Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
.
MERINTIS KEMUNGKINAN

http://pjskpu.radix2u.com

Jangan Abaikan Pesanan Ini:
"Meninggalkan anak-anak dalam keadaan berharta adalah lebih baik
daripada meninggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta."

Sunday, 24 August 2008

KoWahida Merintis Kecemerlangan

Faisol Abd Rahman
(Pengerusi KoWahida)

Koperasi Wahida HPA Berhad (KoWahida) akan diberi peluang untuk menguruskan beberapa outlet Radix Fried Chicken (Rfc) menjelang 2009. Ini ditegaskan oleh Pengarah Urusan HPA, Hj Ismail Ahmad dalam ucapan perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan Kali Ke-2 KoWahida yang diadakan baru-baru ini di HPA Cawangan Kajang.

Oleh itu Ahli Lembaga Pengarah (ALP) yang baru dilantik bagi sesi 2008/2009 perlu memikirkan strategi dan lokasi yang sesuai untuk mewujudkan Rfc. Permintaan dan sambutan yang sangat menggalakkan daripada masyarakat Islam di Negara ini memberi jaminan KoWahida mampu mencatat keuntungan berlipat ganda.

Selain itu, KoWahida juga akan memfokuskan pelaburannya dalam bidang pertanian dan industri asas tani. Ia akan menjadi pembekal utama bahan-bahan mentah yang akan digunakan oleh HPA sebagai barang siap dalam menghasilkan produk-produk perniagaannya. ALP akan mengenal pasti jenis dan bentuk tanaman dan penternakan yang akan dijalankan. Ia juga bergantung kepada permintaan dan juga tahap-tahap kemahiran dan permintaan dari pengguna.

Menjelang 2009, KoWahida akan mempunyai bangunan pejabatnya sendiri. Kakitangan pengurusan yang terlatih dan professional juga akan diambil bertugas. Bagi memudahkan pengurusan pengangkutan dan penghantaran bahan mentah, KoWahida juga merancang untuk membeli kenderaan sendiri.

Sebagai pelabur utama dalam produk Kopi Radix, KoWahida juga akan melebarkan perniagaannya dalam Takaful Am, khususnya memperbaharui cukai jalan kenderaan bermotor. KoWahida akan menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) dengan dua syarikat takaful dalam usaha merealisasikan perniagaan ini. Dijangka keuntungan besar akan diperoleh menerusi pelaburan ini.

Dalam mesyuarat tersebut 15 ALP telah dipilih oleh perwakilan untuk menguruskan perjalanan KoWahida bagi sesi 2008/2009. Mereka ialah Mohd Faisol Abdul Rahman (Pengerusi), PJS Murad Abu Bakar (Timbalan Pengerusi), PJS Azizan Ahmad (Setiausaha), Mohd Rosli Abu Bakar - GM Akaun (Bendahari), PJS Ismail Othman, Zamri Othman (Staf HPA), PJS Khalid Iskhri, Nor Bee Ramli (Staf HPA), PJS Ramly Ahmad, Rashidah Abd Rahim (GM M.I.S), PJS Siti Zawiyah Abd Rahman, PJS Hafidzan Faudzi, Fisal Ahmad Tajuddin, Zaharah Yusoff dan Abdul Ghani Hussain (GM R&D).

Ends...


No comments: