Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
.
MERINTIS KEMUNGKINAN

http://pjskpu.radix2u.com

Jangan Abaikan Pesanan Ini:
"Meninggalkan anak-anak dalam keadaan berharta adalah lebih baik
daripada meninggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta."

Friday, 22 August 2008

PERNIAGAAN MLM HPA TIADA SEMPADAN

Menyelusuri perjalanan dari Kota Padang, Sumatera Barat ke Kota Bukit Tinggi yang mengambil masa cuma 4 jam walaupun jaraknya cuma 45 km membuka ruang minda bahawa HPA masih lagi terasing di daerah ini. Dengan kepadatan penduduknya hampir 4.5 juta, dan keluasan 425 ribu kilometer persegi, bumi Minangkabau ini mempunyai potensi besar untuk memasarkan produk-produk halal HPA. Tinjauan secara rambang menunjukkan tidak ramai yang mengenali dan tahu HPA. Dalam kesempatan waktu yang amat terhad, saya sempat singgah di warung-warung kopi melihat gelagat dan bicara penduduk sekitar yang rata-ratanya orang minang.

Istana silam kebanggaan masyarakat pribumi Minangkabau

Tidak ramai yang ambil peduli soal pemakanan halal. Pabila ditanya tentang HPA atau RADIX, ramai yang menggeleng kepala dan mengakui tidak pernah melihat dan mendengarnya. Bicara saya mengenai pemakanan halal didaerah ini dilanjutkan bersama teman-teman yang menjadi pemandu pelancong (Ali dan Alim). Kedua-duanya juga tidak pernah mendengar dan mengetahui akan HPA sama ada di Kota Padang dan juga di Kota BukitTinggi malah seluruh Sumatera Barat masih sepi dengan HPA. Perbicaraan tentang soal pemakanan halal haram selama 3 hari sedikit sebanyak membuka minda mereka bahawa masyarakat di bumi Minangkabau amat memerlukan produk 'halalan toyyiba'.

Alam anugerah Allah SWT menggamit kedamaian di Tasek Maninjau.

Cuma bagaimanakah caranya produk-produk seperti ini boleh didagangkan dengan k
epadatan penduduk yang cukup tinggi, ditambah kemudahan jalan raya yang amat sukar. Kenderaan yang padat hanya berselisih dengan laluan satu lorong sahaja. Jalan raya yang ada hanyalah tinggalan Belanda. Pemerintah sekadar membaiki mana yang patut untuk kemudahan sementara.


Rumah kelahiran HAMKA yang dijadikan musium

Dari Kota BukitTinggi langsung menyelusuri Pagarruyung dan BatuSangkar.
Ribuan penduduk di kiri dan kanan jalan menanti sesuatu dengan penuh harapan. Dengan khudrat yang tehad tidak banyak yang dapat saya perkatakan kepada mereka. Perjalanan yang jauh dalam cuaca suram dan kesamaran ledakan asap Gunung Merapi seolah-olah menggamit kita untuk terus berkunjung lagi di bumi yang penuh sejarah dan budaya ini. Bumi daerah kelahiran pemikir Islam yang terkenal, Prof Dr HAMKA ini, perlu diselamatkan dengan sama-sama berjuang untuk memastikan produk-produk halal HPA ada di setiap rumah pencinta-pencinta Islam di sini.

Buat teman-teman HPA di Malaysia, inila
h saatnya untuk kita terus melebarkan jalur persahabatan dan persaudaraan dengan tetangga yang pastinya ternanti-nanti akan kehadiran kita bersama produk-produk halal HPA.


Rantaian kopi papan asing yang berleluasa di bumi Minangkabau.

Kepada pejuang-pejuang HPA dari KPU,sambutlah peluang ini dengan penuh kejujuran dan ingatlah kehadiran kita ke bumi Minangkabau nanti adalah atas dasar perjuangan untuk menyelamatkan ummah demi Allah dan RasulNya.


Ends...

Monday, 18 August 2008

PELUANG BUKAN UNTUK DINANTI, TAPI DIREBUT

HPA semakin gah. Produk semakin banyak. Ahli makin bertambah. Sekitar tahun 1998 produk HPA tak sampai pun 20 jenis. Sekarang melebihi 150 produk yang diniaga secara MLM. Selebihnya masih ada yang SLM. Keahlian meningkat mendadak mencecah hampir 450 ribu orang.

Dari jumlah itu, yang benar-benar menjadi usahawan dan mampu meraih bonus hanya sekitar 21 ribu orang sahaja. Yang lain-lainya masih belum berupaya dan mampu mencipta diri sebagai usahawan. Mengapa ini berlaku? Sebenarnya tidak ada apa-apa yang pelik dan apa-apa yang luar biasa pun.

Kalau kita perhatikan dalam HPA terdapat 4 golongan keahlian. Pertama adalah mereka yang mengguna produk. Mereka tidak hirau dan ambil kisah akan jaringan dan penajaan. Dapat membeli barangan halal dengan harga yang murah sudah memadai. Kebanyakan golongan ini adalah di kalangan warga emas dan mereka yang sudah bekerja dengan pendapatan yang selesa.

Golongan yang kedua ialah mereka yang suka menjual. Mereka masih tidak faham bahawa HPA menjalankan perniagaan MLM. Golongan ini suka menjual dari rumah ke rumah, dari kawan kepada kawan, dari warung ke warung. Mereka seronok benar jika dapat untung runcit yang banyak berdasarkan jumlah jualan yang dapat dilakukan. Sekiranya pada bulan tersebut banyak jualan dilakukan,maka untungnya pun banyak. Bonus juga akan meningkat kerana nilai mata dari tiap-tiap barangan yang dijual juga meningkat. Mereka tidak berminat menaja. Tidak ada rangkaian. Walau bagaimana pun golongan ini akhirnya akan dapat juga pangkat Pengurus Melati (PLX) apabila nilai mata terkumpul cukup atau melebihi 1501. Jika dalam sebulan mereka tidak lakukan aktiviti jualan, tidak ada apa-apa hasil yang mereka akan dapat kerana tiada pembinaan rangkaian.

Golongan yang ketiga ialah kumpulan perawat. Minat mereka dengan ilmu perawatan amat baik dan menggalakkan. Mereka akan belajar dengan sepenuh hati dan melakukan aktiviti perwatan dengan berkesan. Golongan ini adalah mereka yang berilmu dan mampu membantu orang lain. Mereka adalah pewaris kepada tradisi ilmu dalam amalan herba. Sumbangan dan usaha mereka menjadi penentu kepada kekuatan perjalanan HPA.

Golongan yang keempat adalah usahawan HPA. Golongan ini di samping mengguna dan mengamalkan produk, mereka juga akan melibatkan diri dalam aktiviti jualan. Menjual bukan semata-mata untuk mendapat untung runcit yang banyak, tetapi dalam masa yang sama mereka melakukan penajaan dan pembinaan jaringan. Mereka melihat jalan yang terbentang luasa di hadapan. HPA menyediakan segala-galanya. Golongan inilah yang berlumba-lumba menghantar rangkaian ke kursus Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC). Mereka akan bergerak ke mana sahaja memperkenalkan HPA dan membina jaringan.

Golongan ini amat menitikberatkan amalan 6M (Mengguna, Menjual, Menaja, Membimbing, Menghadiri kelas mingguan dan Mendiagnos). Merekalah yang sebenarnya berjaya untuk meningkatkan jualan syarikat dengan membina sebanyak mungkin jaringan. Makin banyak jaringan makin banyak jualan dapat dilakukan. Apabila jualan meningkat, maka pendapatan (bonus) mereka juga akan meningkat. Golongan inilah yang bakal membarisi barisan kepimpinan dalam setiap KONVEK yang diadakan. Merekalah penerima anugerah yang HPA sediakan.

Jadi, terpulanglah kepada anda untuk melihat dan menilai diri anda sendiri. Anda tergolong dalam golongan mana? Jika sudah kenal diri, jangan berlengah lagi. Hayunkan langkah, atur strategi. Binalah diri agar masa depan anak cucu kita terbela dan maruah ummah terjaga.

Ends......

