Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
.
MERINTIS KEMUNGKINAN

http://pjskpu.radix2u.com

Jangan Abaikan Pesanan Ini:
"Meninggalkan anak-anak dalam keadaan berharta adalah lebih baik
daripada meninggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta."

Sunday, 14 December 2008

DUA SELEBRITI HADIR PBC PASIR GUDANG

Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) pada 13 dan 14 Disember di Hotel TS Taman Scientek, Pasir Gudang Johor, mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Seramai 85 peserta telah hadir.



Pengurus Besar HPA dan barisan PJS bergambar dengan Suhaimi dan Ina.


Barisan Penggerak HPA Pasir Gudang bersama Pengurus Besar.

Blogger bersama Suhaimi


Beberapa pemimpin telah hadir menyampaikan slot masing-masing. Antaranya PJS Mohd Nadzri Ahmad, PJS Ismail Othman, PJS Habibah, PJS Syed Ageel Al-Haddad dan PJS Syed Salahuddin Al-Haddad. Perasmian PBC kali ini telah disempurnakan oleh Pengurus Besar HPA, Mohd Faisol Abd Rahman.


Sebahagian penceramah dan fasilitator



Pengalaman pertama Suhaimi bersama HPA


Menurut Pengarah PBC, Pengarah Jati (PJ) Rahmah, program kali ini amat bermakna kerana dihadiri oleh dua orang selebriti (suami isteri), iaitu Ina Naim dan Suhaimi. Mereka adalah peserta baru yang bersama HPA memperjuangkan produk halal lagi baik. Selain itu, PBC pada kali ini juga turut dihadiri oleh beberapa pemimpin besar daripada syarikat-syarikat lain yang bertindak keluar dan berhijrah kepada HPA.



Sebahagian peserta PBC Muslimat



Suhaimi mendendangkan lagu AZ-ZAHRA melalui albumnya "KalamaK"


Suhaimi juga turut mendendangkan sebuah lagu dari album barunya berjudul AZ-ZAHRA. Ketika ditemui, Suhaimi dan Ina Naim melahirkan rasa syukur kerana bertemu dengan HPA dan memahami hasrat serta matlamat perjuangannya.



Peserta PBC khusyuk mendengar ceramah


Semoga lebih ramai lagi selebriti yang berjuang atas nama Islam akan sama-sama turut serta menyertai HPA dan dalam perjuangan memartabatkan produk yang halal lagi baik ini.

Ends.....

Thursday, 11 December 2008

RADIX KOKO YANG BERKHASIAT

Dalam tinjauan yang dilakukan, rata-rata pengguna barangan HPA menyatakan bahawa Radix koko ternyata lebih sedap daripada produk koko yang lain. Menurut Pengarah Urusan HPA, Haji Ismail Ahmad, radix koko telah dimasukan ekstrak tunas barli yang mula bercambah.


Radix Koko dalam pek yang istimewa


Kalau anda pernah melihat taugeh daripada kacang hijau tentu anda akan faham tentang tunas yang baru bercambah pada biji barli. Oleh sebab itu rasanya bagitu lemak dan berkhasiat.

Bagi penggemar Radix Koko, bahan utama yang digunakan iaitu Koko memang terkenal untuk afrodisiak (kesuburan), namun bagitu Radix koko HPA ekstrak barli mempunyai kesan serat yang tinggi untuk berfungsi sebagai pelawas dan koko sendiri boleh mendatangkan ketenangan pada penggunanya.



Pengarah Urusan HPA, Haji Ismail Ahmad

Semoga Radix Koko yang HPA perkenalkan ini memberi satu ruang dan peluang kepada penggemar koko untuk mendapatkan khasiat yang lebih di samping menambah tenaga dan meningkatkan tahap kesihatan anda. InsyaAllah.



Ends...

Thursday, 4 December 2008

DELEGASI PEMIMPIN HPA DI BUMI KIWI

HPA menerusi anak syarikatnya, HPA Ilham Holidays telah berjaya mengadakan pakej lawatan ke New Zealand baru-baru ini. Seramai 50 peserta terbabit dalam lawatan ke negara kiwi ini. Mereka terdiri daripada Pengarah-pengarah Jati, Pegawai-pegawai Kanan HPA, ahli keluarga pemimpin dan juga pengedar-pengedar terpilih.


Sebahagian PJS KPU bergambar di Whakarewarewa Thermal Village


Masjid terbesar di Auckland



Abg Aziz yang menyediakan juadah sepnjang di NZ. Berasal dari Alor Setar, bersama keluarga berpindah ke NZ sudah 10 tahun, beliau juga pemandu pelancong


Sebahagian peserta adalah pemimpin-pemimpin yang telah menerima anugerah insentif HPA untuk lawatan ke negara-negara Asia Ocenia. Antara Pengarah Jati Setia (PJS) dari Kelab Pemimpin Utara (KPU) yang turut serta ialah PJS Mohd Nadzri Ahmad, PJS Normah Zainol, PJS Sharifah Sulaiman, PJS Ahmad Suberi Murad, PJS Nor Hyzad, PJS Mohd Asri Hanapiah dan PJS Aseniah Badri.


