Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
.
MERINTIS KEMUNGKINAN

http://pjskpu.radix2u.com

Jangan Abaikan Pesanan Ini:
"Meninggalkan anak-anak dalam keadaan berharta adalah lebih baik
daripada meninggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta."

Friday, 1 August 2008

PJS Azizan Ahmad


ABANG ZAN DAN KAK ARAH : PEJUANG GIGIH HPA

Mengimbau kembali sejarah silam akan bagaimana mula terjebaknya beliau dengan perjuangan HPA merupakan satu sejarah yang panjang buat PJS Azizan Ahmad. Namanya begitu gah dan sinonim dengan HPA. Sering menjadi bualan dan idola kepada sesiapa sahaja yang mengenali HPA. Sebut sahaja PJS Azizan Ahmad, maka akan terbayanglah HPA.

Di sebalik kejayaan beliau sebagai usahawan muslim HPA yang cukup terbilang dan tersenarai sebagai Top Ten 2007, PJS Azizan sebenarnya mempunyai cerita tersendiri. Anak kelahiran Titi Gajah, Kedah Darul Aman ini sering tersenyum apabila diajukan beberapa soalan tentang kejayaan beliau meraih bonus bulanan 5 angka yang membariskan beliau di ranking ketiga
selepas PJS Cikgu Murad dan PJS Sharifah Sulaiman. Baginya hanya senyuman yang mampu dilontarkan kerana jika mahu diungkap sejarah lalu dalam HPA terpaksa mengambil waktu yang panjang, malah boleh dikarang menjadi sebuah buku.


Orang hanya melihat kejayaan yang tersedia ada di hadapan mata. Selalunya kejayaan seseorang usahawan itu dilihat dari pencapaiannya berdasarkan apa yang dimiliki seperti kenderaan mewah, rumah yang besar (banglo), pakaian yang mahal-mahal, rajin melancong keluar negara dan sebagainya. Tetapi jarang orang menyorot kembali apakah faktor-faktor yang mencetus kepada kejayaan itu. Bagaimanakah kejayaan itu dicipta. Adakah semudah itu untuk berjaya?

Dalam usia mencecah 50 tahun, PJS Azizan dengan nada bersahaja meletakkan kejayaan beliau bersama isterinya PJS Zaharah Md Zain sebagai ketentuan Allah SWT. Bagi mereka rezeki, ajal maut dan jodoh pertemuan di tangan Allah SWT. Sebagai hamba kita hanya berusaha, berdoa dan bertawakkal. Kuatkan hubungan dengan Allah dan peliharalah hubungan sesama manusia.

Menceritakan detik-detik bersama HPA, PJS Azizan terus mengukir senyuman panjang seperti ada sesuatu yang tersembunyi di lubuk hatinya. Belia
u mula melibatkan diri dalam HPA pada tahun 1997 atas pelawaan Pengarah Urusan, Haji Ismail Ahmad sekitar untuk menjadi staf HPA. Pada waktu itu HPA baru sahaja memulakan sistem perniagaan secara MLM. Beliau menerima tawaran itu dan diberi tugas sebagai motivator. HPA menghantar beliau untuk berceramah dan memberi penerangan tentang HPA di Brunei, Singapura dan Sarawak. Sebelum itu, beliau bekerja dengan sebuah syarikat swasta, Syarikat Perniagaan Peladang sebagai ‘marketing executive’ sejak 1993. Setelah hampir dua tahun bersama HPA, Pada Februari 1998, PJS Azizan mengambil keputusan untuk berhenti dan menumpukan sepenuh masa sebagai usahawan MLM HPA.

Pada peringkat awal, beliau menjalankan perniagaan ini secara kecil-kecilan dengan membuka stokis di rumahnya di Taman Desa Kamela, Tandop Alor Setar. Apabila rangkaiannya semakin besar dan berkembang maju sekitar Alor Setar, beliau terpaksa mencari premis lain untuk memastikan pengedar-pengedar HPA mudah mendapatkan p
erkhidmatan rawatan dan barangan HPA.
PJS Azizan terus mengorak langkah dengan menyewa sebuah premis perniagaan di Kawasan Perusahaan Tandop Baru (sekarang HPA Cawangan) sebagai Pusat Agensi. Hampir 7 tahun beliau dan isteri beroperasi di premis itu., maka pada tahun 2004 kejayaan sebenar sebagai usahawan muslim mula terserlah. Berkat kesabaran dan rintangan yang dihadapi, PJS Azizan telah dinobatkan sebagai Pengarah Jati Setia (PJS) dan antara yang terbaik di Malaysia dengan pendapatan 5 angka sebulan.

