




PJS AZIZAN AHMAD (Pakar Bekam)
PJS Mohd Nadzri sedang memberi MOTIVASI NIAGA
Sebahagian PJS Muslimat yang hadir
Sebahagian peserta sedang kyusuk mendengar ceramah
Tiga lagi PJS yang terlibat menyampaikan slot mengikut kepakaran masing-masing. Mereka ialah PJS Hajah Sharifah Sulaiman, PJS Ustaz Mohd Zahir Ghazali dan PJS Haji Ismail Othman.
Untuk kali ini seramai 70 peserta terpilih telah hadir. Peserta-peserta lain yang berminat akan dimaklumkan kemudian untuk hadir dalam Kursus PIMPIN Siri 2 akan dijalankan tidak lama lagi.
Ends....
Ends.......
Kursus yang berlangsung selama 2 hari bertujuan untuk mendedahkan ilmu herba dan cara-cara pengamalannya kepada semua PJS. Dalam ucapan perasmiannya, Pengarah Urusan HPA, Hj Ismail Ahmad mengingatkan semua PJS bahawa kekuatan dan asas perniagaan HPA adalah produk makanan kesihatan berasaskan herba. Beliau menyeru semua PJS agar dapat memahami konsep 'Back To Basic'. Ini bermakna, semua PJS perlu menguasai ilmu perawatan dan pengubatan JAWI yang memberi penekanan kepada amalan produk-produk pemakanan herba.
Suasana Kursus PIC di Dewan Omar Mukhtar, RFC Sg Petani
Kehadiran HPA di tengah-tengah kelompok masyarakat pada hari ini mula dirasai. Lahirnya RFC memberi tamparan hebat kepada pengusaha-pengusaha makanan segera yang merasakan jualan mereka tergugat. Walaupun tiada sebarang tindakan drastik diambil oleh musuh-musuh perniagaan bagi menyaingi HPA, namun persiapan dan persediaan awal di kalangan PJS amat perlu. Perniagaan HPA bukan hanya tertumpu kepada satu jenis barangan sahaja, malah HPA mempunyai 173 produk makanan kesihatan yang perlu digempur secara serius.
Kumpulan Muslimin sedang berbengkel
Kursus PIC disampaikan sendiri oleh Pengarah Urusan HPA, Haji Ismail Ahmad. Kursus pada kali ini memberi penekanan kepada ilmu DETOX dan Herba Jawi. Sebelum itu peserta telah didedahkan dengan Perjuangan dan Hala Tuju HPA. Pengarah Jati Setia (PJS) Cikgu Murad Abu Bakar dijemput menyampaikan slot bertajuk "Mengapa Kita Perlu Bersama HPA". Peserta-peserta dibahagikan dalam beberapa kumpulan, khusus untuk membincangkan tajuk kuliah yang disampaikan.
Kumpulan Muslimat sedang berbengkel
Semua peserta menginap di Homestay HPA yang terletak di Bandar Laguna Merbok. Pengangkutan bas disediakan untuk peserta berulang alik dari tempat kursus ke tempat penginapan.
Pengarah Urusan HPA, Haji Ismail Ahmad bersama beberapa peserta PIC
Dengan adanya kursus seperti ini, peserta-peserta akan lebih memahami konsep herba dan cara-cara pemakanannya. Diharap selepas kursus semua peserta akan lebih yakin bahawa herba merupakan penawar sebenar yang mampu untuk mencegah dan menyembuh penyakit.
Ends.....


Sambutan daripada peserta sungguh menggalakkan. Bagi kanak-kanak pula diadakan pertandingan mewarna dan melukis.
Pada sebelah malamnya, disampaikan anugerah kepada para pemenang. PJS Mohd Nadzri dan PJS Ismail Othman telah hadir memeriahkan majlis. Mereka telah menyampaikan anugerah khas kepada pengedar-pengedar HPA di Kulim yang berjaya menaikkan imej Kulim sehingga berjaya meraih pangkat Pengarah Jati dan ke atas. Antaranya PJE Siham Hashim, PJE Ustaz Mohd Ali, PJ Ustaz Zamri, PJ Zainuddin, PJ Mohd Azudin, PJ Nailulmuna, PJ Saliza Zainol, PJ Ustaz Syamizam, PJ Rusmina Ibrahim, PJ Misbahah Mohd Idris, PJ Nor Fadzilah dan PJ Norsharina.PJS Hj Mohd Nadzri Ahmad
Kemahiran, pengetahuan dan kepakaran yang ada pada Pengarah Urusan menyebabkan HPA mampu bersaing dengan pengeluar-pengeluar lain yang berdagang di negara kita. Lahirnya HPA adalah bertujuan memartabatkan herba-herba tempatan yang kaya dan tinggi nilai kesihatannya. Hasilnya lahirlah HPA.
Menurut PJS Mohd Nadzri lagi, semua ahli dan pengedar perlu mempertahankan syarikat ini dengan sama-sama menetapkan semula fokus HPA yang mahu produk kesihatan dimartabatkan. Hari ini banyak produk makanan kesihatan yang tinggi nilainya dikesampingkan. Tidak ramai yang menjual dan mengamalkannya. Ramai yang memberi tumpuan kepada Kopi Radix, Radix Cola, Mineral HPA dan ayam organik.