PJS Mohd Nadzri Ahmad bersama isteri tercinta, PJS Norma Zainol

Antara panglima PJS yang turut serta


Kelihatan GM bersama kenalan baru di Auckland

Rombongan ini turut disertai Pengurus Besar Al-Wahida, Mohd Faisol Abd Rahman, Pengurus Besar M.I.S, Puan Rashidah Abd Rahim dan Pengurus Besar HPA Farm, Abdul Rashid Husin.


Sepanduk HPA di bumi New Zealand

Restoran Melayu milik Abang Aziz (sepupu PJS Mohd Nadzri) di Auckland

Lawatan selama 7 hari 6 malam ini banyak memberi manfaat kepada peserta-peserta. ia bukan sahaja memberi peluang untuk melihat dan menyaksikan keindahan negara orang, malah juga dapat melihat akan kehidupan dan kedudukan umat Islam di negara ocenia.

Ends.....

Tuesday, 2 December 2008

JADUAL PBC KPU DISEMBER 2008

05 - 06 DISEMBER 2008
SWISS INN, SUNGAI PETANI

13 - 14 DISEMBER 2008
- PUTRA PALACE, KANGAR, PERLIS
- HOTEL NASMIR, JURU, PULAU PINANG
- KULIM INN, KULIM, KEDAH
- TS HOTEL (SCIENTEX), P.GUDANG, JOHOR
- HOTEL REGENCY ALOR SETAR, KEDAH

19 - 20 DISEMBER 2008
- INS. PERIND. PELADANG, LANGKAWI

20 - 21 DISEMBER 2008
- HOTEL SERI MALAYSIA, TAIPING,
- HOTEL NAZA, TG. BUNGA, P.PINANG
- SWISS INN, SUNGAI PETANI, KEDAH

23 - 24 DISEMBER 2008
SIK INN, SIK, KEDAH

26 - 27 DISEMBER 2008
HOTEL REGENCY, ALOR STAR, KEDAH

UNTUK MAKLUMAT PENDAFTARAN DAN KETERANGAN LANJUT, SILA HUBUNGI PEMIMPIN ANDA......

Ends......

HPA BAKAL TERIMA ANUGERAH KEDUA

Alhamdulilah HPA telah menerima pencalonan untuk mendapat anugerah THE MALAYSIAN PLATINUM AWARD 2008 daripada MITI (MALAYSIAN INDUSTRY ORGANISATION).

Anugerah ini merupakan anugerah kedua berpristij kepada HPA pada tahun 2008 setelah bangun sebagai syarikat bumiputra yang berjaya. Kejayaan ini menjadikan sumber inpirasi kepada seluruh wargakerja dan para pengedar HPA bagi membuktikan HPA "BOLEH" "INSYAALAH" dengan motto "PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA".

Kita mensasarkan jumlah export HPA pada tahun hadapan bernilai RM10 juta ringgit sebulan memandangkan pemintaan diluar yang semakin tinggi.Buat masa sekarang HPA hanya meletakan pendapatan export hanya 10% daripada jualan keseluruhan.Ini kerana pemintaan dalam negeri pun belum sempat dipenuhi 100%.

Sebuah kilang kopi bernilai RM30 juta perlu didirikan segera bagi memenuhi pemintaan KOPI RADIX,KOPI DIET,TEH MANJAKANI DAN KOKO RADIX.Kita berdoa mudah-mudahan tahun 2009 HPA akan mencapai jumlah jualan tempatan RM300 juta setahun.InsyaAllah.

Ends........sumber dari blog PU.

Tuesday, 25 November 2008

KURSUS BEKAM DAN KIROPRAKTIK DI KUALA KANGSAR

Kursus Bekam (Hijamah) dan Kiropraktik selama sehari akan diadakan pada 30.11.2008 (Ahad) di Chandan Puteri, Bukit Chandan Kuala Kangsar mulai jam 8.30 pagi hingga 6.00 petang


Moderator kursus ini ialah PJS Ustaz Sabri Ahmad, Ustaz Nizam Nurussyifak dan Puan Fathi Salamah. Ia terbuka kepada peserta lelaki dan wanita. Yuran dikenakan sebanyak RM200 termasuk alatan bekam dan bahan-bahan kursus.

Sesiapa yang berminat untuk hadir bolehlah menghubungi PJS Ustaz Sabri Ahmad di talian 013-4674628. Penyertaan terhad kepada 30 orang sahaja. Peserta yang mendaftar terlebih dahulu berserta deposit tunai RM150.00 akan diberi keutamaan.

Ends......

Sunday, 23 November 2008

KURSUS BEKAM (HIJAMAH) DI ALOR SETAR


Kelab Pemimpin Utara (KPU) akan mengadakan Kursus Bekam (Hijamah) pada 4 Disember 2008 (Khamis), mulai jam 9 pagi hingga 6 petang bertempat di Wisma Hijamah (depan Insaniah - bertentangan Masjid Mergong), Alor Star Kedah

PJS AZIZAN AHMAD (Pakar Bekam)

Yuran sebanyak RM200 dikenakan kepada setiap perserta. Yuran ini termasuk kelengkapan alatan berbekam dan bahan-bahan kursus serta sijil penyertaan. Peserta akan didedahkan dengan teori dan teknik-teknik berbekam. Sesi praktikal juga akan dijalankan.

InsyaAllah, diyakini peserta yang hadir dalam kursus ini mampu untuk menjadi pembekam yang hebat. Sesiapa yang berminat hadir, bolehlah menghubungi PJS Azizan Bin Ahmad di talian 019-4715917.