Saat paling getir yang beliau hadapi dalam HPA ialah apabila sekumpulan pemimpin HPA berhijrah ke MLM lain yang baru ditubuhkan sekitar tahun 2001-2002. HPA terpaksa melalui saat-saat getir dan penuh kepayahan. Pemimpin-pemimpin yang selama ini mengaku setia dan istiqamah dengan perjuangan HPA telah keluar beramai-ramai dan memasuki syarikat MLM lain. Mereka menjadikan medan MLM yang baru diceburi untuk melemparkan fitnah dan keburukan yang direka-reka dengan tujuan menjatuh dan menguburkan HPA. Fitnah-fitnah yang cukup berat dilemparkan kepada HPA dan juga serangan peribadi kepada Pengarah Urusan dan keluarganya. Ada berita-berita disebarkan mengatakan bahawa HPA telah musnah dan gulung tikar. Ini merupakan cubaan paling jahat yang dilakukan terhadap HPA oleh mereka yang dulu kita anggap sebagai sahabat ketika sama-sama berjuang dalam HPA.

Petembungan musibah ini hampir melumpuhkan HPA sepenuhnya. Tetapi dengan ketahanan dan kekentalan jiwa yang mantap yang dimiliki oleh Haji Ismail Ahmad serta dengan rahmat Allah SWT, maka HPA telah dapat dipertahankan dan terselamat dari niat jahat itu. Ketika itu di utara, pemimpin-emimpin yang ada dan masih setia kepada HPA seperti PJS Sharifah Sulaiman, PJS Mohd Nadzri Ahmad, PJS Ismail Othman, PJS Mohd Zahir Ghazali, PJS Cikgu Ra
zak Baling, PJS Md Khatib, PJS Sabri Ahmad dan PJS Sabri Jaafar terus mempertahankan HPA habis-habisan. Pemimpin-pemimpin inilah yang tela mengambil langkah secara sistematik dan bersepadu untuk mengembalikan dan memulihkan semula imej HPA yang dicalarkan sendiri oleh bekas-bekas pemimpin HPA terdahulu yang pada mulanya mengaku ‘sehidup semati dengan HPA’

Atas dasar untuk mengukuhkan ukhuwah dan memantapkan jaringan, maka pada tahun itu (2004), HPA membenarkan penyusunan semula jaringan mengikut persetujuan bersama secara bertulis. Ini bertujuan untuk mewujudkan kembali penyatuan jaringan yang terpisah-pisah agar dapat bergerak secara bersama dan mantap bagi mempertahankan HPA dari serangan bekas-bekas pemimpin HPA yang tak habis-habis menyerang dan memfitnah HPA dan peribadi Pengarah Urusan. Alhamdulillah, akhirnya HPA Berjaya dipertahankan dan berkat usaha serta izin Allah SWT maka HPA dapat berdiri teguh dan terus maju sehingga ke hari ini. Kita juga bersyukur kerana sejak akhir-akhir ini telah pun ada kecenderungan beberapa pemimpin dan ahli-ahli HPA yang keluar meninggalkan perjuangan ini telah kembali semula kepada HPA.

Sebenarnya untuk berjaya tiada jalan yang mudah. Kita perlu mengharungi apa jua rintangan, kepayahan dan dugaan yang datang. Namun tekad dan azam perlu tersemat kukuh di hati. Pada peringkat awal bergerak sebagai usahawan MLM sepenuh masa, PJS Azizan dan PJS Zaharah Md Zain mula ‘gila’ melakukan demo dan mendiagnos penyakit melalui saraf tapak tangan (Perubatan Jawi). Kadang-kadang ramai pelanggan yang dating dari awal pagi sehingga jam satu atau dua pagi. Ini merupakan kebiasaan bagi mereka bersama rangkaian HPA.


Pernah PJS Azizan dan isterinya tertidur di dalam kereta di tepi-tepi jalan akibat pulang lewat ke rumah. Merehatkan diri sejenak sebelum meneruskan perjalanan. Setiap bulan mereka akan turun ke Johor, Tawau, Padang Indonesia dan Pattani di Selatan Thailand untuk bertemu dan membina rangkaian baru.

Ayah kepada 5 orang anak ini melontarkan satu rahsia sekiranya kita mahu berjaya. Beliau berpendapat apa sahaja yang mendatangi kita di sepanjang perjalanan dalam memperjuangkan HPA hendaklah dibalas atau dijawab dengan senyuman dan berfikir cara bagaimana menghadapinya. InsyaAllah semua ini pasti akan berkakhir dengan kebaikan.

Kepada mereka yang baru menganggotai HPA dan bercita-cita untuk berjaya, persiapan paling utama ialah kita perlu berusaha bersunguh-sungguh. Mempunyai perancangan yang sistematik serta tindakan yang segera, pasti akan membuahkan hasil berganda. Sikap suka menyalahkan orang lain dan menghentam keromo serta semberono sahaja tidak akan menghasilkan apa-apa melainkan penyesalan yang tiada kesudahan.

Melihat kepada suasana kehidupan mereka sekarang, mendatangkan keyakinan kepada kita bahawa memang mereka sedang menjalani kedamaian dan kebahagiaan dalam hidup rumahtangga.


Ends…..

No comments: