Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
.
MERINTIS KEMUNGKINAN

http://pjskpu.radix2u.com

Jangan Abaikan Pesanan Ini:
"Meninggalkan anak-anak dalam keadaan berharta adalah lebih baik
daripada meninggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta."

Wednesday, 11 February 2009

CADANGAN PERMOHONAN PJS KPU

Mesyuarat Jawatankuasa Tribunal KPU yang diadakan pada 9 Februari 2009 baru-baru ini menyokong sebulat suara cadangan permohonan perlantikan Pengarah Jati Setia (PJS), Puan Naimah Binti Ishak dari Sik, Kedah.

Tribunal menyokong permohonan tersebut kerana beliau memenuhi syarat dan prosedur yang ditetapkan oleh pihak HPA. Selain itu beliau adalah antara tenaga penggerak PBC di Sik dan aktif dalam Kelas Mingguan di Cawangan. Mempunyai Sijil Herbalis dan ada ciri-ciri kepimpinan sebagai usahawan muslimah.


Semoga pihak HPA dapat mempertimbang dan meluluskan permohonan tersebut. Sehingga kini, KPU mempunyai seramai 53 orang PJS.


Ends....

PERJUMPAAN PJS KPU DENGAN GM HPA

Perjumpaan PJS KPU akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 16 FEBRUARI 2009 (Isnin)
Masa : 8.30 malam
Tempat : Hotel Seri Malaysia, Sg Petani.
Pakaian : Jaket Hitam KPU.

Semua PJS KPU dimestikan hadir. Sebarang keuzuran yang tidak dapat dielakkan, sila maklumkan kepada Presiden KPU (PJS Azian Ahmad) dan Setiausaha KPU (PJS Syed Ageel).

Harap Maklum..


Ends.......

PENDAFTARAN KEAHLIAN BARU PERLUKAN SALINAN KAD PENGENALAN

Mulai Januari 2009, HPA Industries Sdn Berhad mewajibkan permohonan untuk menjadi ahli HPA hendaklah disertakan salinan Kad Pengenalan yang dikepilkan bersama Borang Permohonan Keahlian.

Peraturan ini bertujuan untuk mengelakkan masalah teknikal berlaku terutama sekali kesilapan No Kad Pengenalan. Selain itu semua pemimpin terutama PJS hendaklah memaklumkan kepada semua ahli melalui PBC dan Perjumpaan Mingguan mengenai perubahan dan arahan ini.

Peraturan ini juga bertujuan untuk mengelakkan ahli-ahli mendaftar lebih dari sekali. Terdapat kecenderungan sesetengah pihak yang memalsukan No Kad Pengenalan terutama sekali untuk tujuan penajaan semula. Oleh yang demikian sebagai bukti permohonan, maka salinan Kad pengenalan diperlukan.

Menurut Pengurus Besar M.I.S, Puan Rashidah Abdul Rahim, walaupun peraturan ini telah dikuatkuasakan mulai JANUARI 2009, namun masih terdapat ahli-ahli dan pemimpin yang menghantar Borang Permohonan tanpa salinan Kad Pengenalan. Akibatnya borang tersebut tidak dapat diproses. Pihak M.I.S tidak bertanggungjawab terhadap mana-mana borang permohonan yang tidak disertakan salinan Kad Pengenalan.

Ends..........

Tuesday, 10 February 2009

HPA PENYELAMAT UMMAH

Pembukaan Restoran Radix Fried chicken (RFC) yang ke 2, di Shahab Perdana Alor Setar Kedah membuktikan HPA mampu mengorak langkah dengan lebih jauh walau pun berlaku kegawatan ekonomi global.
Bangunan RFC Shahab Perdana mercu tanda HPA Alor Setar




Sebahagian tetamu yang hadir


Demikian ditegaskan oleh Pengarah Urusan HPA, Haji Ismail Ahmad. Menurut beliau lagi, dalam suasana kegawatan sekarang, HPA menjadi wadah menyelamatkan ummah terutama dalam menyediakan peluang pekerjaan dan memastikan umat Islam menggunakan barangan halal buatan Malaysia.


Perasmian RFC Alor Setar oleh YAB MB Kedah

Kakitangan HPA yang bekerja keras siang dan malam


Sehingga kini HPA mempunyai seramai 1500 perkerja yang semuanya adalah pekerja Melayu bergama Islam. Dengan sasaran 150 cawangan dan pembukanaan pelbagai kilang di seluruh negara, HPA dijangka mampu menyediakan lebih banyak lagi peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan terutama mereka yang menganggur.


