Kenaikan harga minyak di pasaran antarabangsa sedikit sebanyak menjejaskan pasaran bahan mentah yang digunakan oleh HPA untuk menghasilkan produk-produknya. Walau bagaimanapun HPA masih lagi mampu mengawal kenaikan dan cuba bertahan dalam pasaran. Demikian dinyatakan oleh Pengarah Urusan HPA, Haji Ismail Ahmad dalam Mesyuarat Pengarah Jati Setia (PJS) seluruh negara yang diadakan baru-baru ini di ibu pejabat HPA, Kangar.
Kenaikan harga barangan turut juga memberi tempias kepada HPA menyebabkan beberapa produk terpaksa dinaikkan harganya, antaranya Kopi Radix yang harganya dinaikkan cuma RM1 sahaja. Radix Jumbo daripada Rm24 kepada RM25 sekotak, Kopi Papan daripada RM15 kepada RM16 dan Kopi Radix (kecil) daripada RM15 kepada RM16 untuk harga ahli atau pengedar.
Haji Ismail juga mengingatkan semua PJS agar dapat menjadikan Koperasi Wahida HPA (Kowahida) sebagai tunjang utama kepada kekuatan HPA. Oleh itu koperasi harus memainkan peranan yang aktif dan mampu menjadi pemenang utama dalam pasaran. Beliau juga mengingatkan agar jangan jadikan orang Melayu sebagai bangsa yang kecundang. Sebagai umat terbaik yang Allah SWT lahirkan, sudah tentu perjuangan untuk memartabatkan ekonomi ummah ini perlu berlandaskan agama dan aqidah Islam.
Menurutnya lagi, HPA sedang berusaha mencari tapak baru untuk membuka kilang plastik. Ini bertujuan untuk mengatasi masalah kekurangan botol yang digunakan untuk mengisi Radix Cola dan Sarsi Cola. Pembekal tidak mampu untuk membekalkan kapasiti yang diperlukan oleh HPA.
Beliau juga mengingatkan semua PJS agar dapat mengenali perjuangan HPA dengan sebenar-benarnya. Kekuatan HPA adalah kerana perjuangannya yang jelas untuk menyelamatkan ummah dari terus dibelenggu dengan produk-produk yang meragukan di pasaran. Kejayaan ini adalah dengan bantuan dan izin daripada Allah SWT. Oleh yang demikian asas yang kukuh dengan menjadikan Islam sebagai teras perjuangan perlu difahami dengan mendalam.
PJS perlu menjadi model dan imej sebenar HPA. Berniaga hendaklah dengan penuh berakhlak dan tingkatkan kualiti peribadi.
Ends......
Thursday, 25 September 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment