. Ada juga yang hampir gugur dan kecundang. Tanyalah kepada PJS Aseri Hanapiah, apa yang telah berlaku di Pulau Pinang. Ahli-ahli HPA dicuri dan dicaci di sana sini. Waktu itu HPA di Pulau Pinang hampir lumpuh. Banyak stokis di tutup.
Ada satu peristiwa yang tidak dapat saya lupakan.Peristiwa ini berlaku di Hotel Seri Malaysia Sungai Petani. Bekas pemimpin HPA yang bersama syarikat barunya datang ke rumah saya bersama rakannya. Mereka menjemput saya secara terhormat dan beradab ke Hotel Seri Malaysia untuk mendengar taklimat perniagaan yang dianjurkan oleh syarikat tersebut. Kononnya Pengarah Urusan syarikat itu adalah bekas guru saya dahulu ketika bersekolah dan ingin berjumpa saya. Saya berjanji akan hadir kepada mereka berdua selepas solat maghrib.
Kini, HPA tidak lagi seperti dahulu. Semuanya sudah terhidang. Tunggu masa untuk disantap. Kita ada PBC, kita ada RFC, kita ada hotel, kita ada kilang Radix Cola, kita ada ladang herba, kita ada pusat ternakan ayam organik,kita ada syarikat pengembaraan, kita ada ramai pemimpin berwibawa, kita ada kelas mingguan di merata-rata, kita ada pakar perawatan yang ternama, kita ada pusat rawatan yang terkenal seantero nusantara. Jadi jangan tunggu semua yang sudah terhidang itu lari daripada kita. Gunakanlah semaksima mungkin segala yang ada untuk membina kejayaan dan kecemerlangan diri dan keluarga. Jangan biarkan genarasi akan datang tertawakan kita kerana kita lalai dan tidak pandai menggunakan kelebihan dan kesempatan yang ada. HPA bagi saya adalah segala-galanya. Tidak ada yang mustahil untuk dicapai jika kita terus berusaha. Alhamdulillah bersama HPA saya kini mampu meraih pendapatan yang tidak pernah saya impikan sebelum ini. Saya akan manfaat sepenuhnya rezeki yang Allah SWT berikan ini untuk memperjuangkan agama Allah SWT. Sesungguhnya tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima.
Akhirnya marilah kita sama-sama berusaha untuk:
HPA DI PERSADA ANTARABANGSA.

Ramai pemimpin MLM mengatur pelbagai strategi untuk mengumpan keahlian dengan pelbagai cara. Ada yang ‘tunjuk cek’ yang dipotostat sebagai bukti betapa mudahnya mendapat ‘income’ lumayan dengan syarikat mereka.Sebagai pengguna barangan HALAL, saya menyaksikan kebanjiran golongan bergelar ustaz yang berbondong-bondong bersama syarikat MLM yang tidak diterajui oleh muslim. Apatah lagi barangan yang dijual atau didagangkan itu belum tentu menepati status ‘halal’. Timbul kesedaran yang cukup hebat dalam diri saya, kenapa dan mengapa insan-insan ini begitu mudah terjebak dalam kancah perniagaan dengan syarikat bukan milik Islam. Padahal pada waktu itu HPA sudah ada dan merupakan satu-satunya wadah atas nama ‘muslim’ sebagai alternatit kepada MLM yang lain.
Tanggal 17 Mac 1997 saya mendapat status keahlian berdaftar sebagai ahli HPA dengan yuran keahlian cuma RM10 sahaj seumur hidup. Pada waktu itu kesungguhan untuk berniaga bukan menjadi agenda utama. Mengguna dan mengamal herba untuk kesihatan menjadi focus utama. Selain itu apa terbayang dan terpahat dalam sanubari ialah kesungguhan untuk memartabatkan produk makanan kesihatan muslim di pesada hati umat Melayu. Maklumlah pada masa itu produk makanan kesihatan menjadi ‘killer produk’ di kalangan syarikat-syarikat MLM. Waktu itu, HPA hanya mengeluarkan 16 jenis produk makanan kesihatan sahaja. Salah satu ‘killer produk’ pada masa itu ialah TEH HERBA (Teh Pegaga). Kami adalah generasi awal HPA yang bersaing dalam dunia MLM ke hulu ke hilir bersama teman-teman seperjuangan berceramah, demo dan ‘home party’ memberi penerangan dan penjelasan mengenai produk ini. Tidak sahaja di hotel-hotel yang ada bintang, malah hotel-hotel bajet pun kami harungi. Kawasan-kawasan kampung, felda, felcra, surau, dewan orang ramai, markas parti politik, dewan orang ramai, rumah-rumah orang perseorangan juga menjadi sasaran kami.
Pernah saya dan PJS Mohd Nadzri Ahmad berceramah terhadap sekumpulan orang India di Hotel Seri Malaysia Sungai Petani. Itulah kali pertama saya diminta member penerangan tentang produk HPA. Susah juga nak memberi penerangan kepada mereka. Maklumlah kami berdua pada masa tu jadi bidan terjun kepada penaja kami, Haji Ismail Wan Teh (sekarang Pengara Urusan Azi Smartlife). Dia tidak dapat berceramah kerana demam panas. Sebelum ke Hotel Seri Malaysia saya sempat ke rumahnya. Memang dia demam teruk. Tapi dia tak mahu ke klinik. Katanya dia makan malac 10 biji sekali makan. Betapa kuat pegangannya terhadap produk HPA. Seminggu selepas itu dia sembuh seperti biasa tanpa mengambil sebarang ubat aloypati.Tidak kisah sangat siapa yang datang. Yang pasti maklumat mengenai produk HPA sampai ke rumah dan tangan umat Islam.Tanggal 17 Mac 1997 saya mendapat status keahlian berdaftar sebagai ahli HPA dengan yuran keahlian cuma RM10 sahaj seumur hidup. Pada waktu itu kesungguhan untuk berniaga bukan menjadi agenda utama. Mengguna dan mengamal herba untuk kesihatan menjadi focus utama. Selain itu apa terbayang dan terpahat dalam sanubari ialah kesungguhan untuk memartabatkan produk makanan kesihatan muslim di pesada hati umat Melayu. Maklumlah pada masa itu produk makanan kesihatan menjadi ‘killer produk’ di kalangan syarikat-syarikat MLM. Waktu itu, HPA hanya mengeluarkan 16 jenis produk makanan kesihatan sahaja. Salah satu ‘killer produk’ pada masa itu ialah TEH HERBA (Teh Pegaga). Kami adalah generasi awal HPA yang bersaing dalam dunia MLM ke hulu ke hilir bersama teman-teman seperjuangan berceramah, demo dan ‘home party’ memberi penerangan dan penjelasan mengenai produk ini. Tidak sahaja di hotel-hotel yang ada bintang, malah hotel-hotel bajet pun kami harungi. Kawasan-kawasan kampung, felda, felcra, surau, dewan orang ramai, markas parti politik, dewan orang ramai, rumah-rumah orang perseorangan juga menjadi sasaran kami.
Saya masih ingat akan bagaimana susah dan payahnya Pengarah Urusan HPA, Haji Ismail Ahmad bersama isterinya Hjh Norhayati Ahmad ke hulu dan ke hilir memberi ceramah dan penerangan tentang produk HPA. Kegigihan Pengarah Urusan dan isteri memberi ilmu produk kepada kami amat kami hargai. Pendek kata di mana sahaja ada ceramah Pengarah Urusa, kami akan sampai. Waktu itu hubungan kami sesama ahli HPA di utara macam adik beradik. Saya masih ingat lagi jika ada program yang HPA anjurkan, Haji Ismail Wan Teh, Hjh Hasma Laily Hood (isteri Haji Ismail Wan Teh), PJS Puan Sharifah, PJS Aseri Hanapiah, PJS Azizan Ahmad dan PJS Ustaz Mohd Zahir Ghazali kerap mengubungi sesama sendiri untuk memaklumkan mengenai program. Kami akan hadir sama-sama walau di mana jua dianjurkan. Alhamdulillah hubungan kekeluargaan seperti itu kekal sehingga ke hari ini.
Saat yang paling mencabar, dan sukar dilupakan ialah apabila sekumpulan pemimpin-pemimpin HPA di utara dan Lembah Kelang keluar meninggalkan HPA. Penaja kami, Haji Ismail Wan Teh telah meninggalkan HPA sekitar 2002 kerana menubuhkan syarikatnya sendiri, Azi Smartlife. Beberapa pemimpin lain pula meninggalkan HPA dan bergabung dengan sebuah syarikat MLM yang baru ditubuhkan pada masa itu.
Yang tinggal hanyalah kami, yang masih dianggap ‘nangoi-nangoi’ (budak hingusan) dalam MLM. Tidak ada siapa yang hebat di antara kami pada waktu itu. Kami pemimpin kecil berstatus biasa yang tidak punya apa-apa kemahiran. Kami tidak tahu dan pandai tentang ilmu perniagaan secara MLM. Kami hanya pengguna dan pengamal herba HPA sahaja. Tapi kami puyna semangat dan kesungguhan untuk mempertahankan HPA. Saya amat terhutang budi kepada PJS Sharifah, PJS Azizan Ahmad dan PJS Cikgu Mohd Nadzri yang mengambil tanggungjawab sebagai pemimpin untuk menyusun semula struktur kepimpinan pengedar di utara dengan menubukan Kelab Pemimpin Utara (KPU). Lagipun pada masa itu bonus kami tidaklah banyak sangat. Paling tinggi pun sekitar antara RM1500- RM3000 sebulan. Mana ada lagi PBC pada waktu itu. Semuanya pakai ikut kehendak dan kesesuaian sendirian sahaja. Pengarah Urusan banyak memberi penekanan kepada kami tentang ilmu herba dan ilmu perawatan.Kami berdepan dengan pelbagai fitnah dan karenah ahli-ahli HPA. Ramai pengedar HPA keluar meninggalkan HPA. Mereka mengikut jejak langkah pemimpin-pemimpin mereka bersama syarikat MLM yang baru.
Pelbagai tohmahan, kata cacian,fitnah dan sumpah seranah dilemparkan kepada HPA. Tidak kurang juga kata dusta dan nista di lemparkan kepada kami. Tanyalah PJS Sharifah Sulaiman, PJS Cikgu Mohd Nadzri, PJS Ustaz Mohd Zahir dan PJS Azizan Ahmad. Hanya kesabaran dan ketabahan menyebabkan kami terus kekal bersama HPA. Begitulah hebatnya ujian ini. Ada juga yang hampir gugur dan kecundang. Tanyalah kepada PJS Aseri Hanapiah, apa yang telah berlaku di Pulau Pinang. Ahli-ahli HPA dicuri dan dicaci di sana sini. Waktu itu HPA di Pulau Pinang hampir lumpuh. Banyak stokis di tutup.
Ada satu peristiwa yang tidak dapat saya lupakan.Peristiwa ini berlaku di Hotel Seri Malaysia Sungai Petani. Bekas pemimpin HPA yang bersama syarikat barunya datang ke rumah saya bersama rakannya. Mereka menjemput saya secara terhormat dan beradab ke Hotel Seri Malaysia untuk mendengar taklimat perniagaan yang dianjurkan oleh syarikat tersebut. Kononnya Pengarah Urusan syarikat itu adalah bekas guru saya dahulu ketika bersekolah dan ingin berjumpa saya. Saya berjanji akan hadir kepada mereka berdua selepas solat maghrib.