Suasana dalam RFC yang menarik dan mendamaikan


Perasmian RFC itu telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Razak dan dihadiri hampir 2000 jemputan dan pemimpin HPA dari seluruh negara.


Ends...

Sunday, 8 February 2009

KEHADIRAN DUA OKU PEMBAKAR SEMANGAT PBC KULIM

Dua orang Orang Kurang Upaya (OKU) cacat penglihatan hadir ke Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) yang berlangsung di Kulim Inn pada 7 dan 8 Februari 2009. Mereka adalah antara 50 peserta yang sama-sama hadir ke program tersebut dalam usaha memperjuangkan produk halal lagi baik.


Suasana Program PBC di Kulim Inn, Kulim Kedah




Kehadiran dua orang OKU membakar semangat para peserta


Menurut Pengarah PBC, Ku Azhar bin Ku Yahaya, program kali ini dihadiri beberapa pemimpin dari sekitar utara. Antaranya PJS Mohd Nadzri Ahmad, PJS Noormah Zainol, PJS Ustazah Siham Hashim, PJS Zainudin Abdul, PJS Mohd Zamri Bakar, PJS Ustaz Mohd Ali Ismail, PJS Ismail Othman dan PJS Hasnah Mustafa.





Sebahagian PJS dan fasilitator yang membantu PBC Kulim

Selain itu PBC kali ini dibantu oleh beberapa fasilitator terlatih. Antara yang hadir PJ Hezri Ariffin, PJ Ustaz Shamizam, PJ Zabri Ahmad, PJ Ustazah Saliza, PJ Misbahah Mohd Idris, PJ Nor Aziah Alias, PJ Wan Haslina, PJ Fatimah Bt Hashim. PJ Zalilah Ghazali, PJ Adlina Adenan, PJ Rusmina Ibrahim dan beberapa orang lagi yang turut membantu.

Suasana Qiyamullail dan Kuliah Subuh di dataran Kulim Inn.


Ends......

HPA BERTAPAK KUKUH DI PENDANG

Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) yang diadakan di Pendang Lake Resort pada 6 dan 7 Februari 2009 telah berjaya meniupkan semangat perjuangan yang jitu terutama dalam usaha membanteras produk-produk Yahudi dan mengatasi kegawatan ekonomi global.


Peserta-peserta sedang mendengar slot yang disampaikan.





Suasana di PBC Pendang



Seramai 100 peserta telah hadir. Semangat yang ditunjukkan oleh semua pemimpin dan fasilitator pada kali ini menjadikan Daerah Pendang antara daerah yang makin berkembang dan berpotensi untuk memajukan HPA.







Peserta dan pemimpin bergambar kenangan di Pendang Lake Resort, Pendang


Antara pemimpin yang hadir mengisi slot dalam PBC tersebut ialah PJS Azizan Ahmad, PJS Zaharah Mat Zain, PJ Noriah Husin dan beberapa pemimpin lain sekitar Pendang dan Alor Setar.


Ends.....

Saturday, 7 February 2009

130 PESERTA HADIR KE PBC PASIR GUDANG

Sambutan Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) yang berlangsung selama dua hari mulai 7 dan 8 Februari 2009 di TS Hotel Pasir Gudang amat menggalakkan kerana dihadiri seramai 130 peserta.








Peserta-peserta sedang mendengar slot yang disampaikan oleh PJS


Ini merupakan satu perkembangan yang sungguh menggalakkan. Kebangkitan yang memberangsangkan dari semasa ke semasa ini amat bertepatan dengan hasrat HPA yang menjadikan Johor Bharu sebagai bandar kedua HPA.



Antara peserta yang hadir,Catriona Ross dari Kelantan (Anak Kak Noor)








Barisan Pemimpin yang komited dalam perjuangan HPA


Menurut Pengarah PBC, PJ Puan Rahmah Rahmat, program yang berlangsung selama dua hari ini terbuka kepada semua ahli HPA dari seluruh negara, khususnya mereka yang tinggal di Johor. Ia akan diadakan berterusan pada setiap bulan.





Peserta sedang mendendangkan "Teman Sejati"


Hadir sama ialah beberapa PJS dari Utara, Tengah dan Pantai Timur. Antaranya PJS Kak Noor @ Zawiyah, PJS Mohd Nadzri Ahmad, PJS Ismail Othman, PJS Noor Habibah, PJS Mahanis Hanin, PJS Abd Jalil Zainol, PJS Samsuri Muat, PJS Syed Ageel dan PJS Syed Salahuddin.