Ends.....

HOTEL BARU HPA DI KOTA BHARU

Gambar illustrasi HOTEL Salahuddin Al-Ayubi

Alhamdulillah, berkat kesabaran dan semangat juang yang tinggi, HPA sedang berusaha menyiapkan sebuah hotel bertaraf 4 bintang di Bandaraya Islam Kota Bharu, Kelantan.

Sama-samalah kita berdoa kepada Allah SWT, mudah-mudahan impian ini akan menjadi kenyataan....

Ends......

Friday, 21 November 2008

BERETIKA KETIKA LAKUKAN PENAJAAN SEMULA

Penajaan semula ini telah diputuskan bersama dalam majlis tribunal HPA apabila wujudnya lebih dari 80% ahli yang tidak aktif.

Pada ketika itu kami berpendapat yang menjadi halangan kejayaan seseorang itu kerana mereka tidak dorong untuk bangkit sebagai usahawan HPA oleh up linenya yang juga "tidur".Hasil daripada itu kita berjaya mengaktifkan ramai ahli yang dah lama meninggalkan HPA.

Hari ini situasi itu mula berubah apabila kelonggaran ini dijadikan medan untuk "mencuri" line - sesuatu yang tidak dibenarkan dalam etika peniagaan Islam.Kami sangat menyedari hal ini dan kelmarin diperbincangkan dalam perjumpaan PJS.keputusanya ialah meminta tribunal menimbang semula hal ini agar ia tidak menghilangkan rasa percaya orang kepada kredibiliti HPA sebagai MLM yang beretika Islam.

Kepada Ahli yang setia,saya mengambil kesempatan menyeru akan segala teknikal pengurusan di sampaikan dan kami sebagai wargakerja HPA akan memikirkan yang terbaik untuk anda semua.Teruskan perjuangan bersama impian kita bersama.Maklumkan juga dengan produk baru yang sangat tergantung dengan pesediaan bahan mentah tetapi oleh kerana pemintaan yang sangat tinggi menjadikan ada orang yang sanggup booking dulu.Hal ini juga kami telah memberi teguran pada pengurus cawangan agar memastikan penjualan produk dibahagi secara bijaksana.

InsyaAllah kami sedang meningkatkan lagi jumlah semua pengeluaran bagi mencapai jualan 20 juta nanti.

Ends.....sumber daripada blog PU.

Thursday, 20 November 2008

10 SEBAB KENAPA KITA MESTI BERSAMA HPA

HPA, Menjadi Pilihan Kerana ...

1. Sebuah perniagaan 100% milik BUMIPUTERA ISLAM.
2. Yuran keahlian hanya RM 30.00 SEUMUR HIDUP.
3. Mempunyai 20 TAHUN pengalaman dalam Industri HERBA.
4. Lebih 175 PRODUK HALAL keluaran HPA INDUSTRIES SDN BHD.
5. 11 Ganjaran lumayan untuk AHLI.
6. Bertemakan Islam (Pekerja berwuduk sebelum memulakan kerja)
7. Kilang Sendiri dibawah Skim Bank Pembangunan Malaysia.
8. Kelulusan dari Biro Farmaseutikal Negara (BPFK) Malaysia.
9. Pengesahan dari Pusat Konsultasi Syari'ah sebagai MLM Syari'ah.
10. Memiliki sebuah "Pusat Penyelidikan Perubatan Jawi".

Ends......

Wednesday, 19 November 2008

TAMBAHAN CAWANGAN HPA

Alhamdulilah sehingga kini HPA telah berjaya mewujudkan 80 buah cawangan di seluruh Malaysia yang beroperasi bagi membekalkan produk-produk halal di pasaran.Ini termasuk dengan 4 buah cawangan yang baru beroperasi pada minggu ini iaitu cawangan Kepala Batas penang,cawangan Changlon,cawangan Segamat dan cawangan Muar.

Sebanyak 10 buah cawangan lagi sedang diusahakan dan dijangka pada tahun 2009,HPA akan dapat meujudkan 90 buah cawangan keseluruhanya.InsyaAllah.Cawangan yang banyak diseluruh Malaysia adalah sebagai persediaan bagi menyediakan kemudahan kepada ahli kerana HPA akan mencukupkan 500 produk dipasaran nanti.Walahualam.

Ends.....sumber blog PU

Monday, 17 November 2008

POSTER KOPI RADIX PALSU

Dapatkan Poster Kopi Palsu di dalam Harian Metro keluaran 11,16,23,29 November dan 7,14,21 Disember 2008.


HPA Industries Sdn Bhd (HPA) yang mengeluarkan produk Kopi Radix mengesan sesetengah pihak mengaut keuntungan dengan menciplak kopi segera herba nombor satu di kawasan utara. Kegiatan itu dikesan dibeberapa lokasi membabitkan Pulau Pinang, Kedah dan Utara Perak yang menggunakan kopi palsu berada di pasaran tanpa mengetahui kandungannya menyebabkan rasanya berbeza dengan Kopi Radix asli mengandungi tujuh herba serta diadun menggunakan teknik perubatan Islam.

Ends.....

Saturday, 15 November 2008

KURSUS PIMPIN SIRI 1

Inisiatif PJS Haji Mohd Nadzri Ahmad dan isterinya PJS Hajah Noormah Zainol menganjur KURSUS PIMPIN Siri 1 memberi ruang kepada usahawan baru untuk mengorak langkah lebih jauh.