Sunday, 17 August 2008

PJS SIHAM MOHD HASHIM

CATATAN SEBUAH PERJALANAN

Bersama suami tercinta, Ustaz Zamri

Tahun 90-an (tak ingat) rombongan HPA, Tuan Haji Ismail sebagai Pengarah Urusan I dan isterinya Puan Hajjah Norhayati bt Ahmad sebagai Pengarah Urusan II serta beberapa orang leader dan staf antaranya Puan Zawiyah, Puan Norhayati Yunus telah datang berziarah ke Mesir. Kumpulan wanitanya termasuk Puan Hajjah Norhayati telah menginap di rumah sewaan saya. Itulah pertama kalinya saya mengenali HPA dan ketika itu saya belum mendaftar sebagai ahli. Kehadiran yang sebentar telah membuahkan kemanisan ukhuwah... ketika itu saya sedang menghidapi beberapa rangkaian penyakit. Puan Norhayati Yunus telah merawat saya sekadarnya serta memberi harapan bahawa saya mampu untuk sihat kembali sekiranya saya mencuba perawatan HPA. Bersama PJS Malaysia dalam Perjumpaan PJS Antarabangsa di Bandung

Tahun 1998 saya bersama beberapa orang rakan telah mengisi borang sebagai pengedar sah dalam Syarikat MLM HPA setelah diberi penerangan oleh upline saya iaitu Ustaz Mohd Zahir bin Ghazali. Maka bermulalah detik perjalanan mengatur strategi dan langkah yang tersusun dengan satu niat untuk mengimarahkan produk muslim di alam maya ini sebagai menyahut wawasan yang telah dinukilkan dalam program pertama bersama HPA. Benar..apa yang Tuan Haji kata ianya bukan suatu impian kerana saya melihat apa yang dirancang memang kita mampu capai tapi dengan syarat adanya kesungguhan dan kebersamaan.. Maka kita perlu menyambung rantai-rantai perjuangan supaya tidak putus di pertengahan jalan dan mampu mengecap kejayaan dalam waktu yang singkat.

Mewakili KPU dalam MILAD di Jogjakarta

Di awal perjalanan saya masih sendirian. Berbekalkan modal RM50.00, saya hanya mampu menjual kordial pegaga. Setiap hari saya membawa 2 botol ke sekolah. Alhamdulillah, saya mendapat sokongan awal dari sudut jiwa sahaja kerana ramai guru yang membeli lebih terdorong untuk membantu sahaja kerana ketika itu saya bertugas sebagai guru sementara di salah sebuah sekolah menengah di Kedah. Bersyukur juga, rezeki saya bertambah apabila mula ada permintaan untuk herba perubatan. Pesakit pertama saya adalah rakan yang sama mengajar di sekolah tersebut. Beliau telah menghidap penyakit kanser otak dan ingin mencuba perubatan HPA setelah buntu dengan perawatan aloypaty.

Pusat Jualan PJS Siham di Jitra

Sepanjang penglibatan ketika itu saya banyak mendapat tunjuk ajar daripada Ustaz Zahir sendiri, beliaulah yang membawa kami bertemu leader-leader HPA dan mengikuti pelbagai program HPA tanpa rasa jemu walaupun sebenarnya pada masa itu kami belum terbuka hati sepenuhnya untuk memulakan bidang perniagaan yang saya rasakan amat susah berbanding mengajar di sekolah. Tapi saya bersyukur kerana saya bukan jenis manusia yang banyak kerenah. Jadi, saya buat sahaja apa yang ustaz ajarkan walaupun rasanya dalam terpaksa.
Kebetulan pula dalam masa yang sama saya mempunyai sejarah kesihatan yang teruk. Dilahirkan berpenyakit penat atau lelah, membesar bagai anak raja, buat kerja berat contohnya angkat seterika atau timba mandi pun tak boleh, pergi sekolah sentiasa diawasi bapa sehingga saya mencapai usia 15 tahun Kemudian saya mendapat penyakit tambahan iaitu sakit dalam kepala yang dinamakan migrain. Setahun kemudian doktor mengesahkan penyakit saya sudah tidak dapat diubati. Saya cuma bertahan dengan ubat setiap 4 jam sekali dan mengikuti kauseling bersama doktor pakar selama 2 jam sekali setiap sebulan. Hidup saya tak seperti remaja lain. Saya menerima hakikat apabila bapa kesayangan meninggal dunia dalam tahun 1987. Hidup saya semakin tidak terurus. Alhamdulillah, saya dikelilingi oleh guru-guru yang penyayang. Saya dijaga dengan baik ketika di sekolah.


Saya rasakan amat beruntung kerana dikurniakan sahabat-sahabat yang baik di dalam HPA. Kehidupan yang sedikit tak terurus dan kesihatan yang kurang memuaskan saya dipertemukan pula dengan Encik Azizan dan Puan Zaharah yang lebih mesra saya bahasakan ayahanda dan bonda. Mereka manusia yang bersungguh-sungguh mengubati saya sehinggakan saya melihat mereka berbincang seolah-olah buntu menghadapi penyakit saya. Terharu rasanya… Hanya Allah membalas budi baik kalian. Dalam masa yang sama ustaz Zahir membawa saya bertemu leader, antaranya Puan Syarifah Sulaiman. Kepakaran beliau luar biasa bagi saya ketika itu. Buat pertama kalinya saya didiagnos penyakit melalui saraf tapak tangan. Luasnya ilmu Allah s.w.t. Kak Pah kata saya menghadapi pelbagai penyakit dan insyaAllah akan elok andainya saya amalkan perawatan HPA selama 3 tahun. Sekiranya saya inginkan keputusan yang lebih baik, amalkan selamaya. Setiap hari saya terpaksa menelan ubat sebanyak 20 biji sehari..kenyang!

Bersama sahabat setia, PJS Normah Zainol

Saya kembali ke tanahair dari Mesir pada tahun 2001 bersama suami tercinta, Ustaz Mohd Zamri bin Bakar. Kepulangan kami dalam suasana telah berkeluarga tentulah amat menyukarkan. Kami terpaksa mencari nafkah hidup sendiri. Kos hidup yang tinggi tidak mampu ditampung dengan gaji yang kami perolehi ketika mengajar di Sekolah Agama Rakyat. Kami menceburi pelbagai bidang perniagaan termasuk menjual frame khat, jual kuih dan menjadi pengedar HPA.

Kenangan pertama kali mencebur kembali HPA, ketika saya nekad untuk mencari sabun basuh kain Freesia. Kami mencari kedai HPA di Sungai Petani. Setelah berlegar hampir sejam lebih akhirnya kami bertemu dengan sebuah kedai yang terletak di hujung Taman Ria. Setelah membayar di kaunter kami pun ingin beredar, ketika menuju ke pintu ada seseorang yang sedang membelakangi kami mengalihkan pandangannya kepada kami, alangkah kecilnya dunia ini, itulah Ustaz Zahir rupanya. Setelah bersalaman dan bertanya khabar, Ustaz Zahir terus membuat temujanji untuk membawa kami ke Trolak kerana katanya di sana sedang berlangsung program HPA untuk semua leader seluruh Malaysia. Malam yang dijanjikan tiba, kami menunggu ustaz di pekan Junjung, Kulim sekitar jam 12 tengah malam… bayangkan… jam 1 pagi baru ustaz sampai dan kami sampai di Trolak hampir waktu Subuh. Di situlah saya mengenali Encik Rashidi Jamri (doty ketika itu), PJS Khalid Ishkri, PJS Cikgu Murad, PJS Aminah Sam (masih aktif ketika itu), PJS Sabedah dan ramai lagi. Mereka berbincang dengan penuh semangat setiakawan untuk menaikkan nama HPA di persada dunia. Hebat sekali untuk orang seperti saya melihat buat pertama kalinya… maka rasanya di sinilah bermulalah gerakan saya sebagai pegedar HPA.

Mewakili KPU meraikan kejayaan HPA di MAHA 2008

Sekembalinya dari Trolak, jalan sudah sedikit terbuka… walaupun tidak terlalu luas, cukup rasanya untuk kami lalui berdua. Langkah pertama yang kami ambil ialah mengikuti kelas mingguan.. Ketika itu hanya ada di Sungai Petani yang dibuat oleh Ustaz Zahir sendiri.. Setiap minggu kami berulang alik dari Junjung, Kulim lebih kurang sejam lebih perjalanan. Apa yang pasti setiap minggu suami saya, ustaz Zamri pasti akan transit di Hentian Juru untuk lelapkan mata seketika kerana keletihan… di siang harinya berniaga dan malamnya ke kelas mingguan. Saya bertindak mengawasinya ketika dia lena. Sampai di rumah biasanya sekitar 3 pagi.