Tenaga Penggerak PBC Pasir Gudang (atas) dan Penasihat PBC, PJS Syed Ageel (bawah)

Selain itu beberapa fasilitor tempatan dipilih bagi menguruskan sesi perbengkelan kepada peserta.


Ends...

Wednesday, 4 February 2009

SYED AGEEL TEROKA HPA DI INTERNATIONAL ISLAMIC COLLEGE (IIC)

PJS Syed Ageel meneruskan pembinaan jaringannya apabila berjaya mengadakan taklimat produk halal dan peluang perniagaan HPA kepada hampir 40 pelajar International Islamic College (IIC) di Kuala Lumpur pada 3 Feb 2009 yang lalu.



PJS Syed Ageel bersama tenaga penggerak HPA IIC



Program yang berlangsung dari jam 8.30 malam hingga 11.3o malam berjaya membuka minda para pelajar terhadap kepentingan untuk berjuang memartabatkan produk halal. Selain itu, peluang meraih bonus lumayan yang disediakan oleh HPA, memberi satu tarikan kepada semua pelajar untuk menceburkan diri dalam perniagaan ini selepas tamat pengajian nanti.





Ends......................

Tuesday, 3 February 2009

HPA BUKA SATU LAGI RFC


Perasmian RFC Cawangan ke 2. Shahab Perdana, Alor Setar, Kedah Darul Aman (Bangunan Stesen BAS Shahab Perdana). Pada 7hb Feb 2009, Jam 9.00 Pagi oleh Menteri Besar Kedah Darul Aman.



Ends......

TERUSKAN SUMBANGAN ANDA UNTUK GAZA

BAYANGKANLAH JIKA ANAK YANG MENANGIS INI ADALAH ANAK KITA.............

Penderitaan dan keperitan hidup penduduk Gaza akibat kekejaman rejim Zionis berterusan sehingga ke hari ini. Penduduk Gaza yang diganyang hebat oleh kuffar ini amat memerlukan bantuan dan sumbangan daripada saudara seIslam dari seluruh dunia.


Kelab Pemimpin Utara (KPU) telah mengambil tanggungjawab untuk mengumpul dana dan sumbangan dalam membantu meringankan penderitaan penduduk Gaza....Kutipan diadakan secara berterusan di semula lokasi Kelas Mingguan dan PBC Zon Utara. Sehingga kini kita telah berjaya mengumpul hampir RM7,000.


Oleh yang demikian, pohon kerjasama semua pemimpin dan PJS agar dapat melancarkan kutipan ini dalam setiap program HPA di semua lokasi. Sumbangan boleh diserahkan kepada PJS Ustaz Mohd Zahir Bin Ghazali......



Ends......

Sunday, 1 February 2009

PBC PENGKALAN HULU MAMPU LONJAKKAN JUALAN HPA

Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) yang berlangsung di Chalet Air Panas Pengkalan Hulu (Kroh), Perak dijangka mampu menjadi penyumbang kepada jualan syarikat dalam mencapai sasaran RM15 juta sebulan.

Peserta PBC sedang mendendangkan 'Teman Sejati'

Ustaz Zaidi sedangkan menyampaikan slot KOPI RADIX



Kursus selama dua hari yang berlangsung pada 31 Januari dan 01 Februari 2009 dihadiri seramai 60 peserta. Menurut Pengarah PBC, PJS Noreda Hamid, kehadiran sebegini adalah julung-julung kali berlaku di daerah ini. Kehadiran yang ramai seperti ini menandakan bahawa HPA bakal bertapak kukuh dan menguasai pasaran produk halal di daerah Hulu Perak.


Peserta muslimat


Peserta muslimin


Peserta dan fasilitator bergambar kenangan di akhir PBC


Kebanyakan peserta adalah dari kawasan Baling, Kroh dan Gerik. Dijangkakan untuk PBC akan datang kehadiran peserta akan bertambah sekali ganda lagi. Oleh yang demikian, semua peserta diharap dapat membuat pendaftaran awal bagi mengelakakn penyertaan di saat akhir ditolak.



Ends.....

JADUAL KELAS MINGGUAN KPU DI ZON UTARA

KELAS MINGGUAN HPA ANJURAN KELAB PEMIMPIN UTARA (KPU)

SETIAP AHAD
9.00 - 11.00 malam

1. PUSAT JUALAN KUALA KANGSAR - 012-5517029
2. HPA CAWANGAN DG.PETANI, AMANJAYA.
3. HPA CAWANGAN JITRA, BANDAR DARUL AMAN.