PJS Mohd Nadzri sedang memberi MOTIVASI NIAGA


Kursus yang berlangsung sehari ini pada hari ini (15 Nov 2008) memberi penekanan kepada PERJUANGAN HPA, Sistem MLM (S) HPA dan Kaedah Perawatan Saraf Tapak Tangan.

Sebahagian PJS Muslimat yang hadir

Penyertaan adalah terbuka kepada semua ahli dari semua rangkaian dan ia adalah PERCUMA. Ketika ditemui, PJS Mohd Nadzri memaklumkan bahawa kursus ini akan berlanjutan selagi ada permintaan dari ahli-ahli. Ia adalah kesinambungan daripada Kursus PBC. Ahli-ahli perlu didedahkan secara terperinci mengenai perjuangan dan sistem pemasaran yang ada dalam HPA.

Sebahagian peserta sedang kyusuk mendengar ceramah

Tiga lagi PJS yang terlibat menyampaikan slot mengikut kepakaran masing-masing. Mereka ialah PJS Hajah Sharifah Sulaiman, PJS Ustaz Mohd Zahir Ghazali dan PJS Haji Ismail Othman.

Untuk kali ini seramai 70 peserta terpilih telah hadir. Peserta-peserta lain yang berminat akan dimaklumkan kemudian untuk hadir dalam Kursus PIMPIN Siri 2 akan dijalankan tidak lama lagi.


Ends....

Tuesday, 11 November 2008

TANGGUNGJAWAB KITA BANTERAS KOPI PALSU

Jangan tertipu atau terpedaya dengan Kopi Radix tiruan (ciplak)

Sejak Kopi Radix "mai secawan" gah di seluruh negara, khususnya di kawasan utara, ada pihak-pihak tertentu cuba melakukan sesuatu yang sukar dijangkakan. Segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab telah mengambil kesempatan terhadap populariti kopi ini dengan mengeluarkan kopi radix palsu/tiruan.

Seiras tapi tetap berbeza...

Bagi yang kurang prihatin, sekali pandang uncangnya nampak sama. Tapi rasanya berbeza. Khasiat pastinya tidak sama. Malah jika tidak dibendung, besar kemungkinan kopi yang palsu ini boleh memberi kesan sampingan kepada kesihatan pengguna.

Langkah HPA mengiklankan kopi palsu di akhbar Harian Metro pada 11 NOV 2008 dan membuat perbandingan, adalah bijak dan wajar. Mereka yang cuba mengaut keuntungan mudah dengan menumpang populariti Kopi Radix ini amatlah dikesali.

Pastikan 'ORI'

Sebagai ahli dan pengedar HPA, adalah menjadi tangungjawab kita untuk sama-sama membanteras gejala yang tidak bertanggungjawab ini. Antara tugas dan tanggungjawab kita adalah seperti berikut :

1. Bekerja kuat bagi memastikan seluruh umat Islam dan warganegara di Malaysia menjadi ahli HPA.

2. Membeli Kopi Radix melalui cawangan atau stokis-stokis HPA sahaja.

3. Pastikan semua pengusaha kedai makan dan kafeteria yang menjual Kopi Radix menjadi ahli HPA.

4. Fahamkan setiap ahli HPA bahawa perniagaan ini adalah secara MLM. Ada untung runcit dan ada bonus diberikan kepada setiap ahli yang berjaya membuat belian minima 50 Nilai Mata setiap bulan.

Dengan ini setiap ahli HPA yang mahukan barangan halal lagi baik secara automatik tidak akan membeli kopi tiruan walaupun harganya murah. Perlu diingat bahawa kelahiran kopi radix tiruan sekadar mahu mensabotaj atau mengaut keuntungan di atas populariti KOPI RADIX kita.Ends.......

Thursday, 6 November 2008

KOPI RADIX TIRUAN

Menghadapi isu ini pihak HPA telahpun membuat laporan kepada Kementrian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk tindakan. Namun begitu perkara ini begitu sukar untuk diatasi kerana kumpulan ini bergerak dalam rangkaian yang terancang. Mereka telah mengusai pekedai pekedai yang hanya mahukan barang yang murah.

Selain itu laporan polis juga dibuat dan menunggu masa untuk tangkapan.Namun bagitu ahli-ahli HPA terus berjuang mempertahankan edaran kopi asli walaupun banyak kedai yang enggan berhubungan dengan mereka lagi. Dalam keadaan itu pemintaan Kopi Radix semakin tinggi mencatat jualan tertinggi bagi kopi 3 in 1.Kopi Radix kini mula bersaing dengan nescafe yang telah menguasai pasaran di negara ini sejak merdeka.

Kebimbangan ini lebih ketara apabila Kopi Radix benar-benar memberikan khasiat kesihatan. Mereka yang lemah tubuh badan akan dapat merasakan perbezaan antara minum Kopi Radix,kopi radix tiruan dan nescafe.Apa yang malang baru-baru ini HPA di minta oleh Nescafe melalui surat lawyer agar tidak menggunakan iklan mug merah kerana dikatakan itu adalah milik mereka.