Perjalanan kami menuju kejayaan rasanya begitu jauh kerana kami berdua tidak dikurniakan Allah kepetahan dalam berbicara. Apa yang pasti, setiap kali program HPA, ustaz adalah pembaca doa penutup. Itu saja sumbangan yang dapat diberi. Kami mendapat bantahan dan cemuhan daripada keluarga kerana menceburi bidang perniagaan yang tidak mempunyai masa depan, bukannya profesyen perguruan. Pekakkan telinga.. pejamkan mata.. yang penting kami tidak mengemis wang sesiapa. Kami bekerja dan terus bekerja tanpa rasa jemu bak kata pepatah kayuhan basikal walaupun perlahan insyaallah tetap akan sampai ke penghujungnya.. kami yakin.. kami boleh buat. Selama 2 tahun rasanya kami terpaksa memprogramkan ilmu di dada dengan mengikuti kelas mingguan dan juga program-program yang dianjurkan oleh Ustaz Zahir dan HPA sendiri, barulah kami mampu sedikit bersuara. Namun, apa yang pasti ukhuwah di dalam HPA amat manis untuk dinafikan. Hampir keseluruhan leader Utara.. memberi sokongan moral dan material kepada kami. Jasa kalian tak mampu dibalas..

Bersama PJS Malaysia dan Indonesia

Kami mula bertapak di Kulim kerana ketika itu saya tinggal bersama keluarga mertua. Kami bukan orang pertama di Kulim rupanya. HPA mempunyai sejarah hitam di sini.. maka tugas kami menjadi semakin sukar. Setiap pelanggan akan menceritakan kegagalan mereka bersama HPA... Apa yang menyayatnya pelbagai kata kesat dilontarkan. Tabahkan hati menerimanya. Kami cuba menghidupkan program dan meeting. Kehadiran tak lebih dan tak kurang 4 orang sahaja. Pelbagai cemuhan juga yang kami terima sebagai leader Kulim kerana tidak mampu menghidupkan program-program di Cawangan HPA Kulim. Alhamdulillah Ustaz Zahir, Cikgu Ismail, Cikgu Nadzri, Ku Azhar, Kak Normah juga Asnah Mustaffa dan rakan-rakan dari Sungai Petani datang membantu. Selama hampir sebulan saya terpaksa mengimport ahli dari Sungai Petani untuk memancing kehadiran warga Kulim ke program mingguan. Perancangan ini saya rancang bersama Asnah dan Ku Azhar. Alhamdulillah, kejayaan itu kita dapat lihat sehingga hari ini, jualan dari RM20 000 telah menjangkau ke RM250 000. Saya dan Ustaz sudah mampu untuk menarik nafas lega.. Terima kasih semua yang terlibat. Tidak lupa kepada sokongan downline di Kulim Habsah, Pak Long dan Aziz.

Demo-demo dibuat di merata tempat bersama Ustaz Zahir, Kak Pah, Cikgu Nadzri dan Kak Norma. Kami pergi ke merata tempat. Dalam tahun 2003, saya menggantikan tempat kak Pah ke Sabah atas urusan penjualan HPA di sana. Bersama-sama saya ketika itu ialah Ustaz Zahir bin Ghazali, Encik Aseri Hanapiah dan Puan Zaini. Ketika itu usia anak pertama saya baru 6 bulan.. mahu seribu daya.. anak bukan alasannya.

Alhamdulillah, hari ini setelah hampir 10 tahun, kami mampu tersenyum walaupun tak semanis senyuman mereka yang berjaya dalam masa yang singkat. Apa yang pasti kami telah buat apa yang mampu kami laksanakan dan jalan yang kami ambil adalah satu keputusan yang tepat.. Hari ini, kami sudah mampu untuk membawa kaum keluarga bersama dan membantu mereka yang susah sekadar yang ada. Apa yang lebih menggembirakan kesihatan saya semakin baik. Setelah 3 tahun mengamalkan perawatan HPA dengan bersungguh-sungguh, saya kembali menemui kak Pah untuk didiagnos. Alhamdulillah, saya telah benar-benar sihat. .dan insyaAllah saya akan terus mengamalkan perawatan HPA untuk mendapatkan kesihatan sepanjang hayat.. saya yakin..InsyaAllah.

Saya mendapat anugerah sebagai Pengarah Jati Terbaik di dalam Konvensyen 2007. Alhamdulillah, saya dan ustaz berjaya membuka sebuah kedai di Taman Tengku Maheran, Jitra, Kedah. Walaupun tidak sehebat mana, cukup untuk membuktikan sebuah kejayaan..
Wassalam

Daripada :
PJS SIHAM MOHD HASHIM
MOHD ZAMRI BIN BAKAR
RAHIL BINTI MOHD ZAMRI
MUHAMMAD HUMAIDI BIN MOHD ZAMRI


Ends......

Saturday, 16 August 2008

PJS SYED AGEEL MENGINTAI PELUANG

PJS Syed Ageel antara pemimpin KPU yang mula mengorak langkah laju memperjuangkan HPA di luar zon utara. Kali ini bersama pakatan sahabat-sahabat di selatan, beliau berjaya mengadakan Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) di TS Hotel, Pasir Gudang, Johor.

PJS Syed Ageel (kanan) bersama sahabat seperjuangan

Kerjasama dengan rangkaian-rangkaian lain yang sedia ada di sana amat menggalakkan. Seramai 90 orang peserta telah mendaftarkan diri untuk hadir ke PBC tersebut. Kebanyakan peserta PBC kali ini adalah dari golongan usahawan MLM yang pernah terlibat dengan syarikat lain, ahli profesioanal, ahli akademik dan juga peniaga-peniaga industri kecil dan sederhana.

PBC yang bermula hari ini, 16 - 17 Ogos 2008 juga dihadiri oleh dua orang Top 10 HPA dari utara. Mereka akan mengisi slot Pelan Pemasaran dan Produk Pilihan HPA.
Semoga usaha kuat yang ditunjukkan oleh PJS Syed Ageel patut dicontohi oleh pemimpin-pemimpin lain dalam KPU. Ini kerana perniagaan secara MLM tidak mempunyai batas sempadan tertentu. Ia terbuka kepada sesiapa sahaja yang rajin berusaha dan ikhlas dalam perjuangan.

Tahniah, Syed Ageel.

Ends....

Friday, 15 August 2008

KPU ANJUR KURSUS MEMBINA MOTIVATOR

Kelab Pemimpin Utara (KPU) akan menganjurkan Program Pembinaan Kepimpinan (PPK) yang akan diadakan pada 22 OGOS 2008 (Jumaat) di Hotel Swiss Inn, Sungai Petani. Program yang bermula mulai jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang adalah terhad kepada 300 orang peserta sahaja.

Pengarah Program, PJS Mohd Zahir Ghazali memberitahu, 300 peserta ini adalah di kalangan mereka yang dipilih daripada KPU Generasi–1 (Gen-1) hingga Generasi-4 (Gen-4) dan sebahagian Gen-5.

PJS Ustaz Zahir antara pemimpin KPU yang banyak idea

Program sehari ini akan mendedahkan peserta kepada beberapa slot. Antaranya slot bersama Pengarah Urusan HPA, Haji Ismail Ahmad. Pengarah Urusan akan membentangkan kertas kerja berkaitan dengan perjuangan HPA serta hala tuju ke arah mencapai sasaran jualan RM20 juta sebulan. Peserta-peserta juga akan didedahkan dengan aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK).

Pada sebelah petang, pembentangan kertas kerja bertajuk : Membina Motivator dan Penceramah HPA Yang Efektif akan disampaikan oleh Ustaz Ahmad Yahya. Beliau merupakan salah seorang penceramah hebat dari utara yang tersenarai antara 10 yang terbaik.

Dalam kertas kerjanya beliau akan mendedahkan teknik-teknik dan cara-cara yang berkesan untuk menyampaikan ceramah. Peserta akan juga akan didedahkan dengan beberapa kaedah ‘public speaking’ sesuai dengan hasrat KPU untuk melahirkan 300 penceramah HPA menjelang 2010.