SETIAP ISNIN
9.00 - 11.00 malam

1. HPA CAWANGAN ALOR SETAR, TANDOP
2. HPA CAWANGAN PARIT BUNTAR, TAMAN SINAR.
3. HPA CAWANGAN TAIPING. 05-8912717

3.00 - 5.00 PETANG
HPA CAWANGAN GRIK..05-7912317


SETIAP SELASA
9.00 - 11.00 malam

1. HPA CAWANGAN GUAR CEMPEDAK
2. HPA CAWANGAN KANGAR, TAMAN SENA INDAH.
3. HPA CAWANGAN KULIM, TAMAN NENAS
4. HPA CAWANGAN BALIK PULAU, TMN SERI INDAH

SETIAP RABU
9.00 - 11.00 malam

1. HPA CAWANGAN BALING
2. HPA CAWANGAN BKT MERTAJAM

5.00 - 6.30 petang
HPA CAWANGAN SIK, BANGUNAN KOPERASI.


SETIAP KHAMIS
9.00 - 11.00 malam

HPA CAWANGAN BAYAN BARU, SUNWAY TUNAS

5.00 - 7.00 malam
HPA CAWANGAN KUALA NERANG

SETIAP JUMAAT
9.00 - 11.00 malam

1. HPA CAWANGAN PENDANG
2. HPA CAWANGAN KEPALA BATAS, DEPAN PGR

SETIAP SABTU
5.00 - 6.30 petang

HPA CAWANGAN LANGKAWI.


Edns.....

LEPASAN PBC PULAU PINANG DIBERI SEMANGAT BARU

Kerjasama dan semangat tinggi yang ditunjukkan oleh beberapa PJS telah berjaya menghimpunkan kembali beberapa peserta lepasn PBC sekitar Pulau Pinang untuk diberi suntikan semula.


Sebahagian peserta lepasan PBC yang hadir



Sejak wujudnya PBC, ramai lepasan kursus tersebut didapati kurang aktif. Ada yang tercicir dan akhirnya hanyut begitu sahaja. Yang berjaya menjadi usahawan dan memperoleh pendapatan lumayan dengan HPA tidaklah ramai sangat.


Barisan PJS yang menjayakan program tersebut


Atas kesedaran inilah, PJS Syed Ageel Syed Mahayadin bersama beberapa PJS yang berada sekitar Pulau Pinang mengambil langkah drastik menghimpunkan semula bekas-bekas lepasan PBC ini. Seramai 110 peserta lepasan PBC hadir di HPA Cawangan Bayan baru. Mereka diberikan suntikan semula mengenai Pelan Pemasaran, Kenali Produk dan Isu Halal Haram.



Ends...

Saturday, 31 January 2009

NEGARA PALESTINE YANG UNIK


Yang ini adalah peta Palestin setakat yang rasmi dikeluarkan.. secara realitinya Israel laknatullah dah rampas byk lg dari tu.. mcm x percaya je tgk nasib palestin dizalimi sedemikian rupa.. memang rakyat Palestin adalah pejuang berani mati yang matinya sebagai syuhada menentang Zionis Israel.. senjatanya adalah nyawa mereka mempertahankan setiap inci tanah tumpah darah mereka palestin..



Ends...

SEMINAR LEPASAN PROGRAM PBC

Seminar untuk peserta lepasan Program PBC telah diadakan pada hari ini (31 Januari 2009) di HPA Cawangan Kepala Batas. Program yang bermula dari jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang adalah hasil inisiatif PJS Syed Ageel Syed Mahayadin dan beberpa PJS lain yang turut membantu.



Peserta lepasan PBC sekitar Pulau Pinang yang menghadiri kursus


Ia dihadiri seramai 160 peserta yang kebanyakannya adalah bekas peserta PBC. Program ini bertujuan mendalami ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan perawatan, pengetahuan produk, isu halal dan haram dan pelan pemasaran.




Tenaga penggerak yang membantu peserta kursus


Antara PJS yang menyampaikan slot ialah PJS Syed Salahuddin, PJS Mohd Aseri Hanapiah dan PJS Aseniah Badri (isteri PJS Mohd Aseri). Program seperti ini akan dijadikan sebagai program bulanan dalam usaha untuk memantapkan jaringan dan menambah kemahiran kepada peserta lepasan PBC untuk membina jaringan.


Ends......