PJS Hj Mohd Nadzri Ahmad
Kemahiran, pengetahuan dan kepakaran yang ada pada Pengarah Urusan menyebabkan HPA mampu bersaing dengan pengeluar-pengeluar lain yang berdagang di negara kita. Lahirnya HPA adalah bertujuan memartabatkan herba-herba tempatan yang kaya dan tinggi nilai kesihatannya. Hasilnya lahirlah HPA.
Menurut PJS Mohd Nadzri lagi, semua ahli dan pengedar perlu mempertahankan syarikat ini dengan sama-sama menetapkan semula fokus HPA yang mahu produk kesihatan dimartabatkan. Hari ini banyak produk makanan kesihatan yang tinggi nilainya dikesampingkan. Tidak ramai yang menjual dan mengamalkannya. Ramai yang memberi tumpuan kepada Kopi Radix, Radix Cola, Mineral HPA dan ayam organik.
Jika kita ke cawangan-cawangan seluruh utara, produk makanan kesihatan kelihatan begitu banyak. Yang laris hanyalah produk kegunaan harian sahaja. Kita bimbang dengan fenomena ini kerana kecenderungan untuk mengabaikan produk makanan kesihatan menyebabkan pengedar akan lupa bahawa HPA diasaskan melalui sumber herba.Beliau menyeru agar pengedar dan pemimpin kembali semula menghayati produk makanan kesihatan berasaskan herba agar kesinambungan perjuangan dapat diteruskan. Bagi memastikan penurunan ilmu herba dapat diteruskan, semua ahli dan pengedar HPA diseru menghadiri Program Ilmu Cemerlang (PIC) yang diadakan setiap bulan di cawangan-cawangan terpilih.
PIC dikendalikan sendiri kuliahnya oleh Pengarah Urusan, Hj Ismail Ahmad. Banyak ilmu dan info tentang herba disampaikan. Gabungan perawatan dan pengubatan bersumberkan ilahiah dan alamiah diberi penekanan utama dalam PIC. Peserta yang hadir lebih mengerti dan memahami fungsi dan peranan herba terhadap tubuh badan dan kesihatan. Akhirnya amalan herba sebagai pemakanan kesihatan pasti akan mendapat pasaran.
Hadir sama dalam ceramah tersebut ialah PJS Cikgu Ismail dan Mahadi Che Haron, Pengurus Training, Mutimedia dan IT HPA.
Ends.......
No comments:
Post a Comment