Menurut PJS Mohd Zahir, semua peserta yang layak dan terpilih sudah pun dihubungi dengan surat panggilan rasmi. Beliau berharap agar peserta yang telah menerima surat dapat mengesahkan kepadanya secepat mungkin akan status kehadiran mereka dengan menyatakan nombor siri yang tertera pada surat tersebut. Mana-mana peserta yang tidak mengesahkan kehadiran mereka terlebih awal tidak dibenarkan masuk ke program ini kerana tempat mereka akan diganti dengan peserta lain.

Semua peserta dimestikan memakai blazer. Kemeja-T sama sekali tidak dibenarkan. Peserta muslimat pula hendaklah memakai stokin. Mana-mana peserta yang tidak memenuhi syarat-syarat tersebut, tidak dibenarkan untuk masuk ke dewan.

Untuk maklumat dan keterangan lanjut, sila hubungi PJS Mohd Zahir Ghazali (012-4269003) dan PJS Noor Hyzad (019-41017370.

Ends....

Thursday, 14 August 2008

HPA SEMAKIN CEMERLANG

Pengarah Urusan HPA sedang menerima anugerah daripada PM

Semua Pengarah Jati Setia (PJS) dan pengedar-pengedar HPA dari Kelab Pemimpin Utara (KPU) merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada HPA kerana menerima Anugerah Piala Perdana Menteri dan Anugerah Pemasar Tani Jaya Kebangsaan sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2008.


Anugerah yang disampaikan oleh YAB Perdana Menteri ini merupakan satu pengiktirafan yang cukup tinggi kepada HPA yang memasarkan produk makanan kesihatan, kosmetik dan barangan keperluan harian telah beroperasi sejak 1997 secara MLM.


Dengan pengiktirafan ini, HPA pastinya akan lebih gah dan maju ke hadapan dan mampu menjadi peneraju utama produk-produk halal bukan sahaja di Malaysia malah mampu menguasai pasaran antarabangsa.



Sekalung tahniah juga kepada pejuang-pejuang HPA yang terlibat dalam pengurusan dan pentadbiran syarikat. Antara pejuang awal yang masih setia dan telah melakukan pengorbanan besar berjuang mempertahankan HPA ialah Faisol Rahman (GM HPA), Fisal Tajudin (GM Pentadbiran), Rashid Hassan (GM HPA Farm), Abdul Ghani (GM R&D) dan Rashidah Abd Rahim (GM M.I.S)


Tanpa kesabaran, pengorbanan dan susah payah mereka, HPA mungkin tidak akan berdiri kukuh seperti mana yang ada pada hari ini. Sesungguhnya kejayaan ini adalah kejayaan kita semua. Marilah kita sama-sama teruskan perjuangan ini. Kalau bukan kita, siapa? Kalau tidak sekarang, bila?

Ends.....

Tuesday, 12 August 2008

KURSUS KEUSAHAWANAN DAN KEPIMPINAN GEN-5

Kelab Pemimpin Utara (KPU) akan menganjurkan Kursus Keusahawanan dan Kepimpinan Generasi 5 (Gen-5) pada 30 dan 31 Ogos 2008 bertempat Di Jawi Resort, Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan. Kursus ini terbuka kepada semua Gen-5 KPU yang berpangkat Pengurus Meranti (PRX) dan ke atas.

PJS Mohd Zahir Ghazali - Pengarah Kursus

Menurut Pengarah Kursus, PJS Mohd Zahir Ghazali, kursus ini bertujuan untuk memberi kefahaman kepada ahli-ahli HPA dari Gen-5 tentang perjalanan perniagaan HPA. Ia juga bertujuan melahirkan usahawan Muslim yang mampu membina pendapatan berganda di samping melahirkan barisan pelapis dalam memimpin KPU yang akan bertindak sebagai tenaga penggerak dalam aktiviti anjuran KPU.

Semua peserta akan didedahkan dengan teknik dan konsep perniagaan MLM HPA yang memberi penekanan kepada ADIL dan SUKSES. Beberapa modul yang telah dikenal pasti akan dibentangkan oleh Pengarah Jati Setia (PJS) yang berjaya. Antaranya Modul Mendasari Sejarah Silam Dan Perkembangan HPA Kini (PJS Mohd Nadzri Ahmad), Mendasari Pelan Pemasaran HPA - 11 Keistimewaan Apabila Bersama HPA (PJS Ismail Othman), dan Skill Penguasaan Set Lengkap & Perawatan (PJS Sharifah Sulaiman),

Kursus yang akan dirasmikan penutupannya oleh Pengarah Urusan HPA, Hj Ismail Ahmad ini juga akan diisi dengan program Qiyamullail, Kuliah Subuh dan Senaman Taqwa. Seramai 12 PJS dan 8 orang Pengarah Jati (PJ) terlibat sebagai Urusetia dan Fasilitator. Setiap peserta akan dikenakan yuran sebanyak RM150 seorang untuk penginapan, makan minum dan bahan-bahan kursus. Pemimpin-pemimpin HPA yang beminat untuk menghantar rangkaian mereka sebagai peserta ke kursus ini bolehlah menghubungi PJS Mohd Zahir Ghazali (012-4269003), PJS Sabri Jaafar (016-4135629) dan PJS Noor Hyzad (019-4101737).

Monday, 11 August 2008

PJS Sabri Ahmad

ILMU ASAS PERJUANGAN

“Sekiranya besar yang dituntut dan mulia yang dicari, nescaya banyaklah kepayahan dan kesusahan melaluinya, panjang jalannya dan banyak rintangannya”.

Kata-kata dari pemikir dan mujahid Islam Al-Imam Al-Ghazali Rahimahullah menjadi pendorong kepada Pengarah Jati Setia, PJS Sabri Ahmad untuk terus melangkah maju dalam medan perjuangan bersama HPA. Baginya hidup tanpa ilmu adalah tidak bermakna, umpama pokok yang tidak berbuah, kerana tanpanya manusia akan gagal dan kecundang dalam melayari bahtera kehidupan. “Tuntutlah ilmu hingga sampai ke negeri Cina”, dan “Adakah sama di antara orang-orang yang berilmu dengan mereka yang tidak berilmu?”

Atas dasar itulah PJS Sabri Ahmad terus meneroka perjuangan ini bersama HPA kerana di sana pelbagai ilmu boleh dipelajari dan diperolehi. Pepatah Melayu ada mengatakan, “Berburu ke padang datar, dapat rusa patah kaki, berguru kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi”. Adab menuntut ilmu mestilah beretika sepertimana yang ditunjukkan oleh junjungan besar Rasulullah SAW. Guru bukan dilihat pada usianya, tetapi kepada ilmu dan amalannya. Keberkatan dan redha Allah SWT hanya datang kepada mereka yang sentiasa ikhlas berjuang hanya kerana Allah SAW.

Bersama sahabat sempena Mini KONVEK 2004 di MS Garden, Sg.Petani

PJS Sabri Ahmad mula mengenali HPA sekitar 1998 dalam usia lingkungan awal 40-an. Ketika itu beliau tinggal di Balik Pulau, Pulau Pinang dan bekerja sebagai mekanik. Kepakarannya dalam bidang mekanikal dan permotoran menjadikan beliau antara mekanik Melayu Islam yang cukup dikenali di pekan Balik Pulau. Ketika HPA baru sahaja memulakan perniagaan secara MLM, produk-produknya belum lagi gah di kawasan itu. Tidak ramai yang mengenali HPA. Kalau ada pun mungkin dua atau tiga orang sahaja. Itu pun di kalangan mereka yang berhijrah dari tanah besar dan bekerja di sana. Lagi pun waktu itu terdapat banyak syarikat MLM yang besar-besar seperti Amway, CNI, Zhulian dan bemacam-macam lagi. Apalah sangat yang ada pada HPA jika hendak dibandingkan dengan syarikat-syarikat gergasi tersebut. HPA hanyalah sekelumit sahaja bagi mereka yang menyanjung tinggi syarikat-syarikat MLM lain yang dianggap berprestij itu.

PJS Sabri mengenali HPA buat pertama kalinya setelah diperkenalkan oleh PJS Aseri Hanapiah, seorang angota polis yang bertugas di balai polis Balik Pulau. Perkenalan mereka bermula dalam beberapa majlis ilmu dan pengajian agama yang diadakan di surau dan masjid sekitar Balik Pulau. Dari situ PJS Sabri Ahmad mula tertarik apabila PJS Aseri memberitahu bahawa HPA memperjuangkan produk dan perniagaan secara Islam. Perkataan ‘ISLAM’ itu memberi satu kekuatan kepada PJS Sabri untuk mengetahui dan mengenali HPA dengan lebih dekat. Ini kerana sebelum ini beliau belum lagi temui syarikat perniagaan jualan langsung MLM yang mengenengahkan slogan ‘HALAL’ dan ‘ISLAM’ seperti yang ada pada HPA.

Sering menyampaikan kuliah dan kursus perubatan
(An-Nahdhoh Inn, Kubang Semang ; Kursus Tobib Muslim)

PJS Sabri bersama isterinya mula bergerak aktif dengan mengadakan demo, home party, menyertai pameran dan eskspo barangan yang diadakan sekitar Pulau Pinang. Tugasnya sebagai mekanik diteruskan. Waktu lapang beliau gunakan sepenuhnya bersama isteri untuk berdagang dan membina jaringan dalam usaha memperkenalkan produk HPA. Sambutan yang diterimanya agak menggalakkan. HPA mula dikenali dan mendapat sambutan dari sehari ke sehari. Masyarakat Melayu mula mengenali dan menerimanya dengan baik. Jaringannya makin besar dan bertambah.

Namun kata orang tua-tua “Hidup tidak selalunya indah, langit pula tak selalunya cerah”. Malapetaka telah melanda Pulau Pinang. Dalam keghairahan memperjuangkan produk HPA yang halal lagi baik dengan penuh istiqamah, tiba-tiba ada di kalangan ahli dan pimpinan HPA di Pulau Pinang terpengaruh dengan pelbagai skim cepat kaya yang menular masuk yang bertopengkan Islam sebagai agenda utama. Ada di kalangan mereka yang dulu berjuang bersamanya secara konsisten sudah mula goyah dan bersubahat dengan skim cepat kaya tersebut. Bagi PJS Sabri, ini merupakan satu musibah. Ada di kalangan pemimpin dan ahli HPA yang dulunya berkobar-kobar dengan HPA, tiba-tiba menjadi tukang canang dan ‘leader’ kepada skim tersebut. Maka, bermulalah era kemalapan dan kegelapan HPA di Pulau Pinang. Masing-masing tidak sabar, tenggelam dan hanyut dalam impian mengejar kebendaan dan mengejar kekayaan.

PJS Sabri sedang menunjuk cara menggunakan tanduk kerbau (urutan limfatik)

Namun, bagi PJS Sabri Ahmad, itu bukan titik akhir perjuangan. Perjuangan kerana Allah dan Rasul mesti diteruskan. Umat Islam mesti diselamatkan dari terus terjerumus dan hilang pedoman dalam kancah penyelewengan dan kesesatan berniaga. Semangatnya semakin kuat. Beliau terus melebarkan jaringannya dengan lebih luas dan menjadikan HPA sebagai pekerjaan sepenuh masa. Kerjaya di alam permotorannya ditinggalkan. HPA menjadi sumber pendapatan utama untuknya menyara keluarga dalam meneruskan kehidupan.

Pendapatannya bersama HPA pada ketika itu tidaklah seberapa, sekitar antara RM500 hingga RM800 sahaja sebulan. Tetapi semangat dan jiwanya cukup kuat. Wang itu hanya cukup untuk minyak kereta, sewa rumah dan makan minum keluarga secara ala kadar sahaja. Pernah satu ketika tayar keretanya pecah dan tercabut ketika dalam perjalanan pulang dari mengadakan home party dan promosi HPA. Beliau bukan tidak sedar bahawa tayar keretanya sudah ‘botak’, tapi kekangan kewangan memaksanya meneruskan juga perjalanan demi perjuangan HPA. Kereta Nissan miliknya pun sudah uzur. Berlubang di sana sini. Tapi selagi enjin kereta itu berbunyi, perjalanan untuk memperkenalkan produk halal tetap diteruskan.

Suasana gawat dan kecelaruan minda akibat skim cepat kaya di Pulau Pinang memaksa PJS Sabri Ahmad pulang ke kampung halamannya di Sungai Petani. Anak kelahiran Kampung Pengkalan Lebai Man ini memaksa diri untuk berbakti di tanah kelahirannya. “Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik berada di negeri sendiri”. Pepatah itu terpaksa ditelannya juga.

Atas kesedaran bahawa berniaga tanpa ilmu tidak akan ke mana, PJS Sabri Ahmad mula mendekati Pengarah Urusan HPA untuk mendalami ilmu perawatan mengikut sunnah Rasulullah SAW. Sekitar tahun 2004, beliau mengambil langkah drastik mempelajari secara mendalam ilmu produk dan ilmu perawatan berbekam (al-hijamah) terus dari Pengarah Urusan. Beliau hadir dalam pelbagai kursus yang dianjurkan oleh HPA.

Ilmu terpaksa dicari dan didalami kerana baginya orang-orang yang berilmu mampu pergi lebih jauh selain dapat membantu orang lain, bahkan ia boleh diwarisi dari generasi ke generasi. Mereka yang berilmu, “Bagai pepohon di tengah padang, rimbun daunnya tempat berteduh, kuat dahannya tempat bergantung, besar akarnya tempat bersila”.

Tetap sabar, tenang dan ikhlas dalam perjuangan

Hadis Rasulullah SAW ada menyebut, “Sebaik-baik pengubatan bagi kalian ialah hijamah (berbekam)". -Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A.

“Ubat penyembuhan itu pada tiga perkara, madu, berbekam dan tuam dengan api”. -Riwayat Imam Bukhari dari Said Bin Jubair R.A.

“ Barangsiapa berbekam pada 17,19 dan 21 setiap bulan hijriyah, maka itu adalah hari-hari yang menyembuhkan segala penyakit”. -Riwayat Abu Hurairah R.A.

Ketiga-tiga hadis sahih ini memberi kekuatan kepada PJS Sabri Ahmad memulakan perjalanan barunya bersama HPA dengan menjadi perawat melalui kaedah berbekam. Di samping itu, beliau juga tidak lupa membina rangkaian dan jaringan di negeri-negeri seluruh utara. Rangkaiannya di Pulau Pinang masih aktif, begitu juga di Pendang, Alor Setar, Taiping, Selama, Parit Buntar, Bukit Mertajam dan lain-lain lagi. Beliau kerapkali hadir menyampaikan ceramah untuk menceritakan pengalaman dan kelebihan-kelebihan yang ada sekiranya ahli-ahli terus istiqamah bersama HPA di dalam kelas-kelas mingguan yang dianjurkan oleh Kelab Pemimpin Utara (KPU). Selain itu, beliau juga adalah penceramah tetap yang mengisi slot di dalam program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) anjuran KPU.

Bersama Nissan baru yang lebih dinamik dan prestij.

Alhamdulillah, berkat kesabaran PJS Sabri Ahmad menempuh onak dan duri dalam memperjuangkan HPA, beliau dianugerahkan Pengarah Jati Setia (PJS) oleh HPA pada 2006. Kehidupan beliau kini tidak lagi seperti dahulu.Tidak lagi memandu kereta Toyota yang kuat bunyi enjinnya dan ‘botak’ tayarnya. Beliau tidak lagi tinggal di rumah sewa yang bocor di sana sini. Keadaan hidupnya sekeluarga sudah berubah. Keberkatan dari perniagaan HPA membolehlah PJS Sabri Ahmad meraih pendapatan bulanan 5 angka. Sesuatu yang tidak pernah beliau duga dalam sejarah hidupnya. Semuanya adalah berkat kesabaran dan keikhlasan dalam perjuangan. Baginya, perjuangan bersama HPA adalah kerana Allah SWT dan RasulNya.

BILA DUDUK, DUDUK BERGURU;

BILA TEGAK, TEGAK BERTANYA;

BILA BERCAKAP, CAKAP BERADAT;

BILA DIAM, DIAM BERISI;

BILA BERJALAN, MENCARI KAWAN;

BILA BERMUSYAWARAH, MENCARI MUAFAKAT;

BILA MENGHUKUM, MENCARI ADIL .

Ends…..

