
MEMARTABATKAN EKONOMI UMMAH
Wang pencen bersara dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidaklah banyak sangat. Pegawai yang berpangkat Kopral sepertinya cuma memperoleh RM600 sebulan. Sebahagian wang itu digunakan untuk membayar baki pinjaman rumah RM120 sebulan. Baki selebihnya pula digunakan segala-glanya untuk menyara keluarga. Manalah cukup wang sebanyak itu untuk menyara keluarga dan anak-anak bersekolah.
Tiga orang anaknya masih bersekolah. Wang itulah juga digunakan untuk membeli keperluan harian, membayar bil air dan elektrik. Itu belum lagi dikira minyak kereta yang digunakan untuk menghantar dan mengambil anak di sekolah.
Keperitan dan kegusaran hidup yang berlaku memaksa PJS Sabri Jaafar mengambil upah menebar roti canai di sebuah gerai makan di Taman Seri Wang, Sungai Petani. Kebetulan rakannya itu juga adalah seorang tentera. Mereka sama-sama bertungkus lumus berkerja bagi memastikan anak-anak di rumah mendapat hak dan keperluan yang sepatutnya. Walau bagaimanapun pekerjaan seperti itu tidaklah seberapa.Cukup untuk membeli ikan dan sayur sahaja. Ketika itu gerai roti canai terlalu banyak bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Saingan cukup kuat.
Sukar untuk kita memahami dan mengenali ‘kesengsaraan’ sebenar yang dialami oleh PJS Sabri ini jika kita mengenalinya dari jauh sahaja. Apabila kita mendekati dan menyelami akan hati budinya, barulah kita dapat mengenalinya dengan lebih mendalam dan tahu isi hatinya yang sebenar. Barangkali juga mungkin pengalaman dalam ATM mengajarnya erti ketabahan dan kekentalan dalam mengharungi liku-liku kehidupan.

Hampir 8 tahun PJS Sabri berjuang dan setia bersama HPA. Walau pun bonusnya tidaklah seberapa dalam tempoh itu, namun semangat juang dan kerajinannya membina jaringan tidak pernah luntur. Beliau tidak kenal erti kecewa dan putus asa. Pernah sahabat baiknya yang sama-sama berjuang dalam HPA dan memasuki syarikat MLM baru yang ditubuhkan (sekitar 2002) datang kepadanya dengan ‘menayang’ kereta Waja baru, namun pujukan itu sama sekali tidak melenturkan semangatnya untuk terus bersama HPA. Di hati kecil PJS Sabri telah tersemat azam dan tekad bahawa perjuangannya bersama HPA adalah juga untuk menegakkan ekonomi ummah yang bersih, suci lagi halal.
Kata orang tua-tua “tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia hanya Allah SWT yang tahu”. Pada tahun 2006, Sabri Jaafar telah dianugerahkan Pengarah Jati Setia (PJS) oleh HPA kerana beliau memenuhi syarat untuk kelayakan tersebut. Sekarang PJS Sabri boleh menarik nafas lega kerana pendapatannya bersama HPA hampir mencecah 5 angka. Beliau tersenarai antara PJS yang diakui mempunyai semangat kental di kalangan ahli-ahli HPA KPU sekitar utara. Kegigihannya patut menjadi contoh teladan di kalangan mereka yang bercadang untuk membuat persiapan selepas bersara dari perkhidmatan awam, terutamanya ATM.
Ends…..