Kalau tidak HPA kini sudah mula dilihat sebagai pesaing, sudah tentu isu mug ini tidak akan timbul. HPA mengambil langkah untuk mencari warna mug yang lain bagi mengelakkan perselisihan faham yang panjang. Namun bolehkah Nescafe mengubat hati pengedar HPA seramai 450 ribu orang yang menyatakan isu seperti "pukul anak, sindir menantu". HPA akan terus berjuang......

Ends....dari blog PU
update dari Kota Bandung, Jakarta Indonesia.

Wednesday, 5 November 2008

KPU BERSAMA HPA ILHAM HOLIDAYS KE SUMATERA BARAT

Pengorbanan pemimpin dan pengedar HPA dalam memasarkan produk HALAL mendapat perhatian serius Tribunal Kelab Pemimpin Utara (KPU). Jawatankuasa Tribunal KPU telah bersetuju memberi ganjaran kepada mereka yang terlibat secara aktif mengurus dan mengandalikan Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) dalam Zon KPU.

Seramai 120 ahli, pengedar dan pemimpin HPA dari KPU terpilih mengikuti rombongan dan lawatan secara percuma ke Padang dan Bukit Tinggi Sumatera Barat, Indonesia pada 28 hingga 31 Disember ini. Kos penerbangan, penginapan dan makan minum ditanggung oleh KPU.

Tribunal KPU telah menyerahkan mandat ini kepada PJS Ustaz Mohd Zahir Ghazali dan PJS Cikgu Ismail Othman untuk mengurus dan mengedalikan pakej ini bersama HPA Ilham Holidays.

Insentif ini merupakan ganjaran yang julung-julung kali diberikan kepada mereka yang berbakti dan berkorban kepada HPA dan KPU. Menurut PJS Ustaz Mohd Zahir, hanya mereka yang benar-benar komited dan menunjukkan komitmen tinggi dalam PBC dan Kelas Mingguan diberi keutamaan dalam pemilihan. Kekerapan mereka hadir dan mengendalikan program-program anjuran KPU juga diambil kira. KPU mempunyai seramai 45 orang Pengarah Jati setia (PJS) dan 300 fasilitator. Hanya sebahagian sahaja dari fasilitator yang terpilih.

Diharap dengan insentif ini, semangat juang di kalangan pemimpin dan pengedar HPA dari KPU dapat disemarakkan ke arah pencapaian jualan RM17 juta sebulan.

Ends....

Tuesday, 4 November 2008

HAYATI PERJUANGAN HPA

HPA adalah milik semua pengedar. Berjuang dalam HPA dengan penuh kesedaran, keinsafan dan tanggungjawab adalah sesuatu yang amat diperlukan. HPA bangun di celah-celah duri yang menikam. Mengorak langkah dalam dunia perniagaan penuh dengan kepayahan, kesusahan, rintangan dan pelbagai ujian.

Namun, atas dasar dan matlamat yang satu, mencari redha Allah dan memenuhi tuntutan fardu kifayah, HPA terus mengorak langkah bersama barisan pemimpin yang setia. Pengarah Urusan HPA, Haji Ismail Ahmad memantapkan jentera pengrusan dan pentadbiran, manakala di kalangan ahli dan pengedar pula ditanam dengan semangat juang yang tinggi dan mantap. Berniaga sambil berjuang kerana Allah SWT.

Bagi memantapkan perjuangan dan ukhuwwah di kalangan pengedar, ditubuhkan kelab-kelab yang bernaung di bawah payung HPA. Maka lahirlah Kelab pemimpin Utara (KPU), Kelab Pemimpin Al-Wahida (KPA) dan Kelab Pemimpin Timur (KPT). Tiga kelab ini merupakan tonggak kepada kekuatan rangkaian ahli yang berada di seluruh negara.

Antara yang terawal adalah KPU. Kelab ini dibangunkan sejak 2001 lagi. Pada waktu itu, ramai pemimpin-pemimpin besar lahir menganggotai HPA. Mereka datang dengan penuh semangat dan berdaya juang tinggi kerana pada waktu itu HPA baru saja mengorak langkah dalam dunia perniagaan secara MLM.

Namun perjuangan mereka bersama HPA tidak lama. Matlamat mereka tidak sama dengan matlamat HPA. Jiwa mereka tidak sama dengan jiwa HPA. Mereke ibarat tidur sebantal dengan HPA, tetapi mimpi lain-lain. Mereka datang kepada HPA dengan satu tujuan sahaja. Mereka lupa bahawa HPA lahir sebagai syarikat Islam yang menunaikan tanggungjawab fardu kifayah. Umat Islam perlu diselamatkan dengan menggunakan barangan halal lagi baik. Malangnya niat pemimpin-pemimpin ini jauh menyimpang dari hasrat sebenar HPA. Mereka mahukan bonus yang tinggi dan lumayan, sedangkan pada waktu itu jualan HPA tidaklah seberapa. Sebulan jualan HPA tidak sampai RM500,000 pun seluruh negara.

HPA dipertikaikan kerana gagal memenuhi tuntutan mereka yang mahukan bonus yang besar. Mereka pertikai habis-habisan apabila bonus mereka turun atau kalau naik pun tak banyak. Mereka pertikai produk HPA dan menganggap tidak berkualiti. Mereka mendesak HPA agar memenuhi tuntutan dan hasrat hati mereka. Mereka lupa bersyukur terhadap nikmat yang Allah berikan. Mereka juga sering mempertikaikan orang lain yang dianggap pesaing dalam dunia MLM.

Pada waktu itu bonus pemimpin-pemimpin ini agak lumayan juga jika dibandingkan dengan bonus pemimpin-pemimpin KPU yang lain seperti PJS Puan Sharifah, PJS Kak Norma, PJS Azizan, PJS Ustaz Zahir, PJS Cikgu Ismail, PJS Cikgu Nadzri dan PJS Aseri Hanapiah, PJS Sabri Ahmad, PJS Sabri Jaafar, PJS Mohd Khatib dan PJS Cikgu Razak.

HPA dipertikai dan dimaki hamun di sana sini. Dalam majlis atau mesyuarat rasmi, Pengarah Urusan sering menjadi sasaran. Mereka banyak komplain dan memaki hamun dan keluarkan kata-kata kasar dan kesat yang tidak sepatutnya dilakukan. Mereka ingin menjadi jaguh dan menganggap kononnya mereka adalah juara dan tahu segala-galanya selok belok berniaga. Akibat tekanan dalaman yang kuat dan rasa tidak puas hati, akhirnya mereka meninggalkan HPA.

Yang ada hanyalah mereka yang setia dalam meneruskan perjuangan ini. Nama-nama yang saya sebutkan tadi adalah antara mereka yang bersusah payah dalam HPA terutama di utara. Merekalah yang membentuk KPU dan mempertahankan HPA. Berjuang tanpa mengira penat lelah walaupun bonus tak seberapa. Ketika HPA dan Pengarah Urusan dicemuh, merekalah yang mempertahankannya. Ketika ramai lari meninggalkan HPA, mereka setia menunggu. Kenapa mereka jadi begitu? Semuanya adalah kerana perjuangan. Bukan kerana bonus lumayan. Ukhuwah di kalangan mereka cukup kuat. Tidak ada rasa tak puas hati sesama mereka. Untuk komplain dan memburukkan-burukkan HPA, jauh sekali. Mereka akur dan buat keputusan bersama. Mereka tidak lari dari majlis kalau mereka tidak puas hati dalam sesuatu perkara kerana sikap itu adalah pengaruh syaitan yang akan menjahanamkan HPA.

Mereka jarang, malah langsung tidak pernah mempertikaikan HPA dan Pengarah Urusan. Mereka tidak pernah mengeluarkan kata-kata kesat dan nista dalam setiap perjumpaan. Jika ada rasa tidak puas hati pun mereka akan pendam kerana mereka amat yakin bahawa HPA berada di landasan yang benar. Mungkin iblis dan syaitan yang meggerodak hati mereka untuk melawan dan mempertikai HPA.

Akibat kesungguhan dan semangat kekitaan dan kasih sayang yang kuat dipupuk dalam KPU, akhirnya HPA berjaya gah di utara. HPA makin berkembang. Mereka adalah PJS yang hidup dan berjuang dengan penuh kepayahan dan mempunyai semangat yang kuat membangunkan HPA. Akibat kesungguhan dan pengorbanan yang mereka tunjukkan, ditambah dengan kesabaran dan semangat juang HPA dan Pengarah Urusan, akhirnya HPA berkembang maju.

Pada hari ini lahir ramai pemimpin baru yang bernaung bersama HPA dan berpayung bersama KPU. Antara mereka ramai yang telah berjaya meraih pendapatan berganda. Namun ada segelintir mereka mungkin lupa bahawa lahirnya HPA hari ini adalah hasil perjuangan lama yang ditempuhi oleh pemimpin -pemimpin terdahulu.

Tidak ramai yang tahu kisah susah payah dahulu kerana zaman ini HPA sudah ada segala-galanya. HPA mampu memberikan bonus berganda sebagaimana diminta. Dulu jarang kita dengar kata-kata kesat dan komplain berganda dari pemimpin. Kini nampaknya sudah ada rona-rona dan warna-warna yang mahu kembalikan HPA ke zaman pemimpin-pemimpin durhaka. Pemimpin lama tidak mengharapkan sanjungan dan pujian. Tetapi cukuplah sekadar ingatan buat mereka bahawa "JANGAN JADIKAN WANG SEBAGAI ALAT UTAMA SEHINGGA LUPA DIRI, DAN LUPA BAHAWA HPA LAHIR DARI HASIL KERINGAT MEREKA TERDAHULU YANG BERJUANG DENGAN PENUH KEPAYAHAN"

Moga-moga ada yang akan menginsafi. Jika tidak lebih baik mengundur diri agar tidak menjadi VIRUS dalam sebuah bahtera yang suci.

Peringatan buat mereka yang MUDAH LUPA.

Ends....

Thursday, 30 October 2008

JADUAL PBC KPU NOVEMBER 2008

01 - 02 NOVEMBER - HOTEL NASMIR, JURU
- DEWAN OMAR MUKHTAR (RFC) S.P.

08 - 09 NOVEMBER - HILLCITY HOTEL, IPOH
- HOTEL SERI MALAYSIA, KULIM

14 - 15 NOVEMBER - INS. PENG. PELADANG, LANGKAWI

15 -16 NOVEMBER - HOTEL PUTRA PALACE, KANGAR PERLIS

21 - 22 NOVEMBER - HAVARD SUASANA HOTEL, BEDONG, KEDAH

28 - 29 NOVEMBER - HOTEL REGENCY, ALOR STAR, KEDAH

Untuk Pendaftaran Peserta PBC, sila hubungi Pemimpin Anda atau mana-mana PJS yang anda kenali.