Sunday, 10 August 2008

PJS Mohd Zahir Ghazali

LIKU-LIKU PERJUANGAN
PEMIMPIN HPA



Kemelesetan ekonomi bukan faktor utama yang dijadikan asalan untuk tidak bekerja. Ramai yang beranggapan bahawa jika tidak bekerja dengan kerajaan atau swasta sudah dianggap menganggur. Bekerja sendiri juga dianggap bukan bekerja, tetapi masih menganggur walaupun mempunyai pendapatan sendiri. Mempunyai segulung ijazah dianggap tidak bermakna jika tidak bekerja makan gaji. Inilah mentaliti yang ada kepada sesetengah masyarakat kita suatu ketika dulu, terutama di kawasan luar bandar.

Pengalaman inilah yang ingin dikongsi bersama kita oleh Pengarah Jati Setia (PJS) Mohd Zahir Ghazali, terkenal dengan panggilan Ustaz Zahir. Anak muda dari Bukit Selambau Kedah ini mula berjinak-jinak dengan HPA ketika masih menuntut di Universiti Al-Azhar Mesir lagi. Pada tahun 1998, ketika pulang bercuti ke kampung, beliau diperkenalkan HPA oleh bapa saudaranya, Cikgu Ungku Aznan (Cikgu Nan). Pada mulanya Ustaz Zahir tidak mahu terlibat dengan HPA dengan alasan tak pandai bisnes. Lagi pun dia amat buta dengan perniagaan secara MLM. Sepanjang hidupnya, Ustaz Zahir hanya berniaga barang-barang perhiasan dan pakaian yang dibawanya pulang dari Mesir sebagai sumber pendapatan untuk belajar di sana. Itu pun bukannya selalu. Setahun sekali sahaja, itu pun jika pulang ke kampung.

Bersama sahabat seperjuangan di bumi Mesir

Cikgu Nan (sekarang Pengetua SMK Kulim Hi-Tech) melihat potensi Ustaz Zahir sebagai seorang anak muda yang bakal mencipta kejayaan besar dari cara dan gaya kepimpinannya dalam keluarga. Walau pun ketika itu Ustaz Zahir baru berusia sekitar 25 tahun, namun dia sentiasa mejadi rujukan dalam keluarga. Pandangan dan pendapatnya sangat dihormati dan diambilkira dalam membuat apa-apa keputusan. Lagi pun Ustaz Zahir adalah antara pemimpin pelajar yang bergerak aktif dalam Persatuan Pelajar Melayu di Bandar Damanhur, Mesir.

Kumpulan pemimpin HPA pertama di Mesir bersama Pengarah Urusan

Ustaz Zahir bersama HPA pun setelah benar-benar bosan dengan ajakan dan pelawaan Cikgu Nan yang datang ke rumahnya tanpa jemu-jemu. Dalam sehari entah berpuluh-puluh kali Cikgu Nan menelefon Ustaz Zahir dengan mengajaknya bersama berjuang dalam HPA. Akhirnya pujukan dan rayuan Cikgu Nan berjaya juga. Ustaz Zahir mengambil keputusan mendaftar sebagai ahli HPA pada bulan September 1998.

Setelah dibawa bertemu Pengarah Urusan, Haji Ismail Ahmad, semangat Ustaz Zahir makin berkobar-kobar. Semangatnya makin memuncak setelah melihat watak dan peribadi sebenar Pengarah Urusan. Bisikan bahawa HPA adalah suatu perjuangan ummah sentiasa meniti di bibirnya. Beliau brtekad untuk menjadikan HPA pekerjaan sepenuh masa apabila tamat pengajiannya nanti. Atas dasar itulah Ustaz Zahir bertindak menghimpunkan hampir 400 pelajar Malaysia di Mesir sekitar tahun 1999. Pengarah Urusan dan beberapa pemimpin HPA hadir memberi penerangan serta taklimat HPA kepada penuntut-penuntut Malaysia di sana. Kebetulan waktu itu, ramai pemimpin HPA dalam rangka lawatan ke bumi anbiya dan mengerjakan umrah. Antara pemimpin-pemimpin HPA yang lahir hasil dari program yang dianjurkan di Universiti Al-Azhar itu ialah Ustaz Ramizu (Kelantan), Ustaz Jamaluddin Jusoh (Terengganu), Ustazah Siham dan Ustaz Zambri (Kulim), Ustaz Zaidi (Pendang), Ustaz Syamizam (Kulim) dan beberapa nama lagi yang sedang meningkat naik di seluruh negara.

Kehebatan PJS Mohd Zahir Ghazali terserlah setelah tamat pengajian dan pulang ke tanah air. Beliau bertekad untuk bekerja sendiri. Tidak mahu kerja makan gaji sama ada dengan kerajaan atau swasta. Hati dan jiwanya adalah untuk perjuangan Islam. HPA menjadi medan perjuangan untuk menegakkan ekonomi ummah. Ustaz Zahir mula bergerak dengan menghimpunkan semula sahabat-sahabatnya yang pulang ke tanah air. Beliau membina semula rangkaiannya yang berselerak di seluruh negara. Kegigihan yang ditunjukkannya menyebabkan Ustaz Zahir jarang berada di rumah. Dia merantau ke seluruh negara bertemu sahabat-sahabatnya. Dia juga mengatur rombongan dari jaringannya melawat kompleks HPA dan kilang-kilang HPA di Perlis. Banyak masa dan wang ringgit dikorbankan dan dilaburkan dalam membina jaringan tersebut.

Keadaan ini berlarutan hampir 5 tahun. Ustaz Zahir tetap cekal dan tabah dalam menghadapi dan mengaharungi perjuangan ini. Dia sendiri yang mengatur program untuk rangkaiannya. Waktu itu kelas-kelas mingguan tidak banyak. Kalau ada pun sebulan sekali sahaja, tapi tidak di semua tempat. Cawangan HPA pun tak banyak. Di utara cuma ada 3 sahaja (Alor Setar, Sungai Petani dan Pulau Pinang). Roh jihad dan semangat Islam yang tinggi ditanam kepada rangkaiannya. Akhirnya dalam tempoh tersebut ada rangkaian Ustaz Zahir yang sudah mampu bergerak dan berjuang dalam rangkaian masing-masing.

PJS Mohd Zahir tidak pernah duduk diam. Boleh dikatakan setiap hari beliau akan keluar bertemu masyarakat setempat sama ada jauh dan dekat. Hampir semua ahli keluarganya menjadi ahli HPA dan bergerak aktif bersama-samanya. Beliau akan memperkatakan tentang HPA dan produk halal lagi baik di mana sahaja, sama ada dalam kuliah-kuliah ilmu dan juga program-program masyarakat. Kehebatannya menyampaikan kuliah dan ceramah-ceramah agama di masjid dan surau dijadikannya peluang untuk mengajak masyarakat menggunakan produk halal HPA.

Apabila Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) dilancarkan pada Disember 2005, Ustaz Zahir mengambil kesempatan ini untuk memantapkan jaringan di bawahnya. Beliau mengemudi Kelab Pemimpin Utara (KPU) dengan jayanya. KPU bergerak aktif dan pelbagai program dirancang. PJS Mohd Zahir Ghazali adalah orang yang bertanggungjawab menyusun dan mengatur aktiviti-aktiviti KPU. Program Generasi 1 (Gen-1) adalah cetusan dari buah fikirannya. Dari Gen-1, sekarang sudah lahir Gen-5 . Dalam catatan dan data yang ada, seramai 8000 pengedar telah berjaya dibina dan dibimbing melalui Kursus Kepimpinan KPU.

PJS Mohd Zahir juga diamanahkan sebagai Pengarah PBC bagi KPU. Keupayaannya menyusun dan mengatur program serta aktiviti menyebabkan di utara sahaja terdapat 12 PBC setiap bulan. Menjelang 2010, KPU mensasarkan PBC diadakan sebanyak 30 kali dalam sebulan dengan 300 orang fasilitator dan 100 PJS. Kelas-kelas mingguan berjalan seperti biasa setiap minggu di semua cawangan HPA di utara. Semua PJS KPU terlibat mengisi kelas-kelas mingguan. Kursus-kursus Kepimpinan tetap diteruskan. Sehingga kini KPU berjaya melahirkan hampir 200 fasilitator yang ditugaskan di setiap PBC sekitar utara.