Selepas maghrib saya hadir dengan memakai baju Melayu berwarna hijau. Apabila sampai di hotel tersebut saya lihat ramai sekali pemimpin-pemimpin syarikat itu berada di sana. Hampir separuh daripada mereka saya kenal kerana mereka adalah bekas pemimpin HPA dulu. Saya amat terkejut apabila pemimpin syarikat itu yang datang dengan lemah lembut dan bersopan ke rumah saya pada petang itu telah bertindak menyerang dan memaki hamun saya dengan kata-kata kesat di hadapan semua pemimpin-pemimpin mereka. Saya dihina, dimaki dan dituduh sebagai talibarut HPA. Saya jelaskan bahawa saya datang kerana dijemput. Saya tunjukkan kad jemputan yang beliau berikan kepada saya. Tapi tidak dihiraukan. Saya dimaki secara berterusan.
Bayangkanlah di mana hendak letak air muka pada waktu itu. Saya terus pulang dalam keadaan terpinga pinga dan amat sedih. Walau bagaimanapun saya tetap tabah dan berdoa agar 'manusia' yang memaki hamun saya itu kembali semula ke pangkuan HPA. Mudah-mudahan Allah SWT beri hidayah kepadanya dan saya ampunkan segala dosanya kerana menjatuhkan maruah saya dengan kata-kata kata nistanya terhadap saya di hadapan rakan-rakannya di lobi Hotel Seri Malaysia Sg.Petani.

Bukan mudah untuk berjaya. Bukan senang untuk menjadi juara dalam perniagaan MLM, apatah lagi jika perniagaan ini berkait rapat dengan aspek halal dan haram. Memang mudah untuk bercakap dan berkata sesuatu yang tidak kita lakukan. Cabaran dan halangan perlu ditempuhi. Kesabaran yang tinggi perlu tersemat di hati. Jangan jemu dengan ujian. Anggaplah ujian itu sebagai titik permulaan untuk mengorak langkah sebagai juara dalam MLM. Tidak ada sifat putus asa dan kecewa jika kita yakin dengan perjuangan ini. Segala halangan anggaplah sebagai guru yang mengajar kita untuk lulus dalam ujian.
Kini, HPA tidak lagi seperti dahulu. Semuanya sudah terhidang. Tunggu masa untuk disantap. Kita ada PBC, kita ada RFC, kita ada hotel, kita ada kilang Radix Cola, kita ada ladang herba, kita ada pusat ternakan ayam organik,kita ada syarikat pengembaraan, kita ada ramai pemimpin berwibawa, kita ada kelas mingguan di merata-rata, kita ada pakar perawatan yang ternama, kita ada pusat rawatan yang terkenal seantero nusantara. Jadi jangan tunggu semua yang sudah terhidang itu lari daripada kita. Gunakanlah semaksima mungkin segala yang ada untuk membina kejayaan dan kecemerlangan diri dan keluarga. Jangan biarkan genarasi akan datang tertawakan kita kerana kita lalai dan tidak pandai menggunakan kelebihan dan kesempatan yang ada. HPA bagi saya adalah segala-galanya. Tidak ada yang mustahil untuk dicapai jika kita terus berusaha. Alhamdulillah bersama HPA saya kini mampu meraih pendapatan yang tidak pernah saya impikan sebelum ini. Saya akan manfaat sepenuhnya rezeki yang Allah SWT berikan ini untuk memperjuangkan agama Allah SWT. Sesungguhnya tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima.
Akhirnya marilah kita sama-sama berusaha untuk:
“MEMAKSIMAKAN KEJAYAAN dan MEMINIMAKAN KEGAGALAN”.
"MENGGAPAI IMPIAN,
MENGGARAP HARAPAN dan;
MERINTIS KEMUNGKINAN”….
"MENGGAPAI IMPIAN,
MENGGARAP HARAPAN dan;
MERINTIS KEMUNGKINAN”….
HPA DI PERSADA ANTARABANGSA.
No comments:
Post a Comment