Ends......

Monday, 27 October 2008

PJS DIMINTA FAHAMI 'BACK TO BASIC'

Semua PJS seluruh negara telah hadir ke Kursus Perkongsian Ilmu Cemerlang (PIC) yang diadakan pada hari ini 27 Oktober 2008 di Dewan Omar Mokhtar, RFC Sungai Petani, Kedah.

Sebahagian PJS sedang mendaftar di kaunter pendaftaran PIC di Dewan Omar Mokhtar, RFC Sungai Petani

Kursus yang berlangsung selama 2 hari bertujuan untuk mendedahkan ilmu herba dan cara-cara pengamalannya kepada semua PJS. Dalam ucapan perasmiannya, Pengarah Urusan HPA, Hj Ismail Ahmad mengingatkan semua PJS bahawa kekuatan dan asas perniagaan HPA adalah produk makanan kesihatan berasaskan herba. Beliau menyeru semua PJS agar dapat memahami konsep 'Back To Basic'. Ini bermakna, semua PJS perlu menguasai ilmu perawatan dan pengubatan JAWI yang memberi penekanan kepada amalan produk-produk pemakanan herba.

Suasana Kursus PIC di Dewan Omar Mukhtar, RFC Sg Petani

Beliau mengingatkan semua PJS bahawa wang ringgit belum tentu dapat menyelamatkan HPA dari serangan-serangan musuh perniagaan dan musuh agama. Tetapi dengan ilmu herba yang mantap, PJS diharapkan agar dapat mempertahankan empayar perniagaan ini.

Sebahagian PJS sedang mendendangkan nasyid 'ISLAM BOLEH dan 'BINGKAI KEHIDUPAN'

Kehadiran HPA di tengah-tengah kelompok masyarakat pada hari ini mula dirasai. Lahirnya RFC memberi tamparan hebat kepada pengusaha-pengusaha makanan segera yang merasakan jualan mereka tergugat. Walaupun tiada sebarang tindakan drastik diambil oleh musuh-musuh perniagaan bagi menyaingi HPA, namun persiapan dan persediaan awal di kalangan PJS amat perlu. Perniagaan HPA bukan hanya tertumpu kepada satu jenis barangan sahaja, malah HPA mempunyai 173 produk makanan kesihatan yang perlu digempur secara serius.

Pengarah Urusan sedang menunjukkan teknik 'TENAGA'

Semua PJS dinasihatkan agar mendalami ilmu herba agar berjaya sebagai Usahawan MLM Herbalis. Memberi fokus semata-mata kepada Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) belum tentu menjamin kesinambungan sebagai seorang herbalis.

Ends......

Sunday, 26 October 2008

KURSUS PIC DI SUNGAI PETANI

Program Perkongsian Ilmu Cemerlang (PIC) yang diadakan pada kali ini (25 dan 26 Oktober 2008) di Dewan Omar Mukhtar (RFC), Sungai Petani mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan. Peserta terdiri daripada staf dan kakitangan HPA serta pengedar-pengedar dari seluruh negara.

Peserta tekun menyumbang idea di dalam aktiviti berkumpulan

Menurut Pengarah PIC pada kali ini, Saudari Azira Mamat, seramai 160 peserta telah hadir.
Mereka begitu bersemangat dan amat komited dengan program yang dianjurkan. Peserta mengikuti perjalanan kursus dengan penuh minat.

Kumpulan Muslimin sedang berbengkel

Kursus PIC disampaikan sendiri oleh Pengarah Urusan HPA, Haji Ismail Ahmad. Kursus pada kali ini memberi penekanan kepada ilmu DETOX dan Herba Jawi. Sebelum itu peserta telah didedahkan dengan Perjuangan dan Hala Tuju HPA. Pengarah Jati Setia (PJS) Cikgu Murad Abu Bakar dijemput menyampaikan slot bertajuk "Mengapa Kita Perlu Bersama HPA". Peserta-peserta dibahagikan dalam beberapa kumpulan, khusus untuk membincangkan tajuk kuliah yang disampaikan.

Kumpulan Muslimat sedang berbengkel

Semua peserta menginap di Homestay HPA yang terletak di Bandar Laguna Merbok. Pengangkutan bas disediakan untuk peserta berulang alik dari tempat kursus ke tempat penginapan.

Pengarah Urusan HPA, Haji Ismail Ahmad bersama beberapa peserta PIC

Dua muslimat dari KPU yang menjadi fasilitor PIC

Dengan adanya kursus seperti ini, peserta-peserta akan lebih memahami konsep herba dan cara-cara pemakanannya. Diharap selepas kursus semua peserta akan lebih yakin bahawa herba merupakan penawar sebenar yang mampu untuk mencegah dan menyembuh penyakit.

Ends.....

Saturday, 25 October 2008

PERKEMBANGAN HPA DI TAIPING MEMBERANGSANGKAN

Taiping merupakan lokasi awal diterokai oleh pemimpin-pemimpin HPA dari Kelab Pemimpin Utara (KPU). Sekitar tahun 2000, di Taiping dan Kamunting sahaja mempunyai ahli hampir 3000 orang. Kepimpinan HPA pada peringkat awalnya diterajui oleh Saudara Bakri Jamaludin, seorang Pengarah di sebuah agensi kerajaan di Taiping. Beliau merupakan pemimpin yang mempunyai ilmu dan pengalaman luas dalam bidang herba.