PJS Mohd Zahir adalah tokoh pemimpin HPA yang amat disegani di utara. Beliau banyak menerima anugerah daripada HPA. Pada tahun 2007 beliau telah disytiharkan sebagai “Distributor of The Year – (DOTY)”. Juga menjadi Top 10 HPA sejak 2004,2005,2006 dan 2007. Selain itu beliau juga menerima anugerah mengerjakan umrah dan pelancongan ke Mesir, Korea, Iran dan juga Asia Oceania. Dengan pendapatannya 5 angka sebulan menjadikan beliau antara yang menerima bonus tertinggi HPA. Kini, PJS Mohd Zahir Ghazali sudah mampu mempunyai rumah sendiri dan stokis daerah yang tersergam indah di Bandar Legenda Heights.

Seperti PJS lain, Ustaz Zahir juga tidak dapat melupakan peristiwa bagaimana HPA menerima tamparan hebat sekitar 2002. Penghijrahan keluar beramai-ramai pemimpin HPA kepada syarikat lain dan meninggalkan perjuangan HPA. Ustaz Zahir begitu hiba kerana sebelum ini pemimpin itu telah berikrar akan berjuang dan istiqamah dengan HPA. Tetapi merekalah orang yang telah mengkhianati dan meninggalkan perjuangan ini kerana matlamat mereka sebenarnya tidak sama dengan perjuangan HPA walau pun mereka mengaku memahami perjuangan HPA.

Pelbagai fitnah, maki hamun, cacian dilemparkan kepada HPA dan pemimpin-pemimpin yang ada dengan tujuan untuk memusnahkan HPA. Ahli-ahli HPA dihasut dengan pelbagai cara. Ustaz Zahir sendiri menjadi sasaran dan bahan cacian di kalangan segelintir mereka. Namun beliau tetap sabar dan sama sekali tidak meninggalkan HPA. Sekarang terbukti bahawa HPA berada di landasannya yang betul. Mereka yang menghina, mencaci dan memfitnah HPA tidak juga ke mana. Walau bagaimana pun Ustaz Zahir melahirkan rasa syukur kerana ada segelintir daripada pemimpin itu telah kembali semula kepada HPA setelah gagal dan kecewa dengan syarikat yang mereka ceburi.

Apa pun yang berlaku, PJS Mohd Zahir tetap yakin bahawa rezeki di tangan Allah. Barangsiapa yang menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolongnya. Tiada jalan lain ke syurga melainkan berjuang menegakkan agama Allah di atas muka bumi ini. Maruah umat Islam perlu dikembalikan dengan sama-sama berjuang memartabatkan ekonomi ummah.

Ends…………….

Stokis Daerah Lagenda Heights

STOKIS DAERAH
BER
TARAF 5 BINTANG

Melayari bahtera perniagaan MLM (S) bukanlah suatu perkara yang mudah. Banyak cabaran dan rintangannya. Namun jika perjuangan ini disertakan dengan ilmu, semangat dan kesungguhan yang berterusan, tidak musatahil kejayaan akan menjadi milik kita bersama. Pepatah Melayu ada mengatakan “Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”, “ Alang-alang seluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan”.

Berbekalkan semangat perjuangan yang gigih itulah menyebabkan PJS Mohd Zahir Ghazali melebarkan perniagaannya dengan membuka Stokis Daerah Sungai Petani bertaraf 5 bintang di No 66, Jalan Legenda 2, Bandar Legenda Heights, Sungai Petani (bertentangan dengan Bank Islam). Stokis yang dilengkapi dengan produk-produk HPA ini juga menyediakan kemudahan-kemudahan lain seperti tempat untuk perbincangan dan mesyuarat mingguan. Reka bentuk hiasan dalaman cukup menarik. Mempunyai sudut info semasa HPA dan juga perkembangan syarikat. Selain itu terdapat juga galeri sejarah HPA yang bermula sejak tahun 1986 hingga kini. Juga dipaparkan wajah-wajah pemimpin utara yang berwawasan dan berwibawa.


Anak muda kelahiran Kampung Perak, Bukit Selambau, Kedah ini mempuyai cita-cita yang tinggi dalam memperjuang HPA. Melibatkan diri dalam perniagaan ini semenjak beliau menjadi penuntut di Universiti Al-Azhar Mesir lagi sekitar tahun 1998. Beliau adalah orang pertama yang membawa Pengarah Urusan HPA, Haji Ismail Ahmad ke Mesir dalam satu lawatan ke bumi anbiya dan singgah di Universiti Al-Azhar untuk mengadakan sesi penerangan HPA dengan penuntut-penuntut di sana. Sambutan amat menggalakkan. Hampir 90 peratus pelajar-pelajar Malaysia di sana menyertai HPA.
Setelah pulang ke tanah air, beliau meneruskan perjuangan ini tanpa mengenal erti penat dan jemu. Sebagai pendakwah bebas, beliau banyak mendedahkan kepada masyarakat akan pentingnya penggunaan produk-produk halal dalam kuliah-kuliahnya di masjid-masjid dan surau-surau. Sambutan di kalangan masyarakat setempat amat menggalakkan. Dari situ PJS Mohd Zahir mula mengorak langkah meneruskan perjuangannya dengan memantapkan jaringan yang terdiri dari kalangan sahabat-sahabatnya di seluruh negara yang sama-sama belajar di Mesir dulu.


Kehebatan, tribulasi dan mehnah yang beliau tempuhi dalam memartabatkan produk halal HPA akan dipaparkan dalam episod yang akan datang…. Ends….

Saturday, 9 August 2008

KENAPA PERLU HADIR P.B.C.?

Saya masih ingat sekitar 2002, jualan bulanan HPA hanya sekitar RM200 ribu sahaja sebulan. Tidak sepertimana yang berlaku pada hari ini, alhamdulillah jualan bulanan telah menjangkau berbelas-belas juta RM sebulan. Cawangan Sungai Petani sahaja mampu mencatat jualan melebihi setengah juta sebulan. Pejuang dan usahawan HPA yang lahir selepas 2005 mungkin tidak mengalami pahit maung yang telah dilalui oleh pemimpin-pemimpin awal yang bersama HPA dalam era 90-an.

Pernahkah kita bertanya apakah punca sebenar yang menyebabkan berlakunya lonjakan ini? Banyak faktor sebenarnya. Semua berperanan ke arah peningkatan jualan yang cukup membanggakan ini.

Salah satu faktor yang menjadi penyumbang kepada peningkatan jualan ini ialah Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC). PBC adalah medan baru bagi pemimpin-pemimpin HPA yang dimulakan sejak Disember 2005. Ia mampu menggerakkan pengedar untuk mengubah cara bekerja dan bertindak lalu lahir sebagai usahawan HPA. Dulu pun ramai juga usahawan yang lahir, tetapi tidak sehebat usahawan selepas adanya PBC. Ia adalah momentum baru yang menjulang kejayaan syarikat dan juga kecemerlangan pemimpin dan pengedar.

Menjadi ahli HPA dengan membayar yuran penyertaan RM30 seumur hidup belum tentu memberi jaminan untuk kita berjaya sebagai usahawan HPA. Ramai yang menjadi pengguna dan pengamal produk sahaja. Mereka mungkin terlupa bahawa Pelan Pemasaran yang dikemukakan oleh HPA mampu membina diri kita sebagai jutawan HPA jika dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh.

Suasana dalam Program PBC

Menjadi usahawan memerlukan ilmu perniagaan. Setakat tahu sahaja belum cukup sekiranya tidak disertakan dengan skill untuk berdagang, terutama dalam syarikat yang berniaga secara Multi Level Marketing (MLM). Selama 2 hari satu malam dengan bayaran RM180 sahaja, pengedar akan didedahkan dengan ilmu dan skil perniagaan yang mampu menjadikannya usahawan yang cukup berjaya jika dipraktikkan dengan betul.

Dalam PBC, peserta akan didedahkan dengan modul-modul seperti Kenali Syarikat, Asas Pelan Pemasaran, Gerak Kerja 6M, Produk Halal-Haram, Diagnosis Penyakit, Perkongsian Pengalaman, Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dan juga Produk-produk Pilihan.