Jika kita ke cawangan-cawangan seluruh utara, produk makanan kesihatan kelihatan begitu banyak. Yang laris hanyalah produk kegunaan harian sahaja. Kita bimbang dengan fenomena ini kerana kecenderungan untuk mengabaikan produk makanan kesihatan menyebabkan pengedar akan lupa bahawa HPA diasaskan melalui sumber herba.PIC dikendalikan sendiri kuliahnya oleh Pengarah Urusan, Hj Ismail Ahmad. Banyak ilmu dan info tentang herba disampaikan. Gabungan perawatan dan pengubatan bersumberkan ilahiah dan alamiah diberi penekanan utama dalam PIC. Peserta yang hadir lebih mengerti dan memahami fungsi dan peranan herba terhadap tubuh badan dan kesihatan. Akhirnya amalan herba sebagai pemakanan kesihatan pasti akan mendapat pasaran.
Hadir sama dalam ceramah tersebut ialah PJS Cikgu Ismail dan Mahadi Che Haron, Pengurus Training, Mutimedia dan IT HPA.
Ends.......
Ends....
Namun ramai juga yang tidak mahu mengambil iktibar bahawa sesuatu yang diadakan itu bukanlah sekadar sia-sia. Ada natijah dan hasilan yang berganda bagi mereka yang mengerti dan mahu berusaha.Tidak ada yang lebih mulia dan indah dalam hidup ini melainkan setiap apa yang dihajati dan diimpikan menjadi kenyataan.
Bersama ahli keluarga tercinta
Inilah yang telah dibuktikan oleh seorang usahawan gigih yang lahir di utara tanah air. Syed Salahuddin Bin Syed Mahayadin, nama yang tidak asing lagi yang telah berjaya meraih pendapatan 5 angka hanya dalam masa beberapa bulan sahaja. Jutawan yang lahir hasil daripada Program PBC ini bukan sahaja bangga dengan kejayaan dirinya, malah mampu menjadi contoh dan idola kepada mereka yang menjadi peserta dalam setiap PBC di utara.
Ketika di Bandung Indonesia bersama Syed Ageel
Beliau mula menyertai HPA tanggal APRIL 2006. Seorang peguam syarie dan memiliki firma sendiri di Butterworth sejak 1998. Beliau langsung tidak mempunyai sebarang pengalaman sebagai ahli perniagaan, apatah lagi berniaga secara MLM. Setelah bersama HPA, barulah beliau mula belajar tentang perniagaan secara MLM. Sebagai seorang peguam syarie, sudah tentu perkara yang berkaitan dengan halal haram serta sumber yang sahih menjadi persoalan dan perbualan dalam jiwanya.
Beliau sempat mentelaah dan meneliti serta membuat perbandingan antara MLM HPA dengan MLM beberapa syarikat lain. Baginya keunikan yang ada dalam MLM HPA adalah sesuatu yang pelik dan amat berbeza jauh dengan sistem yang diketengahkan oleh syarikat-syarikat lain.
Setelah hadir sebagai peserta PBC pada 2007, Syed Salahuddin mendapat maklumat yang lebih jelas tentang hala tuju dan perjuangan HPA. HPA bukan semata-mata perniagaan yang hanya membri focus kepada keuntungan. Tetapi lebih jauh daripada itu HPA adalah wadah perjuangan umat Islam. Umat Islam perlu diselamatkann daripada mengguna dan mengamalkan barangan yang lazimnya ada unsur-unsur syubahah. Paling malang jika barangan itu dihasilkan oleh musuh-musuh Islam. Perjuangan untuk memastikan umat Islam mempunyai kesedaran terhadap tanggungjawab mereka menggunakan barangan halal adalah suatu perkara yang memerlukan kerjasama secara menyeluruh.
Dua beradik yang intim
Atas sokongan dan semangat yang diberikan oleh isteri tercinta, Sharifah Nadiah bt Sy Ibrahim Alhabshi, Syed Salahuddin memulakan langkahnya untuk terus berjuang secara habis-habisan bersama HPA. Dalam masa yang sama beliau tidak meninggalkan profesionnya sebagai peguam syarie. Beliau bijak membahagikan masa dalam melakukan tugasnya.
Kini, beliau banyak mengisi slot-slot di PBC sekitar utara. Kadang-kadag beliau akan ke Johor dan Kuala Lumpur untuk bertemu dengan rangkaiannya di sana. Ceramah di kelas-kelas mingguan adalah agenda tetap Syed Salahuddin. Boleh dikatakan hampir semua cawangan HPA di utara telah beliau pergi untuk menyampaikan ceramah terutama kepada pengedar-pengedar baru.
Rakan-rakan seperjuangan dari KPU
Dorongan, bantuan dan semangat yang diberikan oleh sahabat-sahabat dari Kelab Pemimpin Utara (KPU) telah melayakkan Syed Salahuddin dianugerahkan Pengarah Jati Setia (PJS) pada April 2007. Selain itu dalam KONVEK 2007, beliau diisytiharkan sebagai peserta PBC terbaik Malaysia. Beliau juga dianugerahkan sebagai Pemimpin Harapan HPA.
Alhamdulillah, walaupun baru hampir 2 tahun bersama HPA, pendapatan beliau berlipat kaliganda mengatasi pendapatannya sebagai peguam. Sesuatu yang beliau tidak pernah impikan dan jangkakan akan berlaku dalam sejarah hidupnya. Apa yang beliau perolehi adalah hasil usaha dan berkat keyakinannya bahawa sesungguhnya 9/10 rezeki itu datangnya dari perniagaan dan kejayaan itu adalah milik mereka yang rajin berusaha, bertawakkal serta yakin rezeki itu di tangan Allah SWT.
Ends……..