Sebuah Sekolah Agama Rakyat (SAR) Darul Taa'lim, yang terletak di Sungai Limau, Batu Kurau dibina atas sebahagian sumbangan keringat beliau. Ketika itu HPA hadir sebagai pemangkin dalam membantu dana sekolah tersebut melalui pembinaan jaringan yang mantap. Pada masa itu juga lahir beberapa pemimpin lain yang hebat di Batu Kurau. Antaranya Ustaz Rosle, Puan Naqibah No'ma dan Cikgu Ridzuan. Mereka sering hadir dalam pelbagai program HPA dan menjadi pemimpin yang disegani.

Setelah Saudara Bakri ditukarkan ke Johor atas sebab-sebab 'teknikal' dengan Kerajaan Negeri, perjalanan HPA mulai malap. Pemimpin-pemimpin yang ada pada masa itu seperti kehilangan punca dan arah tujuan. Di pekan Kamunting sendiri, Saudara Razali Kassim yang pada awalnya bergerak pantas dan cergas, juga makin lama makin hilang di dalam program HPA.

Menjelang 2005, PJS Cikgu Mohd Nadzri dan PJS Cikgu Ismail kembali bertapak di pekan Kamunting. Kehadiran mereka adalah atas jemputan Ustaz Mohd Yusfee, ahli HPA di bawah rangkaian PJS Cikgu Nadzri yang baru pulang dari Sabah.

Ustaz Mohd Yusfee, secara perlahan mula memperkenal dan menggerakkan HPA di sekitar pekan Batu Kurau dan Kamunting. Beliau telah menjemput PJS Cikgu Ismail dan PJS Cikgu Nadzri untuk memberi taklimat HPA di Restoran Kamunting Timur. Jemputan dibuat hampir 100 orang. Namun yang hadir hanya 3 orang sahaja. Kedua-dua PJS ini berceramah seperti biasa walau pun yang mendengarnya hanya 3 orang sahaja.

Setiap minggu Ustaz Mohd Yusfee bersama kedua-dua PJS ini mengadakan program perjumpaan mingguan di restoran tersebut. Makin lama makin ramai yang hadir. Ahli-ahli lama mula dapat mengesan bahawa HPA kembali menjelma di Kamunting. Ramai yang mula hadir ke restoran tersebut. Saudara Razali Kassim yang telah lama 'mati' dengan HPA muncul secara tiba-tiba bersama rangkaiannya yang lama. Begitu juga dengan Puan Haridah Khanun yang menyepi sekian lama muncul kembali bersama beberapa sahabat lama yang pernah berjuang bersamanya dulu.

Kini HPA berjaya menghidupkan semula cawangannya di Pekan Kamunting. Jualan bulanannnya mencecah hampir RM200 ribu. Perjumpaan mingguan diadakan pada setiap minggu pada hari Isnin, jam 8.30 malam. Program yang dirancang oleh Kelab Pemimpin Utara (KPU) telah mendapat sambutan yang luar biasa. Tiap-tiap minggu PJS dari KPU silih berganti menyampaikan ceramah di cawangan tersebut.

Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) juga diadakan pada setiap bulan. PJS Cikgu Nadzri, PJS Cikgu Ismail dan PJS Cikgu Normah Zainol dipertanggungjawab mengurus dan mengendalikan PBC yang diadakan di Hotel Seri Malaysia dan Taiping Golf Resort.

Alhamdulillah, kini HPA di Taiping berjaya melahirkan beberapa pemimpin berpangkat Pengarah Jati. Antaranya PJE Haridah Khanun, PJ Mohd Yusfee, PJE Azizah Hamzah, PJ Hindon dan PJ Nabishah. Mereka adalah pemimpin yang dijenamakan semula sebagai tenaga penggerak utama bagi memastikan HPA terus cemerlang dan gemilang di Perak Utara.

Ends........

Thursday, 23 October 2008

SAMBUTAN AIDIL FITRI HPA KULIM MERIAH

Kerjasama dan komitmen yang tinggi di kalangan pemimpin dan pengedar HPA Cawangan Kulim berjaya memastikan sambutan Aidil Fitri pada kali ini sungguh meriah.


Menurut Pengarah program, PJS Ustazah Siham, selain jamuan, pertandingan masakan berasaskan radix juga diadakan. Pada sebelah malam pula diadakan pertandingan Radix Tarik.

Sambutan daripada peserta sungguh menggalakkan. Bagi kanak-kanak pula diadakan pertandingan mewarna dan melukis.

Pada sebelah malamnya, disampaikan anugerah kepada para pemenang. PJS Mohd Nadzri dan PJS Ismail Othman telah hadir memeriahkan majlis. Mereka telah menyampaikan anugerah khas kepada pengedar-pengedar HPA di Kulim yang berjaya menaikkan imej Kulim sehingga berjaya meraih pangkat Pengarah Jati dan ke atas. Antaranya PJE Siham Hashim, PJE Ustaz Mohd Ali, PJ Ustaz Zamri, PJ Zainuddin, PJ Mohd Azudin, PJ Nailulmuna, PJ Saliza Zainol, PJ Ustaz Syamizam, PJ Rusmina Ibrahim, PJ Misbahah Mohd Idris, PJ Nor Fadzilah dan PJ Norsharina.

Ends....