Semangat yang ditunjukkan oleh para peserta dalam setiap PBC

Oleh yang demikian, pemimpin dan pengedar HPA yang bercita-cita mahu menjadi Usahawan MLM (S) HPA yang berjaya dengan pendapatan bulanan 5 angka, hendaklah menggerakkan jaringan mereka untuk hadir ke PBC. Setakat ini beberapa lokasi PBC yang dikendalikan oleh Kelab Pemimpin Utara (KPU) mendapat sambutan yang begitu menggalakkan. Di utara, PBC diadakan setiap bulan di Sungai Petani, Pendang, Kulim, Alor Setar, Pulau Langkawi, Baling, Taiping, Parit Buntar, Pulau Pinang dan Seberang Perai.

Ends....

Friday, 8 August 2008

PJS Abdul Razak Hussain

USIA BUKAN PENGHALANG KEPADA PERJUANGAN

Berjuang memartabatkan produk halal lagi baik tidak memerlukan pengalaman yang banyak. Tidak juga memerlukan amalan yang bertahun-tahun. Yang diperlukan hanyalah ilmu, kesedaran dan azam untuk berjuang menyedarkan masyarakat akan betapa pentingnya kembali kepada mengamalkan produk halal. Usia juga bukan penghalang. Darjat, keturunan, jawatan dan kedudukan juga tidak bermakna jika kesedaran tiada. Yang penting kefahaman yang tinggi kenapa dan mengapa kita perlu sama-sama berjuang untuk memastikan produk halal ada di setiap rumah umat Islam di negara ini. Atas kesedaran dan rasa tanggungjawab inilah, PJS Abdul Razak Hussain mengorak langkah untuk berjuang bersama-sama HPA.

Mula bergabung sebagai anggota berdaftar HPA pada tahun 1998. Ketika itu usianya sudah menjangkau 48 tahun dan ketika itu beliau bertugas sebagai guru di sebuah sekolah rendah di daerah Baling. Mesra dengan panggilan Cikgu Razak di kalangan teman-teman dan sahabat handai. Menceritakan saat bagaimana beliau mula mengenali HPA, Cikgu Razak terus mengukir senyuman. Memang itulah kelebihan yang ada padanya. Senyuman sentiasa berpanjangan walaupun topik perbincangan bukanlah sesuatu yang melucukan.

Adiknya, PJS Md Khatib adalah orang yang bertanggungjawab mengajak beliau bersama HPA ketika itu. Tanpa jemu-jemu adiknya menghubungi beliau agar turut bersama menggunakan barangan halal HPA. Produk ‘killer’ pada waktu itu hanyalah Minyak But-but dan Teh Herba sahaja di samping berbelas-belas produk lain. Hampir 5 tahun Cikgu Razak menjadi pengguna dan pengamal produk HPA. Tidak terfikir di hatinya untuk menjadi usahawan HPA yang mampu mengaut pendapatan bulanan puluhan ribu ringgit. Maklumlah pada ketika itu, beliau adalah guru Penolong Kanan dan seterusnya menjadi Guru Besar di SK Kuala Samak, Baling Kedah. Gajinya sebagai penjawat awam sudah cukup untuk menyara keluarga.

Namun sikapnya yang ramah, mudah mesra dan pendekatannya yang ‘klasik’ menyebabkan ramai guru dan sahabat handai serta penduduk sekitarnya mula mengenali HPA. Kebanyakan yang bersama HPA pada waktu itu sekadar pengguna barangan HPA sahaja. Tidak ramai yang mahu ke depan bertindak sebagai usahawan MLM.


Setelah ditukarkan sebagai Penyelia di Pejabat Pelajaran Daerah Baling/Sik, PJS Razak Hussain mula terfikir dan menghitung hari-hari terakhirnya untuk bersara wajib dari perkhidmatan awam dan apakah tindakan yang patut dilakukannya selepas bersara nanti. Sekitar 2004, Cikgu Razak mula bertindak sebagai usahawan HPA dengan membina jaringan dan rangkaiannya di merata tempat. Hujung minggu beliau kerap hadir memberi ceramah, taklimat dan mengadakan ‘home party’ sekitar daerah Baling dan Kroh di Perak.

Beliau banyak dibantu oleh isteri tercinta Kak Ummi dan anak-anak yang memahami hasrat dan perjuangannya. Semua anaknya menjadi ahli HPA dan bergerak cergas bersamanya memperjuangakan perniagaan ini. Kegigihan dan kesabaran yang ada pada Cikgu Razak menyebabkan beliau dianugerahkan pangkat Pengarah Jati Setia (PJS) oleh HPA pada tahun 2005. Anugerah PJS ini adalah untuk mereka yang setia dan bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan HPA tanpa mengenal erti penat dan jemu. Pengorbanan Cikgu Razak dalam mempertahankan dan memperjuangkan HPA cukup tinggi.

Menceritakan saat-saat paling getir dan pahit dalam perjuangan HPA ialah peristiwa yang berlaku sekitar tahun 2002, apabila bekas pemimpin HPA yang dulu pernah memberi motivasi dan membimbingnya untuk berjuang dalam HPA telah bertindak keluar HPA dan menghentam serta menghasutnya untuk meninggalkan HPA. Kononnya produk-produk HPA penuh dengan penipuan dan kilang- kilang HPA pun sudah ditutup. Bekas pemimpin HPA ini juga telah menghasut dan memaksa ahli-ahli HPA sekitar Baling untuk sama-sama menyertai syarikat barunya. Program-program yang mereka anjurkan digunakan untuk mencaci, mencela dan memfitnah HPA, bukannya mereka menceritakan perjuangan syarikat dan produk yang mereka niagakan. Cikgu Razak tidak pandai untuk berlawan hujah, beliau tidak suka bertengkar . Akhirnya ramai juga di kalangan sahabat-sahabatnya yang dulu menganggotai HPA telah lari ke syarikat baru kerana terpengaruh dengan hasutan itu.


Cikgu Razak tidak peduli semua itu. Baginya yang benar dan hak tetap akan menang. Yang dusta dan batil tetap akan hancur. Beliau tidak mahu melayan sangat kerenah bekas pemimpin HPA itu. Kerjanya adalah memperkenalkan HPA kepada masyarakat agar menggunakan barangan ‘halalal toyyiba’. Cikgu Razak tetap 'steady' walau pun ramai rangkaiannya yang ‘melarikan’ diri.

Setelah bersara wajib pada tahun 2007, PJS Cikgu Razak tidak seperti penjawat awam lain yang barangkali terpaksa memikirkan bagaimana mahu mencari pekerjaan sambilan bagi menampung kos hidup yang semakin meningkat selepasa bersara. Ada rakan-rakannya yang terpaksa membuka kedai kopi, menjual surat khabar, bekerja dengan syarikat-syarikat tertentu semata-mata untuk menampung keperluan keluarga. Maklumlan apabila bersara, pencen hanya tinggal separuh sahaja. Kalau semasa masih bekerja gaji bulanan RM4,000 sebulan. Selepas bersara pencen yang diterima hanya RM2,000 sahaja sebulan. Separuh gaji telah hilang sedangkan bayaran bulanan rumah dan kereta belum lagi habis.

Dengan pendapatan bulanan 5 angka bersama HPA, Cikgu Razak menarik nafas lega. Beliau tidak perlu bersusah payah memikirkan sumber-sumber lain untuk menampung perbelanjaan keluarga. Segala usaha dan penat jerih yang dilaburkan sejak 5 tahun sebagai usahawan HPA berbaloi. Beliau tidak pernah menjangkakan HPA mampu memberikan bonus sebanyak itu kepadanya. Cikgu Razak kesal dan kecewa dengan sikap rakan-rakannya dahulu yang lari meninggalkan perjuangan ini kerana percaya dengan hasutan dan fitnah membuta tuli. Ramai yang menyesal dan ada juga yang telah kembali ke pangkal jalan dalam keadaan penuh kekesalan.

Apa pun PJS Cikgu Razak tetap bersyukur dengan anugerah Ilahi dalam usianya kini menjangkau 58 tahun. Baginya rezeki dari sumber yang halal, barangan yang halal, sistem perniagaan yang halal, pastinya akan membawa keberkatan yang berpanjangan. Beliau terus tersenyum, tetapi senyuman penuh kebahagiaan dan kepuasaan tanpa perjuangan selama ini mendapat redha Ilahi.

Ends…..